Sunday, 30 March 2014

Mengejar Suatu yang Pasti

Assalamualaikum…
Membuka bicara...



Selama ini..
Semakin ku mencari
Semakin ia bersembunyi
Semakin ku tagih
Semakin ia menghindar
Semakin ku mengejar
Semakin ia berlari
Semakin ku dekati
Semakin ia menjauh

Kini…
Ku lepaskan ia pergi
Terbanglah dengan bebas
Berlarilah dengan tenang 
Mencari arah tersendiri
Menuju destinasi pasti

Dan…
Aku di sini
Setia menanti
Sambil mencari destinasiku
Menggapai realiti
Lebih indah dari sebuah mimpi
Mengejar suatu yang dijanjikan pasti
Tiada keraguan
Menuju pintu abadi



Intan Zubaidah bt Mohamad Hatta
30 March 2014
12.02pm
Bergantung di buaian memandang langit Allah S.W.T. yang terbentang luas

…silent…  




post signature post signature

Thursday, 27 March 2014

Korea2013 - Day4: Namdaemun Market & Myeongdong Market

Assalamualaikum...

Anyeong haseyo Incik Bloggie!

Haaaa....sekarang dah di penghunjung bulan Mac pun. Quote from my brother 'tak habis-habis lagi cerita Koya dia~~~'. It's a MUST. Supaya in future aku boleh baca balik kenangan-kenangan lalu. Menulis di sini is kind of writing a journal 'my life journal'. Nanti bila baca balik in future, teringat balik kenangan lalu sangat manis. Tak payah nak 'in future' sangat lah. Sekarang ni pun bila tengok balik entries yang lama-lama pun aku dah macam sesenyum & nak tergelak sesorang, bukan apa macam tak percaya aku yang tulis tu *super merepek!!! mihmihmih~~~*.

Dah masuk penghujung kisah, kira-kira dalam 4 entries lagi nak wrap up kisah pengembaraan di negara Kpop!

Let me continue with another shopping stories on day 4! *dah lama berhenti berborak sakan pasal Korea kena cari momentum dulu nak mulakan ni*

Hari keempat ni we all pergi shopping lagi dekat Namdaemun market & Myeongdong market.

Kedua-dua market ni actually dekat je, berada bertentangan antara satu sama lain. Kalau nak pergi antara dua market ni, kita boleh melalui jalan bawah tanah, dimana kat situ kita akan melalui satu lagi market di bawah tanah. Sambil-sambil berjalan pun boleh cuci mata sekali.

NAMDAEMUN MARKET

Namdaemun market ni adalah pasar tradisional terbesar di Korea yang menjual pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan. Style Namdaemun market ni ala-ala macam kedai di tepian jalan gitu. Antara barang-barang yang dijual dekat sini adalah seperti pakaian, barang mainan, souvenier, kasut dan pelbagai lagi. Pendek kata memang murah-murah belaka. 

Tips from my tourist guide, kalau anda nak cari brooch Korea yang famous amos meletop tu kat sini la tempat dia!

We all pergi market ni waktu malam, once Lucy lepaskan je we all decided to go to Namdaemun market dulu, sebab ada misi nak memborong brooch. So, memang terus berjalan pergi cari kedai brooch semata-mata dekat sini. Tak melencong kat kedai lain pun, since masa yang sangat limited! Nanti nak berjalan-jalan dekat Myeongdong market pulak, takut tak sempat.

Ok, memang boleh jadi rambang mata nak pilih brooch dekat sini. Memang cantik-cantik sangat dan harga pun berpatutan. Tips from me, uollsss pandai-pandailah survey dekat sini, sebab ada banyak kedai yang jual. Iollsss beli dekat kedai sorang oppa ni, yang offer harga agak murah nak compare dengan kedai-kedai lain. Based on Lucy suggestion gak, dia bagitahu cari kedai sorang lelaki ni yang jual murah. Disebabkan terlalu asyik pilih brooch samapi lupa nak snap gambar dekat sini. Tetiba baru sedar yang tak ada langsung gambar kat sini. Then lepas tu baru meneroka Myeongdong market.

Gambar ihsan dari Incik Google. Gara-gara seronok sangat memilih sampai lupa habis nak snap gambar. Satu lagi disebabkan kekangan masa.
[Kredit]

For further info pasal market ni, contoh macam mana nak pergi & kat mana lokasi dia uollsss boleh usha kat sini : Visit Korea - Namdaemun market

MYEONGDONG MARKET

Selesai misi membeli brooch untuk diri sendiri dan untuk souvenir buat orang tersayang, we all berpatah balik ke Myeongdong market, meredah kesejukan malam itu *tetiba teringat kesejukan salji...aaaa*. Dekat Myeongdong ni ada pelbagai jenis kedai-kedai berjenama dikumpulkan di sepanjang jalan. Dekat sini dijual pelbagai produk seperti pakaian, kasut, aksesori, skin product, makanan-makanan yang menarik dan barang-barang KPOP untuk peminat-peminat KPOP di alam semesta ini! Kalau nak compare antara Namdaemun dan Dongdaemun market, dekat Myeongdong market ni we all jumpa lebih banyak kedai barangan yang berjenama dan berkualiti sperti H&M, Forever 21, Etude House and so on. 

For further info pasal market ni, contoh macam mana nak pergi & kat mana lokasi dia uollsss boleh usha kat sini : Visit Korea - Myeongdong Market


Selamat datang ke Myungdong market!
Bajet model sangat aih~~~
Since dah kekangan duit *nak simpan untuk nak pergi Hello Kitty Cafe & last minute shopping lagi nanti* so we all jalan-jalan cuci mata dan try makan diorang yang unik jelah dekat sini. Memang di sini terkenal dengan 'street food'. As we are muslims so kena pandai pilih dan jangan malu bertanya apa ingredients dalam makanan tu ye.

Cik lah kata nama dia pancake / sweet Korean pancake. Dulu dia pernah makan masa mai Korea. So, kali ni serbu lagi!
Iollssss dah try rasanya memang sedap!
Rangup di luar dan manis di dalam. Thumbs up! Harga dia 3 = 2000won / 1 = 700 won.
*Nak makan lagi pleaseeeeee~~~ nak please dekat siapa tan? kalau nak sila pergi Korea semula. aaaa~~~*
Teruskan berjalan tengok apa yang menarik di hadapan sana.
Kedai-kedai di sepanjang jalan yang meriah. Ada promoter yang cuba promote barangan mereka kepada pengunjung market. Suasana waktu malam yang meriah dengan lampu yang bergemerlapan.
I <3 Etude!
Sekarang makin suka dengan produk Etude House sebab sesuai dengan kulit aku.
Mirror mirror on the wall~~~
Sambil cuci mata tengok baju-baju dan aksesori mata we all sibuk juga dok mencari kedai dukbokki yang sesuai untuk singgah menjamu selera. Suddenly terjumpa gerai ahjumma ni yang bersih dan dia separate antara makanan-makanan yang di jual. So, tak ada la bercampur dengan apa-apa yang non-halal. Ahjumma ni nampak we all macam usha-usha and berborak-borak then dia tegur we all dengan ramahnya. Katanya bahannya adalah seafood sahaja. As she aware we are wearing tudung, bagus ahjumma tu mesti banyak orang muslim yang dah singgah kat kedai dia.

My girlprens di depan kedai dukbokki.
Ahjumma yang berniaga dengan mak dia yang sangat baik. Even mak dia tak boleh speaking English tapi dia sangat ramah. We all la yang tak faham apa dia cakap.
Antara makanan yang di jual di gerai ini. Gerai yang kemas!
Ni la dukbokki tu!!! Semangkuk ni berharga 3000 won. So we all share je semangkuk ni. Makan dengan berseleranya!
Nyumsss!
Selesai menjamu selera di sini, aku terpandang satu gerai yang menarik perhatian. Sorang oppa ni sangat mesra tersenyum kepada ku *ewah! jatuh hati Iollsss~~~*. Actually tertarik dengan apa yang dia tengah buattu, aku rasa macam pernah tengok makanan tu dekat satu drama Korea neh. Then we all pun serbu gerai tu pulak. Oppa tu menjual Korean Honey Candy. Dengan ramah oppa tu memberitahu kami ia diperbuat daripada tepung jagung, madu dan berintikan 7 jenis kacang, dan muslim can eat it!

 Terpegun sekejap tengok cara pembuatannya yang unik. Dari seketul madu yang keras, diadun dalam tepung jagung. Then dipusingkan macam ala-ala nak buat mee tu. Sehingga membentuk untaian tali yang beribu. Menarik! Akhir sekali 7 jenis kacang itu diletakkan ditengah-tengah dan dibalut. Jadilah seperti gambar di atas itu *sila tengok gambar di atas itu dekat area bawah sikit ye, macam tu la rupanya Honey Candy! bukan Candy Crush ok!*

Sesi bergambar bersama oppa yang sangat mesra dan semangat menunjukkan demo kepada kami. Kamsahamida oppa *tak tahu nama apa* Kami beli! Tapi bila balik agak terkilan sebab beli satu je. Ia di pack dengan cantik ke dalam kotak, setiap kotak ada 10 biji Honey Candy yang berharga 5000won je ye. Disebabkan takut sangat duit tak cukup we all beli satu je. Baru 5000won ok bersamaan lebih kurang RM15 *terkilan sampai sekarang sebab sedap!*. Tetiba datang sekumpulan pengunjung dari Malaysia juga yang bertanyakan adakah ia halal. Diorang pun turut beli sekali. Bila terjumpa warga Malaysia dekat sana memang semua jadi ramah mesra. Jumpa orang satu negara lah katakan.

We all terus explore lagi Myeongdong market, memang banyak benda menarik di sini.

Gerai jus delima yang lepas we all balik baru tahu rupa-rupanya famous and must try!
AAAAA...dah balik baru tahu. So tengok gambar jelah yang mampu.
Nama kedai yang cool.
Nama kedai 'LesMore' ni dekat-dekat macam nama Incik Bloggie! nama my lovely Incik Bloggie 'Less Is More'
Dah puas meronda, dan masa yang diberi pun hampir tamat we all berjalan ke check point untuk berkumpul. Kali ni we all antara orang yang terawal berkumpul *bangga sekejap...eh!*. 

Once everyone dah ada, terus pergi ke Mentari Cafe untuk dinner. Nama pun Mentari macam perkataan Bahasa Malaysia kan. Memang kedai orang Malaysia pun! Dah esok nak balik kan...ambik feel makan makanan Malaysia semula~~~.

Restoran Malaysia dekat Korea~~~
Style buffet.
Sarah yang tengah pilih nak makan apa, nak ambil lauk apa eh. 
Lambang KLCC yang tersergam indah. Wah!

Itu jelah kisahnya. Akhirnya habis juga mengarang. Alhamdullilah, 3 entries to go. Aja aja fighting!!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

post signature post signature

Wednesday, 26 March 2014

Random Intan #5 - Antara ketakutan dan keazaman

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Saja nak bercerita mengenai dua perkara yang suddenly hit my mind! *sound like dush...dush...dush...*.

Last sunday, my brother randomly ajak pergi tengok movie. Sebab pada hari sabtu, masa masuk kedai buku MPH kitorg terjumpa novel "Divergent". My brother kata 'eh! ni bukan cerita baru tu ke?' tanpa perasaan sebab tengah kecewa buku yang di cari tak terjumpa aku menjawab 'ooo..ada movie baru eh, dari novel rupanya' -.-".

Keesokan harinya, iaitu ahad secara tiba-tiba aku mula mengalami gejala-gejala kemurungan level 1 dan bakal nak masuk level 2 kalau tidak diatasi dengan pantas *scary~~~*. Luckily ada adik yang rajin check showing time dekat panggung, then dia ajak 'long...wayang jom!'. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal 'OK!' kena pampered diri sebelum gejala kemurungan semakin berleluasa menguasai diri. We decided to watch 'Divergent' pada malamnya, hasil ilham dari terjumpa buku kat MPH pada hari sabtu.


Bagi aku, ia satu movie yang memberi semangat kepada aku. Terus hilang 'kemurungan' lepas tengok cerita itu, dan datang satu semangat berkobar-kobar untuk terus fight mengejar impian. Disebabkan tengok watak utama cerita tu, 'Beatrice' yang sangat gigih ikut latihan puak 'Dauntless' yang macam 'kejam' tu. Pada aku dia macam 'step out from her comfort zone' dan buat apa yang dia nak buat dengan confident. Pada pandangan aku lah begitu. Bukan nak tulis review pasal jalan cerita or negative side dalam 'Divergent' tu, cuma nak cakap yang aku macam dapat satu motivasi lepas tengok cerita itu.

Dan memang dalam setiap diri seseorang itu ada 'sesuatu yang ditakuti' tapi kalau kita nak keluar dari zon selesa kita kena hadapi 'ketakutan' itu dengan cara yang berhemah. Aku percaya kalau kita dapat handle tekanan dari ketakutan itu dengan cara yang positif ia akan memberi impak yang positif juga kepada diri kita *apabila budak yang tak belajar psikologi cuma berfalsafah seperti pelajar psikologi, haru biru jugak jadinya*.

Sebagai muslim, antara panduan terbaik dalam melalui apa jua tekanan atau ujian adalah;

 "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." - Surah al-Baqarah ayat 155-156

Dan semalam back to English class setelah tiga minggu tak ada kelas. I learnt two interesting words, sememangnya dah tahu perkataan ni, tapi sebelum ni tak pernah nak mendalami dan memahamkan dengan sefahamnya maksud perkataan-perkataan tersebut dengan mendalam sehingga faham *faham tak apa aku cakap ni...sebab aku pun pening bila baca balik* -.-".

Courageous : People have the ability to control their fear in dangerous or difficult situation.

Determined : People want to do something very much and don't let anyone or any difficulties stop them.

Sekarang dah faham dengan mendalam sampai dah tinggal kesan pulak dalam diri. Suddenly macam boleh relate these two words dengan karakter 'Beatrice' dalam cerita 'Divergent' tu! Makin bertambah inspirasi dan motivasi. Di situlah tercetusnya sebuah keazaman! *over!!!!* Lalalala~~~that all from me.

Lately my life macam sangat random, macam sesuatu yang berlaku sebelum itu boleh dikaitkan dengan sesuatu yang terjadi setelah itu. Padahal ia adalah dua benda yang berbeza. Tapi otak ini ligat mengaitkan kedua-dua kejadian yang berbeza kepada satu titik persamaan. Menarik!

Last but not least...

In battle mode...ME against MYSELF!
P/S : Bagi aku best jer tengok cerita Divergent tu, tapi my brada kata biasa-biasa je. Ok, respect pandangan masing-masing! Kalau dah tengok movie ni ambil yang jernih dan buang yang keruh! *if you know what I mean*.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Monday, 24 March 2014

Resepi Banana Milkshake Special *konon*

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Since kekangan masa tak dapat nak menulis entry yang panjang-panjang dan memerlukan masa yang panjang nak mengarang. Yes! tak wrap up lagi cerita Korea haritu, yes! dah lama pun berlalu, yes! tak sabar nak habiskan and yes! tak ada masa lak sekarang ni. Tapi alhamdulillah masih ada masa nak share sesuatu yang pendek di sini.

So, hari ini in simple and attractive *konon la menarik sangat!* aku nak share satu lagi resepi yang sangat mudah dan cepat dan lazat dan *sila tambah sendiri apa yang anda nak...heh*. Memang sodap buat minum tengah panas-panas terik ni. Banana milkshake special! *sejak bila entah minat sangat dengan pisang! aaaaa...*

Bahan-bahan

1 - 2 pisang (seeloknya dibekukan)
1 cawan ais
1/2 cawan susu
1 scoop ais krim vanilla
1/2 sudu teh esen vanilla (optional)
4-6 biji badam (optional)
Strawberry syrup (optional)
Gula (secukup manis) *lebihkan manis di senyuman =)*

1. Den menggunakan pisang montel.
2. Since pisang dah tinggi dengan kalori, so kita guna susu low fat
3. Tak jumpa ais krim vanilla dalam tupperware besar, so beli jer Wall's Happy Cup =) *mungkin akan tersa lebih happy lepas makan nanti*
4. Hershey's Strawberry Syrup untuk penambah rasa!
Cara-cara

1. Potong pisang menjadi bahagian-bahagian yang kecil supaya mudah untuk dikisar

2.Masukkan pisang ke dalam blander.

3.Kemudian campurkan secawan ais.

4.Setelah itu tuangkan 1/2 cawan susu low fat *optional nak guna yang lemak berkrim disukai ramai pun boleh*

5.Masukkan 1 scoop ais krim vanilla *since aku suka sangat ais krim, so aku letak lebihla...hehe..*

6.Kalau nak letak badam or kekacang & esen vanilla silalah campurkan sekali. Setelah itu ready untuk dihancurkan! Kisar sehingga halus. Then kalau rasa tak cukup manis boleh tambahkan gula sedikit.
A cup of victory!
Blander mak ni memang nampak macam piala! Eh! tetiba pulak.
7.Siap untuk dihidang!
Nak lebih menarik, letakkan 1 scoop ais krim vanilla di atasnya then tuang sedikit strawberry syrup.
Selamat menikmati banana milkshake anda!!!
Ok! Super duper simple kan! *intan memang tak akan share resepi yang susah-susah sebab dia pun tengah belajar masak lagi tu, nak menajamkan skill kekonon tiap-tiap petang tengok MasterChef ewah!*

Selamat mencuba, semoga kita sama-sama makin pandai memasak ye! InshaAllah...yang baik itu datangnya dari Allah, segala yang buruk itu datangnya dari diri yang serba kekurangan dan lemah ini.

P/S: Weekend adalah hari untuk bereksperimen resepi baru. Wink!Wink!Wink! Next week nak buat apa pulak laaaaa~~~

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Friday, 21 March 2014

Senarai Biasiswa bagi Lepasan SPM

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!

Result SPM telah pun diumumkan pada tanggal 20 Mac 2014, iaitu semalam. Aku perasan status-status di FB dan Twitter dipenuhi dengan kata-kata semangat dan tahniah kepada pelajar-pelajar SPM dan tak kurangnya ada yang mengimbau kembali zaman dia SPM dulu *haish…tetiba teringat balik zaman muda-mudi dulu, dah 7 tahun pun berlalu. Wah!*. Adikku juga merupakan salah seorang yang berdebar-debar kembali ke sekolah nak ambik result SPM. Alhamdulillah, syukur dengan apa yang di terima ye dik!

Maka dengan ini akak pun nak mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah mengetahui keputusan SPM. Dengan rasminya berakhirlah zaman sekolah anda *for sure one day nanti anda akan merindui zaman persekolahan macam akak la ni…terkenang balik masa sekolah dulu…naughty! Ahaks!*. Selepas ini adik-adik akan melangkah ke satu alam baru meninggalkan alam persekolahan. Kepada yang ada perancangan nak sambung study suka di sini akak nak share senarai biasiswa yang ada untuk lepasan SPM seperti adik-adik.

Sumber: Hasil perkongsian daripada my colleague.

*****









SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014










JPA : Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun dan Korea) Tahun 2014
(Permohonan akan dibuka selama 7 hari mulai jam 8.30 pagi pada 21 Mac 2014 sehingga 27 Mac 2014)
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=JKPJ

Permohonan Program Khas Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 - Kerjasama MARA dan JPA
Permohonan online (permohonan akan dibuka pada 21 Mac 2014 - 8.30 pagi)
Senarai Program
Syarat Program MARA
Program Kerjasama MARA dan JPA
FAQ  

*****

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

[Kredit]


Selain pembelajaran dalam kelas, ada juga sesuatu yang dapat kita pelajari di luar kelas semasa zaman universiti. Paling penting kena pandai balance and tahu yang mana satu yang penting! Kepada yang dah ada target apa nak buat and apa nak fokus untuk masa depan, akak salute uolssss!!! Go for it!!! More challenges are waiting in future. Gambatte!!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

You raise me up!

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!

Rasa nak tujukan sebuah lagu yang amat 'deep' bagi diriku. Ini adalah antara lagu favourite aku dulu kini dan selamanya *memang lagu lama pun*. Tapi dah lama tak dengar lagu ni, tadi lepas tengok Running Man episode 189 part Haha & Gary buat mission sambung lirik lagu, one of lagu dalam mission diorang itu adalah lagu ini!

You raise me up - Westlife


When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

Terasa macam tengah perform sambil diiringi kumpulan koir & orkestra. Bestnya kalau betul-betul dapat buat macam ni!  *excited terlajak pulak da~~~* 

Penghargaan besar kepada mereka yang telah banyak memberi sokongan moral, sokongan padu tepat ke hati, sokongan dari segi kewangan, sokongan yang tak berbelah bahagi dan segala jenis sokongan yang ada di alam ini. Especially to my lovely parent, tak kira macam mana anak dia ni dah buat salah or kadang-kadang 'nakal-nakal manja' mereka sentiasa ada untuk beri sokongan. Big appreciation also to my only 2 brothers; teman gaduh, teman manja, teman keluar jalan-jalan, tempat menggedik, teman menggila dannnn teman pergi dapur bila takut nak pergi sorang-sorang *-.-"*, tok wan, pak-cik, mak-cik, sepupu sepapat ku yang jarang-jarang jumpa tapi bila jumpa panjang ceritanya, kakakku yang lain mak dan lain ayah; tempat meluah segala keluh kesah, berangan tinggi melangit dan teman menggila yang sejati, kawan-kawan sekalian, seseorang dari masa silam yang tidak tahu apa khabarnya kini *semoga baik-baik sahaja dengan kehidupan anda :')*, cikgu-cikgu, lecturers dan semua yang telah banyak memberi semangat kebangkitan meneruskan perjuangan hidup *dengan nada penuh semangat!*. 


YOU RAISE ME UP...TO MORE THAN I CAN BE!

Menaip sambil play lagu ni, rasa nak meleleh ayaq mata...*gosok-gosok mata, tak cool la menangis. cuci mata je. eh!*

......awkward......krik krik krik.....

Salam sayang. Jangan marah, kalau marah kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang! ^_^v

Till we meet again Incik Bloggie!


Wassalam... 


post signature post signature

Thursday, 20 March 2014

A Letter To You

Assalamualaikum,

Hai Incik Bloggie!!!

Lately memang suka bersengkang mata sampai lewat malam, gaya macam esok tak kerja. Sampai mata dah jadi macam mata panda! Kalau anak panda tengok aku pun mesti dia terkejut.

AAAAA!!!! Kenapa mata kita sama???
[Source]

Tadi baru lepas baca buku 'Reclaim Your Heart' hasil nukilan sister Yasmin Mogahed. Suka dengan penulisan dia yang banyak memberi inspirasi dan memperbetul arah kehidupan. Alhamdulillah selepas sebulan lebih dibawa pulang dari MPH Alamanda, malam ni aku da masuk chapter terakhir "POETRY".

Chapter itu dimulakan dengan tulisan satu surat yang menyentuh hati aku. Then suddenly aku decide untuk stop membaca dan menulis di sini. Tetiba terasa sesuatu nak ditulis. Poet yang lain tu I'll keep it for next reading session. Nampak hidup semakin teratur, setiap malam macam mana pun akan aku provide sedikit masa membaca buku yang berunsur makanan hati. Hingat perut je nak kena bagi makanan berkhasiat, hati pun kena bagi makanan yang berkhasiat ye.

Surat yang bertajuk "A Letter To You" ditulis dalm tiga perenggan. Nak menulis the whole letter tu kat sini memang tak boleh lah kan, itu kan hak cipta buku orang *lagi satu sebab panjang sangat, memang tak rajin la aku nak menaip balik*. I'll share few sentences yang memberi impak mendalam dekat hati ni.

Ayat perenggan pertama yang menyentap hati.

"… I saw you - Dunya. You place veil after veil over my eyes. Trying to win me, deceive me, enslave me to your lies."

'You' di situ adalah merujuk kepada 'DUNIA'. Lalu datang satu soalan kepada diri sendiri "Sejauh mana aku asyik dengan kehidupan di dunia ini?" *sentap* *makan dalam*.

Seterusnya perenggan kedua.

"And I sit here surrounded by your henchmen, your army of liars sent to keep me in chains"

Sentap lagi… Soalan lain pula hadir menghantui diri "Sentap je ke tan? So…it means, you aware that you've made mistakes right?"

Too attached to 'duniawi' things kadang-kadang membuatkan aku lalai seketika dan adakalanya berlebih-lebihan.

"But I won't be your prisoner anymore."

"My tears are no longer yours to have. And my heart is no longer sanctuary." 

Aku percaya hati adalah pusat kawalan utama bagi segala perlakuan kita, tapi perlu ditambah dengan kewarasan akal sebelum decide untuk melakukan sesuatu. So, bila kesedaran datang menerpa cepat-cepat ingatkan diri.

Suka juga aku nak quote dari Aiman Azlan "Sometime we need to disconnect to reconnect". Tetiba terasa I'm too much attached to social media la ni nak compare dengan dulu~~~Aigo~~~. Tapi sebenarnya aku pernah putuskan untuk seketika suatu masa dahulu untuk 'deep thinking' then suddenly bila mula aktif balik, dah jadi terlajak aktif la pulak. Mohon tak salah guna. Dekat social media tu ada something yang boleh di ambil buat pengajaran, pandai2 gunakan kewarasan akal untuk buat pertimbangan. Jangan main ikut suka hati je. *Ahaks, komen kencang untuk diri sendiri.*

Di penghujung perenggan kedua memberi satu inspirasi untuk keluar dari terlampau asyik dengan 'YOU'.

Mari masuk perenggan ketiga pula.  

"Sometimes there were deserts where all I needed was a single drop of water that you could not give… And I asked again and again for what you could not give… And so I found myself again and again in desert without water, in darkness without light." 

So, tak semua yang kita nak dalam dunia ni akan kita dapat. Selagi mana kita tak dapat nak menerima bahawa sesuatu itu bukan hak atau milik kita, kita akan terus berada dalam penjara kehidupan.

"But I am no longer your slave, for there was a man who came to liberate me from this."

Back to basic, kembali kepada Pencipta. Kerana Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ye dak?

*Menangis laju-laju!*

THE END!

Source : Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed.

Nak baca surat penuh, sila lah baca buku Reclaim Your Heart ni. Aku boleh pinjamkan kalau ada sesiapa nak pinjam *tapi lepaih den dah habis baca lah eh, ada a few pages je lagi!*. InshaAllah lepas habis baca ni nak share honest review pasal buku ni *cewah! kemain nak buat review bajet macam pengkritik professional la pulak!* kalau ada masa la nak membebel lagi di sini. Padahal orang dah lama baca buku ni, baru terkedek-kedek nak baca *better late than never!*.

Dengar-dengarnya Yasmin Mogahed nak datang Malaysia bagi talk bulan April ni. Thinking of nak pergi *ada orang nak teman tak…erk!!!*.



Ok little sharing from me, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT segala kekurangan dan keburukan itu datangnya diri ini yang serba lemah lagi kerdil dan masih dalam pencarian memperbaiki diri. *Kalau salah mohon tegur dengan berhemah.*

Salam sayang. Kalau marah kena jual, kalau tak marah teruskan berkasih sayang! ^_^

Last but not least

Kepada pemilik hati yang abadi peliharalah hati ini.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...



post signature post signature