Thursday, 6 February 2014

30 Things You Need to Try at Least Once While You’re in Your 20s

Assalamualaikum…


[Source]

Hi Incik Bloggie!!!

Today I read one article about life from Lifehack website.

Just baca tajuk dia je dah dapat tahu apa mesej yang nak di sampaikan.

30 Things You Need to Try at Least Once While You’re in Your 20s.

Quite interesting article that can give you some inspiration and direction for your life. Since aku pun dah masuk mid 20's ni *pejam celik pejam celik cepat sungguh masa berlalu weh~~~karang tetiba dah masuk late 20's aigo~~~*, nak try check out apa dah buat apa yang belum.

1. Travel alone

Sometimes kita kena bagi masa dan ruang untuk ber "sdn.bhd." di tempat yang asing. So, boleh buat apa nak buat, berapa lama nak stay ke nak belah ke *suka hati kau lah, tak ada siapa nak cakap apa pun*. Enjoy your own time *tak nampak macam loser pun bila travel sorang-sorang. heh!*. 

Actually one of my wishlist, dan masih belum tercapai lagi sebab memerlukan keberanian, masa, kebenaran parent dan fulus. Travel backpack alone, one day I will! *tapi ni tak sure boleh capai dalam usia 20's or tak, tak apa yakin boleh!*

2. Travel the world

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Siapa tak mau weh jelajah pelusuk dunia. Tapi tapi tapi it consume a lot of money and times. Kalau dalam umur 20's nak travel around the world in one shoot memang agak susah kot mengenangkan sumber kewangan yang belum stabil dan masa yang perlu di habiskan membanting tulang untuk mendapatkan rezeki halal.

Ia susah tapi tak mustahil, so USAHA. Buat masa ni negara luar yang pernah di jejak baru China & Korea. Negara jiran sebelah pun belum sampai lagi. InshaAllah...coming soon *on waiting list for this year!*.

3. Connect with your family

DONE! Alhamdulillah connected! Lagi lagi lepas pindah rumah ni ramai saudara mara datang lawat rumah and I've become closed to them. Tok and wan pun dah mai duduk rumah. Alhamdulillah merasa sebulan lebih jaga diorang. Ramai cousins dah beranak pinak and I'm officially become 'Mak Long' *menumpang kasih, main dengan anak buah dulula, anak sendiri~~~lambat or cepat hanya Allah yang tahu*. Aku sedar dah umur 20's so inilah masanya nak kuatkan bonding dengan kaum kerabat dan keluarga. *Dan sekarang zaman teknologi, at least bertanya khabar la di FB, Twitter or Instagram, why not. Ok kan!*

Since intern till now, I'm staying with my parent and my sibling! *my lovely family*. So, aku rasa ni la masanya nak berbakti kembali kepada selepas dah keluar menghabiskan masa belajar sebelum ni. Sayangi, kasihi, hargai, peluk dan cium kedua ibu bapa kita selagi masih ada peluang. Masa depan kita tak tahu macam mana lagi. Sebelum terlambat, hargai peluang yang ada.

4. Determine your passion

Hmm...hmm...hmm... So what's your passion Intan?*apa yang kau enjoy?*. I've too much interest, sampai haru biru jugak lah jadinya sebab rasa nak buat segala-galanya. At this age I'm still trying to figure out *seriously aku rasa teruk sangat, but it never late than never, right?*. As for now I'm enjoying blogging about life and sharing something that I know with others. Honestly, at this age I want to step out from my comfort zone! Nak buat apa yang aku enjoy buat and hopefully benda tu benefited to others *Luahan rasa paling jujur, hope one soonest day I can find it*.

5. Determine your life goals

Aku rasa before "determine passion" aku kena "determine my life goal" first. So apakah, kenapakah, mengapakah aku wujud di atas muka bumi Allah S.W.T. ni. Recently, banyak sangat benda terjadi dalam hidup aku dengan tiba-tiba dan sangat-sangat memberi satu impak maksima yang sangat besar dan mendalam *ni ayat paling kucar kacir dan terlajak hyperbola yang telah aku buat* dalam pencarian tujuan kehidupanku. Aku rasa, aku dah mula dapat satu pedoman hidup *apa yang aku nak buat dalam kehidupan ni*. One step forward! *Allah, please guide me...amin...*

6. Get rid of that debt

Buat masa ni masih belum dibelenggu sebarang komitmen hutang. Tapi aku rasa ni macam baru masuk umur nak mencari hutang je, bukan nak settlekan hutang. Ahaks!

7. Learn a new language

Why not try belajar Korean language in depth. Or belajar bahasa Maori ka, randomly pick! At the same time, kena improve English lagi! *aku sedar aku sedang mengkucar-kacirkan bahasa apabila merojakkan bahasa di sini hmm hmm..chill la~~~* Aja aja fighting!!!

8. Join a team

Maybe team bulatan ceria. InshaAllah... :)

9. Spend time with friends

Dah mula contact balik with kawan-kawan yang agak lama lost contact. *Jom kita reunion!!!* Then tengah plan trip dengan kawan-kawan.

10. Find your own home

Sejujurnya rasa nak menangis tengok harga rumah sekarang ni. Sob…sob...sob T.T!

11. Visit Grand Canyon

Dunno why kena pergi. Kena pergi dulu lah baru tau.

12. Go on a road trip

Rasa nak pergi culik semua kawan-kawan naik kereta, then bawak diorang pergi jauh *bawalah aku pergi, pacu laju laju kita lari dari realiti~~~*.  

13. Do something crazy

Hahaha! I've done some with my bestie~~~ tapi mungkin...tapi mungkin... *gaya macam Lee Chong Wei cakap, uollssss perasan dak Chong Wei suka sebut ni* boleh buat something yang gila lagi ni!

14. Train for marathon

Emm...ok...*saya bukan pelari*.

15. Take a cooking class

Yeah! Officially registered for cooking class with my mom & plan nak masuk baking class.

16. Volunteer

I've done one last year, aku joined CSR program organized by my company. Tahun ni, kalau ada peluang lain, just grab it. Banyak lagi program volunteer yang kita boleh buat.

17. Dedicate one full day to doing nice things for strangers

Contohnya macam tolong pak cik melintas jalan, tolong bawa barang untuk mak cik dekat kedai. Random and simple~~~

18. Go offline for one week

Mungkin kena plan seminggu vacation tanpa telepon & laptop! Real vacation! baru kita betul-betul mengamati percutian tu. Mungkin agak susah yang part telefon tu, mesti parent aku tercari-cari nanti. Ok, dimaafkan kalau telefon Nokia 3310 sebab tak boleh connect internet. Ahaks! So no more facebook, twitter, instagram, foursqure and Incik Bloggie for a week. Back to basic and tradisional. Macam aman je holiday!

19. Go camping

Last camping masa zaman sekolah dooloo dooloo dooloo~~~

20. Attend an awesome event

Hope next week is an awesome event. Looking forward!

21. Go to Las Vegas Mekah

As I'm Muslim, better to change it to Mekah. Hope sebelum tamat 20's ni dapat pergi mengerjakan umrah.

22. Learn how to play golf

Erk! Intan, apa kata main chess balik!!!

23. Point your finger at a map and go there

Hope jari aku point dekat tempat yang menarik. Tapi sebenarnya, setiap tempat tu ada tarikannya sendiri. Tak percaya, try to find out with heart, bukan hanya dengan mata kasar.

24. Cook something new every single day for 30 days.

Mak! once a month kena ajaq along resepi baru!

25. Say "Yes" to everything for a certain length of time

Selama ini asyik dok cakap "Yes" ja. For Intan Zubaidah she need to learn how to say "No!!!".

26. Scuba dive

Nak scuba dive cer belajar berenang dulu gak Intan!

27. Win an award

Saya nak award 'The Best Intan Zubaidah among Intan Zubaidah'. Nama award paling pelik kan?

28. Make friend with your neighbors

Balik kerja petang-petang tu cer gak tegur-tegur jiran-jiran tu Intan oiiiii!

29. Learn a new dance

Zumba? Bolehla kurus skit.

30. Write a letter to yourself

Aku menulis di sini. Segala luah rasa yang terpendam di hati semua akan ku campakkan di sini. Once in a while aku akan baca balik apa yang aku luah dekat Incik Bloggie yang baru berusia tak sampai setahun jagung pun lagi and I'll ask myself; apa jugakla yang Intan ni merepekkan, then macam tak percaya, aku ke yang tulis semua benda merepek ni???. But it was fun, baca balik sambil tersengih sorang-sorang mengenang waktu kejadian dan masa aku mengarang entry tu. Manis tau!

*****

So, itulah 30 benda yang writer article tu suggest apa yang patut kita buat dalam usia 20-an ni.

Tapi aku nak tambah a few things yang aku rasa aku patut buat in my 20's

31. Try extreme activity

Panjat bukit, bungee jump, blob jump *tapi before tu kena belajar berenang dulu*, wall climbing and so on. Sebab bila dah berumur dah mula sakit pinggang sengal bengal semua, tak larat dah nak buat. Ahaks!

32. Tingkatkan ibadah

Tepuk dada tanya iman. Deep…

33. Perdalamkan lagi ilmu agama

Tepuk dada tanya iman. Deep

34. Persiapkan diri untuk menjadi seorang suami/isteri dan bapa/ibu di masa hadapan

Bunyi macam berangankan. Tapi tak sebenarnya, ini memang realiti kehidupan akan tiba suatu saat 'title' itu akan datang menjengah dalam kehidupan kita.  Title seorang suami/isteri dan bapa/ibu itu datang dengan 'tanggungjawab'. Tanya diri sendiri dah bersediakah untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Buat kaum adam dah bersediakah untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang perdana menteri
dan buat kaum hawa dah bersediakah untuk menjadi timbalan perdana menteri dalam sebuah negara yang dipanggil keluarga. Dan especially buat kaum hawa seperti ku dah bersediakah tangan yang kecil itu untuk menghayun buaian dan menggoncang dunia.

Semua itu perlukan ilmu dan persediaan dalam diri. Tidak cukup dengan sekadar angan-angan nak pasangan begitu nak pasangan begini *tetiba serius pulak…nasihat dekat diri sendiri neh jangan dok sibuk nak cari calon je lebih tapi internally kucar kacir!*. 

35…..aku tengah fikir lagi nanti kalau dapat ilham aku sambung lagi eh!

By the way banyak je lagi motivation and inspiration articles yang kita boleh baca dekat dunia Internet tu. Tanya je dekat Incik Google, berjela-jela suggestion dia boleh bagi. But…aku teringat apa yang sorang  kawan aku pesan 'kalau kau baca buku or article motivation yang mat saleh tulis jangan lupa diorang dengan kita banyak beza in term of culture and agama, so baca dan ambil apa yang sepatutnya je'. And sometimes baca jugak articles yang ditulis oleh tokoh-tokoh Islam, so then kita dapat satu panduan yang sihat dari perspektif Islam dan juga idealis barat atau negara lain.

Panjang pula membebel kan. Just random thought from me. Apa yang terbaik itu datangnya dari Allah S.W.t. dan apa yang terkurang atau salah itu datangnya dari kelemahan saya,

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam... 


post signature post signature

No comments :

Post a Comment