Dikala waktu malam
Ku renung ke langit luas
Hitam...
Kelam...
Gelap...
Dan kesunyian membelenggu diri
Ku cari cahaya bulan
Di manakah kamu
Wahai bulan
Malam terasa pudar tanpamu
Disisi...
Malam terasa sunyi tanpamu
Disisi...
Malam terasa tidak lengkap tanpamu
Disisi...
Dalam hitam, kelam dan gelap
Di satu sudut angkasa raya
Bulan datang menyapa
Sambil membiaskan cahaya terang
Aku di sini
Tiada ke mana
Setia di angkasa raya
Akan sentiasa menemanimu
Sapaan bintang menggegarkan lamunanku
Terus merenung langit Ilahi
Ya
Itu kamu wahai bulan
Cahaya terangmu seolah-olah benar sedang menyapaku
Cahaya terangmu seolah-olah memberi petanda
Menyinari dunia malamku
Jangan bersedih wahai diri
Kau punya angkasa raya setia menemanimu
Umpama bulan
Sentiasa hadir dikala kelam menyelubungi
Tidak pernah pergi
Malah datang dengan harapan
Walau kesedihan sedang melewati
Jangan bersedih wahai diri
Kerana aku percaya
Impianku amat tinggi
Setinggi mimpi ingin menggapai bulan
Tapi bulan hanya cantik dipandang
Namun sukar di gapai
Apatah lagi di miliki
Namun hadirnya bulan
Sentiasa memberi harapan
Walau tidak memiliki
Sekurang-kurangnya aku masih berusaha
Dan masih dapat melihatmu
Dari kejauhan
Oh Bulan Harapan
Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Duduk menghadap CleanMate warna hijau
10.00 pm
No comments :
Post a Comment