Sunday, 31 August 2014

Kisah Aku, Kamu, Mereka dan Kita

Aku dengan pendirian tersendiri
Berjalan meneliti masa
Merentas hiruk pikuk dunia
Sambil menulis satu kisah

Kamu dengan wacana tersendiri
Gagah dijinjing
Menongkah arus kehidupan
Sambil menulis satu kisah

Mereka dengan perjuangan tersendiri
Mengibarkan layar kukuh
Meneraju bahtera perjuangan
Sambil menulis satu kisah

Kisah Aku, Kamu dan Mereka mungkin sangat berbeza
Mengambil haluan yang berlainan
Bila Aku memilih untuk ke kanan
Kamu memilih untuk ke kiri
Mereka pula terus maju ke hadapan

Namun Aku, Kamu dan Mereka
Membentuk Kita
Kita berpijak di atas bumi yang sama
Kita berkongsi atmosfera yang sama
Kita dijadikan sebagai Khalifah
Mentadbir bumi milik Dia Yang Satu

Semoga ada keserasian antara Kita
Kerana akhirnya
Kita berkongsi satu kisah yang sama
Aku, Kamu dan Mereka tidak akan kemana
Tanpa menulis kisah Kita

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Masih berteleku di atas katil menanti azan subuh
Tarikh keramat Malaysia; 31 Ogos 2014
5.50 pagi


*****

Salam Kemerdekaan Malaysia ke-57
Kita laungkan setiap tahun...
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Dan salam sayang juga buat rakyat Malaysia dari insan kerdil yang masih mencari erti kemerdekaan kehidupan yang sebenar. Jangan marah, kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang! :)


Friday, 29 August 2014

Sesuatu yang Menari-nari di Minda

Kala tersedar dari lamunan yang panjang
Teringat aku suatu ketika dahulu
Sebelum aku pantas berlari
Aku belajar mengesot
Kemudian merangkak
Setelah seketika
Kaki mungilku bingkas mahu bangkit
Berpasakkan tangan mak, abah, dinding, meja dan kerusi
Aku belajar bertateh
Bangun, jatuh, bangun, jatuh dan bangun kembali
Itu perkara biasa
Mengenal langkah pertama, kedua dan seterusnya
Kini aku pantas berlari
Berkejaran ke sana sini
Tanpa rasa kekok seperti langkah pertamaku
Suatu ketika dahulu

Maka dengan itu aku tersedar
Mungkin kerana itu ada orang kata
Mahu menjadi penulis
Jadilah pembaca dahulu
Sebelum jadi guru
Jadilah anak murid dahulu
Mahu mencorakkan dunia
Belajarlah mewarna dahulu

Aku orang muda
Adakala
Berkobar-kobar semangat di dada
Tinggi iltizam
Adakala
Terlalu rakus mengambil langkah
Terus berlari pecut

Bukan apa
Aku orang muda
Kadangkala
Lupa melihat sejarah
Ya
Sebelum aku bisa berlari
Aku bertateh terlebih dahulu

Sabar
Kehidupan itu ada seninya tersendiri
Jangan lupa
Selangkah-selangkah menapak
Moga kelak tidak sakit jatuh tersungkur
Serta mampu bangkit andai terjatuh

Wacana buat diri sendiri
Kerana ia seperti menari-nari di minda

*****

Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
Sambil mengunyah mini samosa
11.58am

Tuesday, 26 August 2014

Bed Time Story #4 : Jarak Antara Dua Hati

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie...

Second post within 24 hours...mesti hari ni rasa macam nak bercakap sangat tapi...whatever...

Another story before I go to sleep...

I just love this story so much...nomu nomu nomu nomu chuwa... :')


*****




Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apayang ingin mereka sampaikan.”
*****
Selalu ingatkan diri so that tak terlepas cakap once perasaan or emosi tengah tak stabil. Kerana kita tak akan dapat menarik kembali kata-kata yang dah diungkapkan. Bila terikut perasaan, terlepas kata...once dah tersedar semua dah terlambat tatkala jarak antara dua/lebih hati dah terlalu jauh. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...baru datang rasa menyesal. 

Lesson learnt, semoga pisang tak berbuah dua kali... :) 

Selamat malam dunia penuh pancaroba. 

Selamat malam...

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...



post signature post signature

Monday, 25 August 2014

Kali Pertama

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!

Baru je lepas siap memandikan dua ekor kucing. Now I smell like a cat. Meoww...meowww...

Actually ni baru kedua aku mandikan kucing selama dah hidup 24 tahun ni. Sejarah hidup kali pertama memandikan kucing adalah pada hari sabtu lepas. Yeah! Aku memang excited kalau benda first time ni. Our precious, darling, cute, whatsoever aka budak kecil sheena menjadi mangsa kena mandi dengan ah kak ah long.

Selama menjaga kucing ni, memang aku tak pernah mandikan mereka semua ni. Disebabkan angah baru lepas operation & still under recovery so, I need to take over his responsibility memandikan kucing.

Seriouly, at first cam nervous...dup dap dup dap...guess why?
Takut kalau kena cakar... -.-"

Cukuplah dah ada parut satu garisan di tepi mulut gara-gara cakaran kuku tajam si Ciko. Waaa...tak hilang wor...*menangis dekat bucu katil, pasrah...adik kata kurang duit hantaran nanti...menangis lagi kuat...waaaa...waaa..." Tetiba sangat!

Ni juga kali pertama Sheena nak kena mandi since we all bawa balik dia ke rumah dua minggu yang lepas.

Hello! My name is Sheena. I am bengal mix british shorthair cat. :)
Tatotnya kak long nak mandikan sheena. Dah la tak ada pengalaman. -.-"
Masuk balik dalam swimming pool. Go inside sheena...babab nanti!
I don't want! Bweekk!
Bestnye peluk shower ni! Meow...meow...
Boleh tahan susah nak mandikan budak kecik sheena ni. Asyik nak lari sana-sini. She just 3 months tapi berat dah almost 2kg, *kuat makang budak kecik ni!*. Alhamdulillah...managed to cuci cuci sheena properly dan selamat dari terkena sebarang cakaran. Perasaan masa mandikan sheena ni rasa cam mandikan baby pulak ewwww... *Eh cemana hang tau intan, padahal tak pernah mandi baby pon! Heh!*.

Asked lil brother to help me clean sheena's ear. Hat ni memang den tak berani nak buat lagi.
In future lah kot. Kena practice dulu.
Dah siap cuci telinga, masa untuk keringkan bulu-bulu sheena. Special blower & massage treatment from me.
Since aku takut kan so masukkan je dia dalam carrier.
Since ni pun kali pertama sheena mandi, dia still takut dengan bunyi blower yang kuat.
Yeay! I did it! Dah berjaya mandikan kucing! *padahal bukannya apa pun kan...*.

Dunno why, sekarang benda-benda simple pun boleh buat diri ini rasa excited. ^_^v

Satu lagi insiden kali pertama...

Semalam we olllsss adik beradik bawak nicolas pergi ke klinik. Kesian dia, selsema & batuk. Yes...kucing ni kalau dia sakit pun lebih kurang macam manusia lah juga. Siap bersin-bersin, hidung berair dengan hingus. Nampak kesian sangat...

Nak dijadikan cerita, lepas pergi klinik sempat singgah tapau Burger Byte sekejap. We ollsss pun dengan confident tinggal si nicolas kegelapan di dalam kereta. Dah siap membeli burger, masuk kereta, aku terbau sesuatu yang pelik. Tapi bau burger byte lebih menguasai ruang kereta tu, we just ignored it.

Hambek...sekali sampai rumah...rupa-rupanya colas ni kencing dalam carrier dan baru sedar bau yang pelik tadi tu rupanya bau air kencing colas the abang long. Colas ni kalau kencing dah la banyak, Habis lencun satu badan dia.

Nah...no choice! nak tak nak memang kena mandikan nicolas. Since colas the abang long ni cam garang sikit suka cakar-cakar, asked SOS from abah! Jerit dari dapur...

"Abah!!!!tolong mandikan nicolas. Busyuk sangat dah ni bau kencing dia..."

Sejak beli nicolas dua bulan lepas memang we ollss tak pernah mandikan dia. Nicolas's previous owner; abg Hisam kata part paling mencabar nak mandikan spesis british shorthair ni adalah bila nak keringkan bulu dia. Sebab bulu dia sangat tebal dan padat, it would take long time for it to dry. Sebab tula we olllss tak pernah mandikan dia. Abg Hisam pernah cabar we ollsss try la mandikan dia. Nah...memang malam semalam betul-betul emergency kena mandikan si abang long ni.

Ni pun first time abah mandikan kucing sejak dah jaga kucing dalam 4 bulan ni.
Meowwwwww! Tak mau! 
Dengan ganasnya nak terkam handphone ku.
Abah yang gagah memegang Colas. Bahaha...tak leh lari!
Colas received special treatment from Abah. Kucing-kucing lain abah tak pernah mandikan pun ye.
Masa untuk keringkan bulu!
Agaklah susah nak keringkan bulu dia sebab dia nak lari ke sana-sini.
Satu lagi sebab colas ni debab sangat.
But still, ok lah...20 minit jugak lah nak keringkan bulu abang long colas ni.
Nice experience mandikan kucing, dan hari ini mandikan lagi dan esok pun kena mandikan dua ekor lagi. Budak-budak berbulu panjang aka persian punya turn pulak. Lepas ni memang dah jadi official responsibility aku lah nak kena mandikan kucing-kucing ni.

Based on our experience, kalau kita baru beli or bawak balik kucing baru ke rumah senang je nak manjakan dia. Mandikan je kucing anda tu. Confirm lepas tu mesti kucing tu akan manja dengan anda. InshaAllah... Maybe sebab dia dah kenal bau kita kot. I guess... ;)

Last but not least...

Kalau tak ada kali pertama maka tiadalah kali kedua, ketiga dan seterusnya.
Stop making excuses, just give a try on anything that worth for our life.
The most effective way to do it, is just do it :)
Itu sahaja cerita saya buat kali ini.

Salam sayang. Jangan marah, kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...



post signature post signature

Sunday, 24 August 2014

The Puisi

Sahabat ,
Biarpun kita jarang contact ,
Namun hubungan kita tak akan terputus ,
Doa mampu menguatkan ukhuwah kita ,
Ukhuwah kita akan kekal saat doa berterusan .

Tuhan ,
Jaga dia untukku ,
Kala ku masih jauh dari dia ,
Jaga dia untukku ,
Saat ku masih jauh dari dia .

Kesayangan ,
Aku diam bukan tanda aku lupakanmu ,
Dalam sunyiku ,
Aku sedang berusaha belajar dekatkan diri kepadaNya ,
Agar aku dapat utuskan doa rindu padamu melaluiNya .

Aku yakin ,
Doa tulus ikhlas dapat meresap ke dalam hatimu ,
Percayalah sahabatku ,
Aku tidak pernah menyesal mengenali dirimu .

Perkenalan ku dengan dirimu adalah anugerah ,
Anugerah yang sangat bermakna buat diriku ,
Percayalah padaku ,
Aku tidak pernah bencikan dirimu ,
Malah semakin kuat ikatan kasih sayangku padamu .

Mungkin ini dapat menguat kita ,
Lambang ukhuwah ,
Lambang persahabatan ,
Aku dengan kamu .

Tuhan ,
Utuskan doaku pada Rasulullah SAW ,
Utuskan doaku pada orang-orang yang aku sayangi ,
Aku yakin dengan kekuatan doa ini ,
Aku yakin doa ini dapat meresap ke dalam hati mereka.

The Puisi... :')

Friday, 22 August 2014

Baby, are we in love?

Poem – Baby, are we in love?
Words by – Ameen Misran

*This poem is inspired by Hilal Asyraf’s “Awak, Kita Ini Bercintakah?”

*Dipersembahkan oleh Ameen Misran of Langitilahi semalam di Seminar Baitul Musilm 2.0, PICC.*

*****

I have never held your hands so far,
or looked into your eyes to say how beautiful you are,
We have never gone out together
we rarely exchange love letters together.

The only means of communication between us is 
through text messages, social media and a couple of phone calls,
when I tweet, you retweet,
when I post a status on facebook, you like,
but should it be just like that?
Love and affection should be more than that.

We are in a relationship
but why do I feel like everything between us is restricted?
It feels like I’m losing you.

I can’t see you unless there’s company from a third party,
I can’t have dinner with you unless there’s intervention from our families.

Exist such distance between our hearts,
and barriers since the very start.
Our separation sometimes makes me scared,
but why, why did you keep on reminding me
“Let us get ourselves prepared”.

I don’t know, I don’t know,
I’m doubtful, are we in love?
Are we really, really in love?

--------------------------------------------
Yes I know I’m wrong,
I was just carried away,
seeing all the couples out there,
at the park, at the restaurant, at the movie theater,
caressing each other,
hugging and kissing like no other,
man! That is romantic!
Seeing all at that, 
makes me deprived of my love story,

I’ve always wanted an ideal love story like in the movies,
but I need to stop and let it go,
Because after every rainfall must come a rainbow.

I got to be patient,
the sweetness of happiness is always best tasted after we are tested,
this is not what Allah wants,
this not what the prophet wants,
this is not what we want.

Yes, you are right,
we are deeply in love,
not in their assumption,
but in His definition.

Neither holding our hands,
nor filling up our desired demands,
have defined a loving relationship,
but declared that bond as an abandoned ship!

Allah says that:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful" (Ali-Imran: 31).

Following the prophet is what we should do,
never ever give in to the feelings that aren’t true.

This is not our time to go beyond the boundaries,
but it’s time for us to be equipped with all the needed “expertise”,
we got to master a wide range of skills,
financial management, anger management,
Children’s education, automotive skills, 
Cooking skills, house-keeping skills,
without these we are killed.

True love is how we center all our love towards the Almighty,
and prevent ourselves from entering that fiery place of severity.

In time, we will be united finally,
and we aspire to build an extraordinary family,
with amazing children who will become leaders of the community, 
the leaders of the Ummah.

That destiny starts before we are married,
I cannot imagine us making sins before the day we are united, 
that will defeat the purpose of Baitul Muslim, Baitul Jihad, Baitul Dakwah,
as marriage is all about attaining Barakah from Allah!

Love is everything that brings you closer to Allah,
and whatever brings you further from Allah is not love.

I’m looking forward for that day,
our union,
our synergy as one.
You will be my princess,
I’ll be your prince.

Baby,
we are in love.
You are my love.

*****

Copy paste the poem from Langit Ilahi Facebook.

Because I love this so much...

Wednesday, 20 August 2014

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Actually konsep 'Wordless Wednesday' ni dah diguna pakai oleh blogger-blogger terdahulu, since aku baru je nak ambik feel dalam dunia blog ni rasa cam nak buat jugak. Even terasa cam dah ketinggalan kereta api pun kan gigih nak buat jugak. Yelah, sekarang ni kan dah ada muka buku, burung berkicau, insta geram 'tengok gambar makanan' rasa cam dah tak ada blogger yang buat post Wordless Wednesday ni lagi. Better late than never!

--> Apa itu Wordless Wednesday?

Wordless Wednesday bermaksud "Hari Rabu Tanpa Perkataan" jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, namun maksud sebenarnya adalah pada setiap hari rabu, semua blogger di seluruh dunia, yang terkenal atau pun tidak, akan membuat suatu entri tanpa menulis sepatah pun perkataan kecuali letakkan tajuk wordless wednesday dan gambar sahaja.Tak kisah apa gambar apa yang mereka nak letak asalkan orang boleh tahu apa sebenarnya maksud di sebalik gambar yang diletakkan dalam setiap entri WW. Dengan adanya gejala WW ini, sedikit sebanyak akan melatih kreativiti setiap blogger dalam menyampaikan sesuatu  tanpa sebarang penjelasan. Untuk makluman anda semua, pengasas WW ini berasal daripada luar negara dan disebarkan di Malaysia oleh anak tempatan iaitu Encik Eman & Encik Andy. 

(Kredit : http://izzaraamani01.blogspot.com)

Since ni my first post for 'Wordless Wednesday' so kena berceloteh la sikit. Next time Iollsss post gambar without any words okeyh!



Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam...



post signature post signature

Tuesday, 19 August 2014

Bed Time Story #3 : The Story of A Blind Girl

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Anak-anak, adik-adik dan rakyat sarwajagat nak dengar cerita ah kak ah long lagi tak malam ni sebelum tidur.
*Krik Krik Krik...senyap je yang ada hanyalah bunyi cengkerik di keheningan malam.*

*****
There was a blind girl who hated herself just because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.
One day, someone donated a pair of eyes to her and then she could see everything, including her boyfriend. Her boyfriend asked her, “now that you can see the world, will you marry me?”
The girl was shocked when she saw that her boyfriend was blind too, and refused to marry him. Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying:
“Just take care of my eyes dear.”
This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who’s always been there even in the most painful situations.
Life Is A Gift
Today before you think of saying an unkind word–
think of someone who can’t speak.
Before you complain about the taste of your food–
think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife–
think of someone who is crying out to God for a companion.
Today before you complain about life–
think of someone who went too early to heaven.
Before you complain about your children–
think of someone who desires children but they’re barren.
Before you argue about your dirty house, someone didn’t clean or sweep–
think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive–
think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job–
think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another–
remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker.
And when depressing thoughts seem to get you down–
put a smile on your face and thank God you’re alive and still around.
Life is a gift – Live it, Enjoy it, Celebrate it, and Fulfill it
*****
Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Sunday, 17 August 2014

In a relationship

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

Random sangat nak menulis entry ni. As I'm not the expert kan, kalau ada terkurang tersalah mohon tambahkan dan betulkan. Menulis ni pun sebab ada member request tulis pasal ni dekat blog. So, I think why not. Blog je lah. *Tamat, perenggan pendahuluan...mihmih...*.

Semalam kawan-kawan kesayangan datang bertandang ke rumah. Dari petang sampai ke malam, bila malam pillow talk dalam bilik, tetiba bila dah pukul 9.30 memasing cam...

"eh...dah lama kita tak tengok wayang sama-sama kan..."

"bila eh kita last tengok wayang sesama..."

"ntah eh...aku pun tak ingat..."

"nampak sangat kita dah lama tak tengok wayang sama-sama sampai dah tak ingat..."

Then randomly we decided to watch Teenage Mutant Ninja Turtle, sebab ada sorang tu excited nak tengok sangat kan. Ok, cun! Tengok kali kedua pun nice aku rasa, sebab cerita dia layan je kan.

We went to Alamanda, sebab situ je yang paling dekat dengan rumah & situ je yang Abah bagi pergi since nak tgk cerita lewat malam kan, again sebab dekat dengan rumah kennn. Dah beli tiket & jagung pop aka pop corn *term ni pun diorang baru cipta semalam, hahaha...sama2 random kawan-kawan aku ni!* ada 30minit lagi before wayang mula we ollsss pun killing time dekat kolam besar depan GSC tu...

*****

Al-kisah...

Cik zaty sangat suka simpan tiket wayang. Dengan berseloroh aku berkata...

"weh...dekat tiket tu mesti kau tulis, keluar dengan siapa, siapa belanja, dekat mana, buat apa and so on kan..."

Lah menjampuk...

"senang nak claim bila putus nanti...bahahaha... kena simpan semua resit-resit belanja. Tulis siapa yang belanja, siapa keluar duit..."

I can't remember exactly siapa mencelah...

"Kalau yang share lak?"

Lah again...

"Kalau yang share divide dua, masuk2 memasing punya cost. Cukup setahun couple buat audit perbelanjaan masa couple...RM3000 ke habis dalam setahun or berapa-berapalah.."

Everyone laughed!

Me...

"betoi2!!! elok kena buat audit tu. Apa yang dapat selama couple tu, lepas dah habiskan contoh dalam RM3000. Worth it ke nak teruskan..."

What I mean bukan apa yang kita dapat in term of materials je, improvement dalam diri memasing ke. Tu pun kena tengok jugak. So, worth it tak perbelanjaan tu. Tu kira cam investment la jugak kennnn...

Lah cepat memintas dengan muka nakal...

"Tan...kau buat kennnn dulu...simpan semua resit, tiket wayang..."

Aku dalam hati...oh dammmmmmmn! terkena~~~~ lalu tersengih kelat! I did kept all the receipts and tiket wayang suatu ketika dulu...hahaha...

Me... "tapi aku tak sempat nak buat audit bagai cenggitu...haha..."

Nurun... "gila kepala otak korang ni. Intan boleh buat satu entry untuk blog..."

*ayat dialog yang ditulis tidak tepat seperti yang diungkapkan semalam...it based on the meaning apa yang kitorang borakkan.

*****

It was just a random conversation between me & my friends and that's how I came up with this random entry.

Bila difikir-difikirkan ada betulnya jugak apa yang we ollsss borakkan tu. Boleh dijadikan as one of aktiviti kepada yang "kekonon nak celebrate anniversary". Ye dak! dari nak sibuk buat benda lain, baik buat audit on the relationship itself. Bukan audit perbelanjaan tu je, audit sekali flow of the relationship. Mana yang tak betul, dibetulkan supaya tak jauh tersasar dari landasan sebenar. At least akan encourage the couple untuk muhasabah. Apa 'goal' diorang sebenarnya kan. "Is it we're on the right track to achieve the goal?"

Bukanlah semata-mata sebab alasan 'senang nak claim bila dah putus nanti...'. Kalau Allah dah kata tak ada jodoh. Redha...

Ececehhhhh...ni la bila orang gagal bagi talk about relationship...bahaha... *Lah mesti kata, ayat kau umpama baling tahi lembu kat muka sendiri...hahaha...*

Whatever~~~mihmihmih~~~

Last but not least, the BEST RELATIONSHIP ADVICE I can share...

"Fix our relationship with Allah, Allah will fix everything else for us."

Back to basic. Back to the root.

Thank you to the past, which help to shape who I am today. =) Because any experience in life is something we can benefit from. Segala pengalaman lalu bukan hanya untuk penyesalan semata-semata, there's lesson to be learnt.

Salam sayang & jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. = )

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...



post signature post signature

Friday, 15 August 2014

Bed Time Story #2 : Hadiah untuk orang-orang yang kucintai


Assalamualaikum



Hai Incik Bloggie



Satu kisah sebelum kita melelapkan mata



قصہ رائعہ جدآ
KISAH YANG SANGAT MENARIK

أحببت أهديها لمن أحب
Ku ingin hadiahkan kepada orang yang kucintai

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya

يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka & menjelaskan maknanya

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkanya ke dalam jiwa murid-muridnya

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun makin suka dgn burung itu

وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-muridnya

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله‼
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah"

فكان ينطقها ليلا ونهارا…
Burung kakak tua itu pun mampu mengucakan (laa ilaaha illallah) siang & malam

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي?
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis

وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau pun menjelaskan dengan terbata- bata

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakak tua dan membunuhnya

فقالوا له لهذا تبكي ‼
Mereka pun bertanya dgn hairan: kerana inikah engkau menangis!!

إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ ..
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain bahkan yg jauh lebih baik

رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا …
Sang guru berkata: bukan kerana itu aku menangis

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sampai matinya

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia sering sekali mengucapkan kalimat "laa ilaaha illallah"

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat tersebut

ولم يقم إلا بالصراخ ‼
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit & merintih!!!

لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja

فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها ‼
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

ثم قال الشيخ :
Sang guru pun berkata

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khawatir kalau nanti kita seperti kakak tua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "laa ilaaha illallah"

بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa

ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak mampu mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para muridnya pun menangis, khawatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini

ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا !!!!
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimat "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص ،
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah

..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan

من روائع ما وصلني ..
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku

إهداء لمن أحبهم

Hadiah buat org2 yang kucintai
...


Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Wednesday, 13 August 2014

Fobia!

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Sekadar nak berkongsi maklumat. Ni semua gara-gara terbaca post Ahmad Fedtri Yahya pasal Anuptaphobia. Randomly search on the internet, then I found 16 'normal' phobias that 'we' didn't aware had name. *I mean; 'we' utk orang2 yg tak tahu macam aku. Kepada yang memang aware, tabik spring satu kali!*.

1. Anuptaphobia

The fear of being or staying single. You know, like, forever.

2. Athazagoraphobia

The fear of being forgotten, ignored, or abandoned. This phobia has a theme song.

3. Blennophobia

A fear of slime. Watching old episodes ofYou Can't Do That on Television might be just what the doctor ordered.

4. Gelotophobia

The fear of being laughed at. Incidentally, there's no fear of being laughed with.

5. Gerascophobia

The fear of growing old. You'll grow into—and out of—it.

6. Glossophobia

The fear of speaking in public. Statistics say it's the #1 phobia of Americans, followed by thanatophobia, fear of death.

7. Hellenologophobia

The fear of Greek terms or complex scientific terminology. Perhaps it's just fear of mispronouncing them!

8. Kakorrhaphiophobia

The fear of failure or defeat. Hard to overcome. Harder to say.

9. Lockiophobia

The fear of childbirth. If you don't suffer from this, you're probably a man.

10. Macrophobia

A fear of long waits. See also: fear of going to the DMV.

11. Metathesiophobia

A fear of change. Often irrationally coupled with fear of things staying the same.

12. Nyctohylophobia

The fear of dark wooded areas or of forests at night. This one's endorsed by the horror movie industry.

13. Obesophobia

A fear of gaining weight. Interestingly, there's no official fear of going to the gym. (Gymnophobia is the fear of nudity.)

14. Ophthalmophobia

The fear of being stared at. Does not include being stared at admiringly.

15. Politicophobia

The fear or abnormal dislike of politicians. A truly bipartisan concern.

16. Syngenesophobia

A fear of relatives. This tends to flare up during the holidays.

Source : mental_floss.com

Tetiba rasa cam ada yang kena je dengan diri. Sikitlah~~~bukan tahap kritikal *macam tu boleh bagi fobia jugakkah???*

And ya...ada banyak lagi nama fobia lain yang pelik-pelik dan aku tak sangka pun sebenarnya wujud. *You need a lot of reading intan...cer rajin sikit!*.

Tapi pelikkah bila seseorang tu ada fobia? Each of us ada benda tersendiri yang kita takut or tak suka. Kan kan kan. Cuba duduk sorang-sorang tanya diri sendiri. Moral of the story, jangan gelakkan orang yang takut lipas! *eh tetiba~~~*.

P/S: Siapa takut lipas, saya bersedia untuk melawan lipas tu untuk anda. Need help, please contact me!

That all from me. Setakat berbasa basi di sini mengisi masa lapang di hospital menemani adik tersayang.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

Tuesday, 12 August 2014

Moving On

"We need time to heal emotionally. Moving on doesn’t take a day; it takes lots of little steps to be able to break free of our broken self."
Just so true...

Sunday, 10 August 2014

Hanging Terrarium

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!

I guess rakyat sarwajagat mesti dah tahu apa itu Terrarium kan kan kan....

First time I heard about this thing was about past few years ago from my younger brother; around 3 - 4 years approximately. *I can't remember lol! short term memory loss. Aigo!*. At that time my brother was in his secondary school. He joined terrarium competition that was held in conjunction with pesta bunga or known as FLORIA~~~

Frist time dengar, my reaction was like *makhluk apakah itu???*. With a brief explanation from my brother then I got it, what's terrarium exactly.

Even ramai dah tahu, aku nak share jugak lah ek.


[Credit]
A terrarium is an area within a glass container usually enclosed to keep an ecosystem in a small scale. No live animals or insect are kept in the jar, it's purely a miniature garden. - Incik Wikipedia

Then lately rasa maca terjatuh cinta pulak dah dengan hanging terrarium. 


[Credit]
[Credit]
Boleh gantung dalam toilet.
[Credit]
Dekat kepala katil pun boleh! Look nice!
[Credit]
Boleh buat hiasan dekat meja makan juga~~~lalala~~~
[Credit]
I'm thinking of decorate my room with hanging terrarium yang comel2 ni. Sebab katanya senang nak menjaga terrarium ni. Since I love green so much kan! So, memang sesuai la nak menambahkan kehijauan dekat dalam bilik tu.

I found satu kedai yang jual hanging terrarium ni, November Culture dekat Subang. I'll pay a visit to this place one fine day.

Hanging terrarium at November Culture.
Picture taken from yunamusic instagram.
Hope the price is reasonable, or else I'm thinking of bully-ing my younger brother *tolong buatkan along terrarium yang simple & cantik!*. 

That all from me, have a nice Sunday everyone! *open house here & there is it?* Selamat ziarah menziarah. Me & my family will pay a visit to my cousin house this afternoon. Excited nak melawat baby burhanuddin yg cute!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam... 


post signature post signature

Wednesday, 6 August 2014

So anyway, how Raya so far?


Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!

Ehemsss! Rasanya dah lama tak menulis sesuatu yang santai. Baca balik entry2 terdahulu, I can smell the 'seriousness!'. Ouch!

Let's regangkan otot mulut dengan mengarang sesuatu yang boleh buat diri tersenyum kambing sorang-sorang di depan laptop.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon Maaf Zahir Batin. Since we're still in Syawal, rasanya tak terlambat lagi nak wish kan. *Actually dah wish pun dalam entry sebelum ni, tak salah pun nak mohon maaf banyak-banyak kali ye dok!*.

So, how your Raya so far?

Mine~~~

As usual every year memang akan beraya di Kedah, since both of my parents were Kedahan. I'm pure  Kedahan la...boleh la nak kata lagu tu pun. Bak kata Matluthfi 'memang lahiaq kat Kedah pon~~~' .

Pulang ke Kedah two days before Raya. So dengan segala hormatnya dapat menyaksikan kemeriahan kereta di jalan raya untuk pulang ke kampung berhari raya. Pertama kali dalam sejarah pulang ke Kedah mengambil masa kurang lebih 14jam (10.00am - 12.00am). Phewww...kebas segala anggota-anggota badan. What I can said, raya dan jem berpisah tiada. Senyum jelah yang mampu! =)


A day before raya, helped tok masak gulai daging & rendang ayam special resepi turun-temurun! I'm so sorry to my dear cousins, this year depa tak dapat merasa lagi air tangan tok, since me & my mak yang dok memasak di dapur. Satu pencapaian untuk diriku sebab dah pandai balut ketupat pulut. Even mak teh yang dah balut ketupat bertahun-tahun pun nak belajar dengan aku *eh! macam masuk bakul angkat sendiri neh!! wekkk!*. Hasil menuntut from abah & tok 2 tahun lepas *kemain lama nak belajar balut ketupak meh!*. 

Malam raya dah mula berkumpul dekat rumah wan. This year, as kak long dah besar kan, mintak tolong adik-adik pulak la yang isi kuih rayang dalam balang. Satu masuk dalam balang, tiga masuk dalam mulut. Eh!

Tahun ni semua kuih raya tunjuk! Kekononla nak buat kan. Tapi tak menyempat! Tak hape~~~lepas dah raya pun boleh buat lagi. Craving nak makan biskut cornflakes madu nyumm...nyumm...sebab tak ada org jual kan biskut tu, kalau nak makan sangat kena buat sendiri laaa~~~
Alhamdulillah on first Syawal, we went to solat sunat Aidilfitri dekat masjid kampung side abah. Selalunya tiap-tiap tahun akan dengar wan a.k.a my atok yang baca khutbah Raya. Tapi this year, disebabkan wan tak berapa nak sihat tak dapat dengar dia baca khutbah. Malam raya je, we olllsss sepupu sepapat akan dengar wan practice baca khutbah raya dalam bilik dia. No more for this year, hope tahun depan wan dah sihat dapat baca khutbah raya semula! Ameen...

I can still remember pengisian khutbah aidilfitri yang terasa sangat menusuk dalam hati.

Khutbah Aidilfitri pagi itu dimulakan dgn pelbagai persoalan. Mengapa kita berkumpul beramai-ramai di pagi ini? Mengapa kita berpakaian cantik? Mengapa kita menyediakan pelbagai masakan yang enak-enak, mengapa, mengapa dan mengapa... Jawapannya hanyalah satu, kerana hari itu adalah hari kemenangan, selepas berperang besar-besaran melawan hawa nafsu. Kerana hari itu adalah Hari Raya Aidilfitri...Semoga kita tergolong dalam golongan yang menang. Dan dalam khubah kedua, kami diingatkan sesungguhnya org Islam itu bersaudara. Kunjung-berkunjunglah dan bermaaf-maafanlah atas segala salah dan silap. Imam juga mengingatkan supaya menjaga adab-adab berziarah ke rumah orang dan adab menyambut tetamu. 

For me, jihad melawan hawa nafsu dan diri sendiri itu umpama suatu perang yang tiada gencatan senjata di dalamnya. Every second akan ada pergolakan dengan diri sendiri. Don't you think so, ke aku je yang selalu ada konflik dengan diri sendiri heh... -.-"

Cerita pagi raya, meriah berkumpul sanak-saudara berpakaian cantik segak-segak belaka. Meriah juga dengan makanan. Every year mak jang akan masak her special laksa siam. Ingredients semua memang beli dari thailand okeh~~~

Rendang ayam resepi turun-temurun!
Gulai daging yang kaw!
Special nya laksa siam ni kita akan makan dengan pelbagai ulam-ulaman.
Ni semua thailand mari~~~
Ni Highlight untuk laksa siam! Cili api goreng! Tak letak ni tak yumsss la laksa siam tu!
*truth to be told, aku pun tak pernah letak cabai ni, takut menangis di pagi raya!*
Ye dik, nak apa? Gaya mak cik kantin!
Ni adalah baju khas untuk beraya di dapur haha...biasalah pagi raya bagi anak dara adalah di dapur.
So tak da mood lagi nak pagi baju raya time nak buat kerja!
Jemput layan diri!
Kebetulan raya ni kena pulak dengan musim buah. Memang berkenduri buah la, dari dusun wan, dari dusun pak cik2 & mak cik2. Aku memang pencinta buah-buahan! What a lovely raya celebration for me!
Me & buah rambutan berpisah tiada. My favourite fruit ever!
Kalau orang sibuk makan ketupat, lemang rendang. Aku sibuk duk pulun makan durian~~~
Hidangan istimewa di hari raya. PULUT DURIAN!!! Favourite ever!
Hari Raya adalah masa semua orang nak berkumpul beramai-ramai. Alhamdulillah...this year dapat berkumpul dengan big family from side wan. Dah lama sangat kami tak kumpul beramai-ramai macam ni sejak arwah moyang pergi meninggalkan kami. Habis semua anak, cucu, cicit berkumpul dekat rumah moyangku. Nice la ada majlis rewang, macam ni. Since cuti raya pun limited, memang masing-masing tak sempat nak pergi rumah semua orang. Bila dah berkumpul sekali gus macam ni, makanya dapatlah bertemu dengan semua. Yang jauh kita dekat-dekat kan, yang dekat kita akrabkan lagi!


Mak & me in charged on buat samba belacan! Berpeluh-peluh semua makan. Seriously tak adalah pandai memasak especially yang complicated Ngeee~~~tapi orang katalah kan my sambal belacan & air asam tomato kaw punya. *Again masuk bakul angkat sendiri!* 

Ingredients for air asam tomato buat cicah ikan bakar memang nyums!
Sempatlah mengunjung fews saudara-mara dekat kampung. Tahun ni tahun beraya dengan babies. Ramainya cousins yang baru dapat baby! Welcome to our big family to all the cute babies!

One of them, Baby Auni yang comel~~~
Dunno tahun ni mak sangat berbaik hati nak sponsor beli bunga api! Yeay!!! Only bunga api ye! Mercun not allowed! So dapatlah menyaksikan bunga api bersama kaum keluarga! Weeeee~~~~ Sempatlah snap few pictures! Sebab nampak cantik sangat! Memberi seri kepada langit gelap. Ecewah!

Ni gambar bunga api paling favourite lah! Macam profesional snap tak bahahaha~~~ ;p

Hari Raya adalah hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturrahim... Aim tahun ni, nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Alhamdulillah...dah dapat jumpa a few of them. Yang lain, InshaAllah kita jumpa di majlis kenduri anda. Selalu lepas raya selalu ada jemputan Open House, this year unik sikit penuh dengan jemputan majlis kahwin. Untuk kawan-kawan yang bakal dan telah mendirikan rumah tangga. =)

"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fee khair." 

Sekali lagi dengan rendah hati saya memohon maaf atas segala salah dan silap selama ini.
Yang baik itu dari Allah S.W.T dan segala kekurangan itu adalah dari diri ini sendiri.
Salam sayang! Jangan marah! Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang. <3
Last but not least...this Syawal I'm looking forward on new step for my future. May Allah guide and show me the right way. Jom puasa 6 sekali!

P/S: Semoga kita tidak berlebih-lebihan, either dalam berbelanja mahupun makan. Kepada sesiapa yang dalam satu hari ada 5 ke 10 open house tu kan. Jaga kesihatan perut juga! *Pesanan ikhlas dari perut kepadaku!*

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam.


post signature post signature