Assalamualaikum...
Hai Incik Bloggie!
Ehemsss! Rasanya dah lama tak menulis sesuatu yang santai. Baca balik entry2 terdahulu, I can smell the 'seriousness!'. Ouch!
Let's regangkan otot mulut dengan mengarang sesuatu yang boleh buat diri tersenyum kambing sorang-sorang di depan laptop.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Batin. Since we're still in Syawal, rasanya tak terlambat lagi nak wish kan. *Actually dah wish pun dalam entry sebelum ni, tak salah pun nak mohon maaf banyak-banyak kali ye dok!*.
So, how your Raya so far?
Mine~~~
As usual every year memang akan beraya di Kedah, since both of my parents were Kedahan. I'm pure Kedahan la...boleh la nak kata lagu tu pun. Bak kata Matluthfi 'memang lahiaq kat Kedah pon~~~' .
Pulang ke Kedah two days before Raya. So dengan segala hormatnya dapat menyaksikan kemeriahan kereta di jalan raya untuk pulang ke kampung berhari raya. Pertama kali dalam sejarah pulang ke Kedah mengambil masa kurang lebih 14jam (10.00am - 12.00am). Phewww...kebas segala anggota-anggota badan. What I can said, raya dan jem berpisah tiada. Senyum jelah yang mampu! =)
A day before raya, helped tok masak gulai daging & rendang ayam special resepi turun-temurun! I'm so sorry to my dear cousins, this year depa tak dapat merasa lagi air tangan tok, since me & my mak yang dok memasak di dapur. Satu pencapaian untuk diriku sebab dah pandai balut ketupat pulut. Even mak teh yang dah balut ketupat bertahun-tahun pun nak belajar dengan aku *eh! macam masuk bakul angkat sendiri neh!! wekkk!*. Hasil menuntut from abah & tok 2 tahun lepas *kemain lama nak belajar balut ketupak meh!*.
Malam raya dah mula berkumpul dekat rumah wan. This year, as kak long dah besar kan, mintak tolong adik-adik pulak la yang isi kuih rayang dalam balang. Satu masuk dalam balang, tiga masuk dalam mulut. Eh!
I can still remember pengisian khutbah aidilfitri yang terasa sangat menusuk dalam hati.
Khutbah Aidilfitri pagi itu dimulakan dgn pelbagai persoalan. Mengapa kita berkumpul beramai-ramai di pagi ini? Mengapa kita berpakaian cantik? Mengapa kita menyediakan pelbagai masakan yang enak-enak, mengapa, mengapa dan mengapa... Jawapannya hanyalah satu, kerana hari itu adalah hari kemenangan, selepas berperang besar-besaran melawan hawa nafsu. Kerana hari itu adalah Hari Raya Aidilfitri...Semoga kita tergolong dalam golongan yang menang. Dan dalam khubah kedua, kami diingatkan sesungguhnya org Islam itu bersaudara. Kunjung-berkunjunglah dan bermaaf-maafanlah atas segala salah dan silap. Imam juga mengingatkan supaya menjaga adab-adab berziarah ke rumah orang dan adab menyambut tetamu.
Cerita pagi raya, meriah berkumpul sanak-saudara berpakaian cantik segak-segak belaka. Meriah juga dengan makanan. Every year mak jang akan masak her special laksa siam. Ingredients semua memang beli dari thailand okeh~~~
Rendang ayam resepi turun-temurun! |
Gulai daging yang kaw! |
Special nya laksa siam ni kita akan makan dengan pelbagai ulam-ulaman. Ni semua thailand mari~~~ |
Ni Highlight untuk laksa siam! Cili api goreng! Tak letak ni tak yumsss la laksa siam tu! *truth to be told, aku pun tak pernah letak cabai ni, takut menangis di pagi raya!* |
Ye dik, nak apa? Gaya mak cik kantin! Ni adalah baju khas untuk beraya di dapur haha...biasalah pagi raya bagi anak dara adalah di dapur. So tak da mood lagi nak pagi baju raya time nak buat kerja! |
Jemput layan diri! |
Me & buah rambutan berpisah tiada. My favourite fruit ever! |
Kalau orang sibuk makan ketupat, lemang rendang. Aku sibuk duk pulun makan durian~~~ |
Hidangan istimewa di hari raya. PULUT DURIAN!!! Favourite ever! |
Mak & me in charged on buat samba belacan! Berpeluh-peluh semua makan. Seriously tak adalah pandai memasak especially yang complicated Ngeee~~~tapi orang katalah kan my sambal belacan & air asam tomato kaw punya. *Again masuk bakul angkat sendiri!*
Ingredients for air asam tomato buat cicah ikan bakar memang nyums! |
Sempatlah mengunjung fews saudara-mara dekat kampung. Tahun ni tahun beraya dengan babies. Ramainya cousins yang baru dapat baby! Welcome to our big family to all the cute babies!
One of them, Baby Auni yang comel~~~ |
Dunno tahun ni mak sangat berbaik hati nak sponsor beli bunga api! Yeay!!! Only bunga api ye! Mercun not allowed! So dapatlah menyaksikan bunga api bersama kaum keluarga! Weeeee~~~~ Sempatlah snap few pictures! Sebab nampak cantik sangat! Memberi seri kepada langit gelap. Ecewah!
Ni gambar bunga api paling favourite lah! Macam profesional snap tak bahahaha~~~ ;p |
Hari Raya adalah hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturrahim... Aim tahun ni, nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah...dah dapat jumpa a few of them. Yang lain, InshaAllah kita jumpa di majlis kenduri anda. Selalu lepas raya selalu ada jemputan Open House, this year unik sikit penuh dengan jemputan majlis kahwin. Untuk kawan-kawan yang bakal dan telah mendirikan rumah tangga. =)
"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair."
Last but not least...this Syawal I'm looking forward on new step for my future. May Allah guide and show me the right way. Jom puasa 6 sekali!
P/S: Semoga kita tidak berlebih-lebihan, either dalam berbelanja mahupun makan. Kepada sesiapa yang dalam satu hari ada 5 ke 10 open house tu kan. Jaga kesihatan perut juga! *Pesanan ikhlas dari perut kepadaku!*
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam.
No comments :
Post a Comment