Assalamualaikum,
Hai Incik Bloggie!!!
Lately memang suka bersengkang mata sampai lewat malam, gaya macam esok tak kerja. Sampai mata dah jadi macam mata panda! Kalau anak panda tengok aku pun mesti dia terkejut.
AAAAA!!!! Kenapa mata kita sama??? [Source] |
Tadi baru lepas baca buku 'Reclaim Your Heart' hasil nukilan sister Yasmin Mogahed. Suka dengan penulisan dia yang banyak memberi inspirasi dan memperbetul arah kehidupan. Alhamdulillah selepas sebulan lebih dibawa pulang dari MPH Alamanda, malam ni aku da masuk chapter terakhir "POETRY".
Chapter itu dimulakan dengan tulisan satu surat yang menyentuh hati aku. Then suddenly aku decide untuk stop membaca dan menulis di sini. Tetiba terasa sesuatu nak ditulis. Poet yang lain tu I'll keep it for next reading session. Nampak hidup semakin teratur, setiap malam macam mana pun akan aku provide sedikit masa membaca buku yang berunsur makanan hati. Hingat perut je nak kena bagi makanan berkhasiat, hati pun kena bagi makanan yang berkhasiat ye.
Surat yang bertajuk "A Letter To You" ditulis dalm tiga perenggan. Nak menulis the whole letter tu kat sini memang tak boleh lah kan, itu kan hak cipta buku orang *lagi satu sebab panjang sangat, memang tak rajin la aku nak menaip balik*. I'll share few sentences yang memberi impak mendalam dekat hati ni.
Ayat perenggan pertama yang menyentap hati.
"… I saw you - Dunya. You place veil after veil over my eyes. Trying to win me, deceive me, enslave me to your lies."
'You' di situ adalah merujuk kepada 'DUNIA'. Lalu datang satu soalan kepada diri sendiri "Sejauh mana aku asyik dengan kehidupan di dunia ini?" *sentap* *makan dalam*.
Seterusnya perenggan kedua.
"And I sit here surrounded by your henchmen, your army of liars sent to keep me in chains"
Sentap lagi… Soalan lain pula hadir menghantui diri "Sentap je ke tan? So…it means, you aware that you've made mistakes right?"
Too attached to 'duniawi' things kadang-kadang membuatkan aku lalai seketika dan adakalanya berlebih-lebihan.
"But I won't be your prisoner anymore."
"My tears are no longer yours to have. And my heart is no longer sanctuary."
Aku percaya hati adalah pusat kawalan utama bagi segala perlakuan kita, tapi perlu ditambah dengan kewarasan akal sebelum decide untuk melakukan sesuatu. So, bila kesedaran datang menerpa cepat-cepat ingatkan diri.
Suka juga aku nak quote dari Aiman Azlan "Sometime we need to disconnect to reconnect". Tetiba terasa I'm too much attached to social media la ni nak compare dengan dulu~~~Aigo~~~. Tapi sebenarnya aku pernah putuskan untuk seketika suatu masa dahulu untuk 'deep thinking' then suddenly bila mula aktif balik, dah jadi terlajak aktif la pulak. Mohon tak salah guna. Dekat social media tu ada something yang boleh di ambil buat pengajaran, pandai2 gunakan kewarasan akal untuk buat pertimbangan. Jangan main ikut suka hati je. *Ahaks, komen kencang untuk diri sendiri.*
Di penghujung perenggan kedua memberi satu inspirasi untuk keluar dari terlampau asyik dengan 'YOU'.
Mari masuk perenggan ketiga pula.
"Sometimes there were deserts where all I needed was a single drop of water that you could not give… And I asked again and again for what you could not give… And so I found myself again and again in desert without water, in darkness without light."
So, tak semua yang kita nak dalam dunia ni akan kita dapat. Selagi mana kita tak dapat nak menerima bahawa sesuatu itu bukan hak atau milik kita, kita akan terus berada dalam penjara kehidupan.
"But I am no longer your slave, for there was a man who came to liberate me from this."
Back to basic, kembali kepada Pencipta. Kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ye dak?
*Menangis laju-laju!*
THE END!
Source : Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed.
Nak baca surat penuh, sila lah baca buku Reclaim Your Heart ni. Aku boleh pinjamkan kalau ada sesiapa nak pinjam *tapi lepaih den dah habis baca lah eh, ada a few pages je lagi!*. InshaAllah lepas habis baca ni nak share honest review pasal buku ni *cewah! kemain nak buat review bajet macam pengkritik professional la pulak!* kalau ada masa la nak membebel lagi di sini. Padahal orang dah lama baca buku ni, baru terkedek-kedek nak baca *better late than never!*.
Dengar-dengarnya Yasmin Mogahed nak datang Malaysia bagi talk bulan April ni. Thinking of nak pergi *ada orang nak teman tak…erk!!!*.
Ok little sharing from me, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT segala kekurangan dan keburukan itu datangnya diri ini yang serba lemah lagi kerdil dan masih dalam pencarian memperbaiki diri. *Kalau salah mohon tegur dengan berhemah.*
Salam sayang. Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang! ^_^
Last but not least
Kepada pemilik hati yang abadi peliharalah hati ini. |
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment