Saturday, 8 March 2014

Korea 2013 - Day 4: Seoul Central Masjid Itaewon

Assalamualaikum…

Anyeong haseyo Incik Bloggie!!!

Phewww…tetiba terasa angin salju menyentuh pipi bambamku ini *hang ni betoi ke dak Malaysia tengah hangat tau dak la ni! Krik…krik…krik…orang beranganla~~~* 

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk 8 Mac, omo…omo…omo…cepatnya masa berlalu. Meninjau kembali 3 entry awal bulan Mac ni rasa macam agak serius tetiba. Dah terbiasa menjadi seorang yang 'huhahua' bila bersama Incik Bloggie, tetiba buat tabiat menulis sesuatu yang serius *ada split personality ka cek?* Erk! Tiada alasan, adakala we must take serious in life and then bila nak kurangkan ketegangan hidup mulalah jadi kebudak-budakan balik *macam sekarang ni*. Rasa tak hidup ni macam getah, bila dah ditarik sehingga terlampau menegang kita kena lepaskan takut-takut nanti terputus pula. Tapi nak lepaskan tu pun kena perlahan-lahan nanti impak dia akan memakan diri. Tak caya pi ambil getah oren buat ikat lauk beli kat kedai tu, cubalah. Salah lepas boleh terkena jari sendiri *aigo apa sebenarnya aku cuba merepekkan ini, baca balik mesej sampai dak…*

And then baru tersedar nampaknya aku GAGAL nak menghabiskan segala bagai kisahku ke negara yang terkenal dengan K-pop itu sebelum Februari melabuhkan tirai. It's FAIL! Kena hukum diri sendiri *eh! psiko nye minah ni*. Gamaknya dah tak berapa hari lagi nak masuk bulan ketiga lepas balik dari sana. Chill…chill…chill...

Setelah mukaddimah di atas yang panjang berjela ala-ala kisah hindustan *cerita hindustan kan dah dekat setengah jam baru nak tunjuk lagu mula cerita* baru nak buka cerita, sebenarnya eden nak cerita masa dekat Korea aritu we all diberikan masa untuk menunaikan solat fardhu di satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. Masjid ini terletak di Itaewon, dan as aku pernah informed dalam entry sebelum ni memang dekat Itaewon ni ramai orang Islam yang kebanyakannya foreigner. So, dekat sini memang sangat mudah nak cari makanan halal.

Sebelum pergi ke masjid untuk solat zohor, we all singgah lunch di Restaurant  Taj Palace, restoran India Muslim. Makanan dia memang menyelerakan. Nyums…nyums…nyums…

Seperti restoran pakistan yang we all makan before ni, kat sini juga menggunakan style buffet.
Makanlah sebanyak mana nak makan pun.

Semua dah cop tempat masing-masing lepastu baru serbu makanan!

Dekat restoran ni, we all ternampak pasangan Pakistan dan Korea, si husband tu Pakistan while his wife is Korean. Anak diorang muka memang unik,cute sangat…tapi macam segan nak tegur snap gambar budak tu.

Da selesai upacara mengisi perut pergi mengintai ke luar jendela. Restoran ni berada di tingkat atas.
Lihat keluar, salji baru mula nak turun. Nice! 
Lucy bagi we all dalam sejam untuk pergi menunaikan solat. Jarak antara restoran yang we all makan ni dengan masjid tu around 15 minutes walking distance *if I'm not mistaken!* Siap makan, so semua pun membawa perut yang berat tu berjalan menuju ke masjid *kita exercise sikit lepas makan*.

Sempat rakam video di jalan Itaewon, jalan-jalan sambil main salji!

Ni la rupa Seoul Central Masjid.
[Source]
Sedikit info mengenai Masjid ini, mula dibuka pada 21 Mei 1976. Ia merupakan Masjid pertama di Korea. Masjid ini merupakan bangunan tiga tingkat; First floor - meeting room & pejabat untuk Korea Muslim Federation, Second floor - Ruang solat bagi muslimin, Third floor - ruang solat bagi muslimah.

Nak membesarkan masjid.
Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kami tiba di sini.
Pintu ke ruang solat Muslimin.
Masa ni tercari-cari mana pintu masuk ke ruang solat muslimah. Luckily ada sorang pak cik tu tunjukkan jalan. :)
Islam di bumi Korea. 
Madrasah sebagai institusi pendidikan bagi kanak-kanak Muslim.
Bagi menghormati masjid, tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam kawasan dalam masjid. Keadaan di dalam masjid sangat kemas dan menenangkan. Di bahagian solat muslimah ada disediakan telekung dan tertampal beberapa nota dan peringatan untuk perkongsian bersama. Paling mencabar adalah nak ambil air sembahyang dalam cuaca yang sejuk ni. Grrr~~~~

Usai menunaikan solat di sini we all berjalan menuju ke bas semula. Tenang…setelah menunaikan kewajipan kepada Pencipta. Walaupun sebenarnya we all dah terlebih masa yang Lucy bagi. Memang angin sikitla Lucy dengan we all lepas tu.

Dalam perjalan sempat snap a few photos yang menarik! *sempat lagi tu even tahu dah lambat, manalah Lucy tak marah nya*.

Glove melekat terus dekat handle motor. Semua pun macam excited dok main2 glove dekat motor ni.
Comel pulak cone dia. Bentuk tak macam cone tapi terbayang macam Bishop main chess tu. *See…intan dia memang suka samakan benda ni dengan benda itu…Aigo~~~*
Bak kat ahjussi yang jaga cashier dekat kedai runcit area hotel we all tu, dekat Itaewon je paling senang nak cari restoran halal.

Dah sampai dekat area bas, nampak Lucy dah memanggil-manggil we all *cepat…cepat…* nampaknya dia dah marah sebab the whole group dah lambat. Lepas naik bas dia bagi kad hotel, so lepas ni siapa lambat kena tinggal. Dia siap explain lagi macam mana nak naik teksi dekat sini. Teksi yang dia kata ok untuk naik adalah berwarna putih dan oren. Kalau warna hitam jangan naik, mahal katanya. Aigo…habislah kalau lepasni lambat lagi.

Naik bas dalam Lucy dok tengah marah-marah tu, aku sempat lagi dapat idea nak snap gambar.

Api keluar dari mulut cik Zaty kita ni. Berapi makan kari India tadi kerrrr~~~mihihi...
Selepas tu, barulah we all pergi ke N Seoul Tower yang aku dah mengarang kisahnya sebelum ini.

Ok, sampai di sini dahulu. Akanku sambung lagi. Kira-kira ada beberapa tempat lagi yang nak story. Menggali-gali memori nak menulis dekat sini. Sebab aku rasa sangat excited bila dapat menaip dekat Incik Bloggie. Sambil ingat, sambil taip then sengih sorang-sorang *bahaya kalau berkelakuan begini di hadapan orang ramai, nanti anda akan disangka bermasalah*.

P/S: Lately ni aku rasa macam 24 jam sehari itu, sangat lama dan macam-macam boleh buat dalam sehari. Especially bila malam menjelma pun terasa macam malam tu sangat panjang dan aku boleh buat macam-macam aktiviti *banyak sungguh guna perkataan 'macam'*. Gunakan 24 jam yang diberikan itu sebaik mungkin. Peringatan untuk diri sendiri.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment