Aku dengan pendirian tersendiri
Berjalan meneliti masa
Merentas hiruk pikuk dunia
Sambil menulis satu kisah
Berjalan meneliti masa
Merentas hiruk pikuk dunia
Sambil menulis satu kisah
Kamu dengan wacana tersendiri
Gagah dijinjing
Menongkah arus kehidupan
Sambil menulis satu kisah
Gagah dijinjing
Menongkah arus kehidupan
Sambil menulis satu kisah
Mereka dengan perjuangan tersendiri
Mengibarkan layar kukuh
Meneraju bahtera perjuangan
Sambil menulis satu kisah
Mengibarkan layar kukuh
Meneraju bahtera perjuangan
Sambil menulis satu kisah
Kisah Aku, Kamu dan Mereka mungkin sangat berbeza
Mengambil haluan yang berlainan
Bila Aku memilih untuk ke kanan
Kamu memilih untuk ke kiri
Mereka pula terus maju ke hadapan
Mengambil haluan yang berlainan
Bila Aku memilih untuk ke kanan
Kamu memilih untuk ke kiri
Mereka pula terus maju ke hadapan
Namun Aku, Kamu dan Mereka
Membentuk Kita
Kita berpijak di atas bumi yang sama
Kita berkongsi atmosfera yang sama
Kita dijadikan sebagai Khalifah
Mentadbir bumi milik Dia Yang Satu
Membentuk Kita
Kita berpijak di atas bumi yang sama
Kita berkongsi atmosfera yang sama
Kita dijadikan sebagai Khalifah
Mentadbir bumi milik Dia Yang Satu
Semoga ada keserasian antara Kita
Kerana akhirnya
Kita berkongsi satu kisah yang sama
Aku, Kamu dan Mereka tidak akan kemana
Tanpa menulis kisah Kita
Kerana akhirnya
Kita berkongsi satu kisah yang sama
Aku, Kamu dan Mereka tidak akan kemana
Tanpa menulis kisah Kita
Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Masih berteleku di atas katil menanti azan subuh
Tarikh keramat Malaysia; 31 Ogos 2014
5.50 pagi
*****
Salam Kemerdekaan Malaysia ke-57
Kita laungkan setiap tahun...
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Kita laungkan setiap tahun...
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Dan salam sayang juga buat rakyat Malaysia dari insan kerdil yang masih mencari erti kemerdekaan kehidupan yang sebenar. Jangan marah, kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang! :)
No comments :
Post a Comment