Wednesday, 26 March 2014

Random Intan #5 - Antara ketakutan dan keazaman

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Saja nak bercerita mengenai dua perkara yang suddenly hit my mind! *sound like dush...dush...dush...*.

Last sunday, my brother randomly ajak pergi tengok movie. Sebab pada hari sabtu, masa masuk kedai buku MPH kitorg terjumpa novel "Divergent". My brother kata 'eh! ni bukan cerita baru tu ke?' tanpa perasaan sebab tengah kecewa buku yang di cari tak terjumpa aku menjawab 'ooo..ada movie baru eh, dari novel rupanya' -.-".

Keesokan harinya, iaitu ahad secara tiba-tiba aku mula mengalami gejala-gejala kemurungan level 1 dan bakal nak masuk level 2 kalau tidak diatasi dengan pantas *scary~~~*. Luckily ada adik yang rajin check showing time dekat panggung, then dia ajak 'long...wayang jom!'. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal 'OK!' kena pampered diri sebelum gejala kemurungan semakin berleluasa menguasai diri. We decided to watch 'Divergent' pada malamnya, hasil ilham dari terjumpa buku kat MPH pada hari sabtu.


Bagi aku, ia satu movie yang memberi semangat kepada aku. Terus hilang 'kemurungan' lepas tengok cerita itu, dan datang satu semangat berkobar-kobar untuk terus fight mengejar impian. Disebabkan tengok watak utama cerita tu, 'Beatrice' yang sangat gigih ikut latihan puak 'Dauntless' yang macam 'kejam' tu. Pada aku dia macam 'step out from her comfort zone' dan buat apa yang dia nak buat dengan confident. Pada pandangan aku lah begitu. Bukan nak tulis review pasal jalan cerita or negative side dalam 'Divergent' tu, cuma nak cakap yang aku macam dapat satu motivasi lepas tengok cerita itu.

Dan memang dalam setiap diri seseorang itu ada 'sesuatu yang ditakuti' tapi kalau kita nak keluar dari zon selesa kita kena hadapi 'ketakutan' itu dengan cara yang berhemah. Aku percaya kalau kita dapat handle tekanan dari ketakutan itu dengan cara yang positif ia akan memberi impak yang positif juga kepada diri kita *apabila budak yang tak belajar psikologi cuma berfalsafah seperti pelajar psikologi, haru biru jugak jadinya*.

Sebagai muslim, antara panduan terbaik dalam melalui apa jua tekanan atau ujian adalah;

 "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." - Surah al-Baqarah ayat 155-156

Dan semalam back to English class setelah tiga minggu tak ada kelas. I learnt two interesting words, sememangnya dah tahu perkataan ni, tapi sebelum ni tak pernah nak mendalami dan memahamkan dengan sefahamnya maksud perkataan-perkataan tersebut dengan mendalam sehingga faham *faham tak apa aku cakap ni...sebab aku pun pening bila baca balik* -.-".

Courageous : People have the ability to control their fear in dangerous or difficult situation.

Determined : People want to do something very much and don't let anyone or any difficulties stop them.

Sekarang dah faham dengan mendalam sampai dah tinggal kesan pulak dalam diri. Suddenly macam boleh relate these two words dengan karakter 'Beatrice' dalam cerita 'Divergent' tu! Makin bertambah inspirasi dan motivasi. Di situlah tercetusnya sebuah keazaman! *over!!!!* Lalalala~~~that all from me.

Lately my life macam sangat random, macam sesuatu yang berlaku sebelum itu boleh dikaitkan dengan sesuatu yang terjadi setelah itu. Padahal ia adalah dua benda yang berbeza. Tapi otak ini ligat mengaitkan kedua-dua kejadian yang berbeza kepada satu titik persamaan. Menarik!

Last but not least...

In battle mode...ME against MYSELF!
P/S : Bagi aku best jer tengok cerita Divergent tu, tapi my brada kata biasa-biasa je. Ok, respect pandangan masing-masing! Kalau dah tengok movie ni ambil yang jernih dan buang yang keruh! *if you know what I mean*.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment