Sunday 25 May 2014

Just a little therapy

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie~~~

Sebelum nak mulakan entry ni ada pesanan penaja sikit... Pernah tengok iklan Lux; Bunga Citra Lestari  dengan Ashraf Sinclair tu...

Just a little Lux~~~ 

Haa...camtu la gayanya nak sebut tajuk entry ni, cuma tukar sikit!

Just a little therapy~~~ 

...Sekian...

Al-kisah seperti yang diketahui umum result bagi Pasca Siswazah 2014 telah diumumkan pada Jumaat lepas~~~ (23 Mei 2014)  Ouyeah~~~ Memang berdebar-debar lah kiranya semua yang apply duk tunggu sampai pukul 5pm nak cek result dapat ke tak kan. Aku salah seorang la tu yang berdebar Jumaat lepas. 

Tepat pukul 5pm terus dengan bacaan Bismillah, taip no ic & tekan semak.

Tadaaaa! Keluar popup cakap 'Tahniah!'.
Apa nak di kata terus rasa macam nak melompat...weee~~~
Tapi dalam masa yang sama rasa pelik gak apahal cakap uni yang aku pohon bukan dalam top 100. Sebab aku memang apply yang dalam top 100.
Dengan konfiden dah pergi cakap dekat mak abah ni~~~

Tergerak dalam hati nak cek FB Pascamara2014. Baca komen2 dekat page tu. Aiyoooo~~~system gila rupanya. Ada yang kata masuk no ic satu family dia semua keluar popup macam ni. Pastu bila masuk ic dia tak dapat pulak. Aku pun try la, taip '1' pun dia akan keluar popup 'Tahniah'. Dang!!! Aigoooo!!!!

Tetiba admin update status system problem & perlu dikemaskini. Ok, baik! Sekejap tadi rasa macam kena trol pon hado. Tapi bersabar, faham2 bila dah reramai sekaligus cek memang boleh jadi gila system. Tapi jangan la macam ni, orang baru excited ingat dapat.

Tepat pukul 7pm system dah ok dan semakan keputusan telah boleh dibuat. Sekali lagi dengan penuh berdebar aku pun check semula~~~

Waaaaa...tetiba rasa macam kenapa MARA buat macam ni dekat aku.
Kenapa beri harapan palsu.
Sekejap tadi kata dapat.
Lepastu check lagi sekali tetiba kata tak dapat.
Permainan apakah ini~~~
Redha...rasa macam nak menangis jugak masa tu. Sebenarnya awal2 aku macam tak adalah semangat sangat, just give a try lepas tapi makin lama makin dok baca blog orang-orang yang dah fly study macam dapat satu inspirasi pulak. Baru nampak satu arah baru nak mengorak dalam kehidupan ni. Jadinya semangat berkobar-kobar dan dengan penuh harapan yang tinggi. Moral of the story sedihla sebab tak dapat ni. Waaaaaa~~~nak nangis tapi air mata tak keluar, muka still cool depan parents & adik. Gegelak macam besa tapi dalam hati rasa adalah jugak duri yang kecil tertusuk kat situ...

Masa untuk membetulkan statement, dengan sedih cakap lagi dekat mak. 

Me : Mak, tadi sistem MARA gila. Lepastu cek balik...sebenarnya tak dapat. *Dengan muka yg kekonon nak tergelak  sesambil garu kepala sebab tahan sedih, ye aku memang macam tu bila sedih*

Mak : Haaa...sistem gila. Tu betoi dah ka. *muka mak dah kembali jernih*

Me: MARA kata dah betul da...

Al-kisah...mak memang suruh sambung study...tapi dia macam berat hati nak bagi anak tunggal perempuan dia ni pegi study dekat seberang laut sana tu. Mak macam nak pujuk tapi dalam masa yang sama dia lega juga. Ok...faham hati mak cemana. 

Then cakap dengan abah...

Me : Abah, tadi sistem MARA gila. Lepastu cek balik...sebenarnya tak dapat. Dengan muka yg kekonon nak tergelak  sesambil garu kepala sebab tahan sedih, ye aku memang macam tu bila sedih*

Abah : Aik...muka penat sebab baru bertukang dekat belakang rumah dan pelik.

Me : Hmmmm....

Relax sekejap...lepas tu slow talk dengan abah... Kata ada rayuan, plan nak buat. Satu je advice abah, kalau Allah kata tu rezeki along adalah. Kalau tu bukan rezeki along then ada benda lain Allah dah plan nak bagi kan kita. :) Dari dulu kini dan selamanya abah memang suka ingatkan we all pasal rezeki ni. Selalunyalah kalau pergi memana nak cari parking, bila senang je dapat mesti abah akan kata *ni lah namanya kalau nak jadi mudah rezeki huhu senang je dapat*. Dia suruh apply JPA jugak. JPA provide scholarship utk sesapa yg pernah dapat scholarship dia time degree dulu. Aku pun tak tau kenapa dari awal degil sangat tak nak dengar cakap abah apply JPA sekali as back up. Dah kena troll dengan MARA baru nak buat. *aku cakap ayat ni dekat Mira sekali dia kata 'bengong intan' haha...free2 je kena sebijik*. Nasib baik cakap dengan abah macam bersemangat sikit. 

Then text kengkawan dekat wechat group & whatsapp...menyampaikan berita dengan duka lara disertakan emoticon yang cecomel dan boleh bergerak2 dekat wechat untuk menggambarkan emosi ketika itu. 

Akibat gangguan emosi sekejap malam itu aku berjaya menghabiskan iron sebakul baju dalam masa yang singkat *hahaha...hebat tak hebat penangan dia, kalau tak jangan haraplah aku nak iron baju memalam macam tu. Memang tunggu weekend baru nak setelkan semua*.

Then malam tu Miss Lisa PM di fb. Dia bagi semangat, cerita kisah plan dia dulu nak jadi cikgu tapi tak dapat last2 terjadi lecturer. See...takdir Allah tu lebih baik, cuma kita tak tahu masa tu. So dah kuranglah sedih sikit. Bertambah motivasi lagi adalah. 

Barulah ada semangat nak tanya kengkawan lain yg sesama apply diorang dapat ke tak. Nampaknya rezeki tak menyebelahi kami semua. Diorang pun tak dapat. Kepada kawan perempuan meh sini kita peluk dari jauh... Kawan laki pulak, eh! tak boleh...no no no...share rasa hampa jelah. 

Tapi MARA still beri peluang untuk sesiapa yang dah dapat either conditional/unconditional offer untuk buat rayuan. Luckily dah apply uni & dah dapat offer letter. Ada peluang lagi untuk merayu di situ. Dengan gigih malam tu jugak aku buat justifikasi rayuan dekat MARA. Stay up  sampai pukul 2 pagi, mengarang dengan sepenuh hati, semoga hasrat yang terbuku di hati tu sampai lah. InshaAllah ada peluang lagi di situ. Andai kata ada rezeki adalah, andai kata ada jodoh tak kemana. Andai kata tiada, redha itu ikhlas, pasrah itu berserah *eh...eh...mood ombak rindulah pulak!!!!*.

Malam pun berlalu tetap lena dengan sedikit rasa keresahan di hati. 

Pagi2 sabtu borak2 dengan kucing2. Luah perasaan dekat diorang.
Meow meow jelah yang diorang tau. Takpelah at least ada yg mendengar.
Yang sekor ni pantang letak atas riba nak tido je keje dia...Aigoo~~~
Pagi2 tu jugak Mira mesej tanya ok dak. Siap motivasi lagi, bagi semangat. Zaty cakap jangan sedih, Lah tanya ok tak. Then teringat borak dengan Miss Lisa malam tu. Aku sebenarnya ok je...tetiba rasa nak keluar air mata bila ada orang concern macam tu. Waaaaaaa! sekarang menangis sebab terharu sangat dengan diorang. Tak dapat MARA pun aku tak menangis tau.

Kebetulan hari sabtu tu memang dah plan nak keluar dengan angah. Dia ajak pergi menghabiskan RM250 baucar buku dekat Kinokuniya, KLCC then tengok cerita X-Men... So tiket wayang memang dah beli awal2 dari hari Isnin lagi. Haaaa~~~memang dah kena sangat la. Tepat pada masanya~~~ I need therapy!!! Sengal tadi kata dah hilang sedih kan. Memangla...tapi bisa2 tu still ada tau mana hilang terus.

We all pun menuju ke situ...tu KLCC...
Tak tahulah jari sapa yang tak lawa sangat tu -.-"
Terapi bersama abang kakak X-Men.
Cerita dia best, ok lah. Tapi we all adik beradik rasa macam besa je. Macam agak slow sikit jalan cerita dia tapi banyak part yang kelakar. Satu panggung gelak masa tu
Saya bagi 3 setengah bintang! *Amboiiiii tan kemain*
Terima kasih lil brada aka angah yang sudi nak berkongsi baucar buku dia. Menjadikan impianku satu kenyataan. Memang aku berharap sangat ada orang yang berbaik hati nak sumbangkan baucar buku dia kat aku. Hahaha... Kerana diriku bukan lagi seorang student! *nada macam iklan Loreal~~~kerana diriku begitu berharga~~~flip hair*
~
Setelah selesai kenduri RM250 baucar buku + RM28.75 *kena tambah duit sebab tak cukup*.
Tak tahu lah kenapa sekarang ni rasa macam seronok sangat masuk kedai buku ni. Especially kedai yang besar2 macam Kinokuniya ni yg bley baca skali buku dia kan. Sebab nak beli tak cukup bajet. Rasa nak duduk lelama kat situ. Mihmihmih...
So bila dapat membeli dengan baucer buku haruslah tersenyum lebar~~~
Usai membeli belah buku-buku yang terpahat di hati~~~ lagi satu terapi yang diperlukan. ICE CREAM!!!! So nak mencuba sesuatu yang baru aku ajak angah lepak dekat Haagen Dazs. Disebabkan angah pun dah belanja buku guna baucer buku tu dan layan ah kak ah long dia yang senget ni...dan kebetulan duit gaji bulan lepas pon adalah 'extra sikit' bolehla Iollsss ajak lepak kat sini. Kan dah kata nak ber "Ice cream therapy!".

Choose your ice cream~~~yeay!!!
Ngedate bersama adik. Ni la kehidupan adik-beradik yang single . Sweet kan we ollssss...
*bahahaha...rasa macam nak hantok kepala dekat dinding! -.-" * 
Kebetulan ada promotion!!! 2 dine-in creations for RM50++ aumm...aumm...
Promotion valid till 31 May 2014.
Ni la namanya rezeki yang datang tepat pada masanya. Dikala hujung bulan bajet yang tengah limited tu kan.
Dari plan nak beli satu je terus beli dua jenis. *Al-kisah perempuan bila tengok promotion cepat pulak terpengaruh! -.-" *
Kan Boys Like Girls and Taylor Swift kata "Two is better than one"

And maybe two is better than one
But there's so much time 
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking two is better than one

So Iollsss pun order lah dua... DOUBLE ICE CREAM DOUBLE FUN!!

PARADISE~~~
Chill Intan Chill~~~
HAKUNA MATATA!!!
Flower Blossom in my heart <3
Ok tipu! nama dia FLOWER BLOSSOM 'in my heart' tu Iollssss yang tambah!
Comel sangat macam tak sanggup nak makan.

Sebelum makan haruslah buat exercise pipi terlebih dahulu.
Caranya adalah dengan kemam pipi ke dalam, sampai mulut jadi macam mulut ikan buntal.
So nanti lepas makan ice cream, pipi anda tidak akan bertambah tembam -.-"
Tadi masa makan muka memang macam orang tak ada perasaan -.-"
Dik makan ice cream kot~~~
Enjoy la muka kena senyummmmm~~~~~
Macam ni laaaaa~~~~~
Mihmihmih!!!
Dah tengok movie dah habiskan baucar buku dah makan ice cream dah boleh balik rumah!!!! 

Buku ni memang dah lama sangat nak beli~~~
Dulu pernah la baca buku ni download PDF je pun sebenarnya. Kekonon nak paham the opposite gender la.
Tapi bila kisah terputus di tengah jalan terus malas nak baca sampai habis. Hilang dah motivasi nak baca sampai habis.
But, buku ni bukan boleh  buat kita faham pasal opposite gender je. Macam membantu juga nak faham diri sendiri.
Aku rasalah~~~ Tu yang buat aku beli jugak buku ni. Nak  kena baca sampai habis!
Ustaz Hasrizal pun suggest kepada bakal2 raja sehari tu, elok baca buku ni.
Ok, walaupun aku bukan bakal raja sehari pun tapi nak baca jugak. Mungkin berguna untuk future kan kan kan.
Who know~~~~
Hasil tangkapannya. Buku dah best. InshaAllah kena cari masa nak baca semua buku ni. ^_^v
Bertambah buku dalam mini library dekat sudut bilik ni. Semoga dapat sesuatu yang bermanfaat!
Peringatan sila jangan bagi almari je yang baca buku tu.
Sebab memang ALMARI pandai BACA BUKU pun!
*oittttt pedas tu oooiiii!*
Terkilan sebab nak beli buku"Hidup Penuh Erti : Cerita Dari Hati" tulisan Hilal Asyraf & Aiman Azlan tapi dah habis stok. Tak apalah tunggu gaji nanti usha kat MPH Alamanda ker. Eh...awal plan! *senang masuk dalam bajet siap2!! nanti takla overspend. Kena pandai jaga financial dah la ni~~~*

Actually masa awal-awal sampai dekat KLCC tadi sempat jalan-jalan dekat area taman luar tu dulu.

"A tree stands strong not by its fruits or branches, but by the depth of its roots." - Anthony Liccione
Quote yang tertulis dekat cover belakang salah satu buku yang aku beli tadi.
Segala-galanya bermula dari dalam, cari kekuatan dalam diri kamu sendiri. Kekuatan yang datang dari hati!
*Pokok ini kuat sebab mampu tahan aku yang bergantung tangan di situ~~~*
Thank you Incik adik yang teman ah kak ah long terapi mengembalikan mood dan jadi cameraman tak berbayar!

...Sekian...

Well... at the end~~~I still need blogging therapy. Maka, siaplah satu entry yang panjang lebar ni!!! Alhamdulillah...feel much better!!! Just a little therapy~~~ *mungkin bunyi tak lah seseksi Bunga Citra Lestari sebut dalam iklan Lux tu...Ahaks!*

Pstt...psstt... You know what introverts express their feeling better in writing! Ok, sekian!

Last but not least...

Ameen...
Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam....



post signature post signature

4 comments :

  1. Awak . nak tanya. Justifikasi rayuan awak buat dlm bahasa or english? Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Qurratu Ain...saya buat in english. :)

      Delete
  2. Assalammualikum..

    Awak...saya pun apply. Tapi tak dapat.

    Rayuan awak dapat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...tak ada rezeki...tak dapat juga rayuan. awak dapat?

      Delete