Thursday, 20 February 2014

Random Intan #3 : Intan dan Imaginasi

Assalamualaikum…

Hai Incik Bloggie!

Mengikut kamus dewan edisi keempat, imaginasi adalah daya khayalan, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. (Source)

Mengikut Merriam-webster online…Imagination is…

  • Ability to imagine things that are not real, the ability to form a picture in your mind of something that you have not seen or experienced
  • The ability to think of new things
  • Something that only exists or happens in your mind

Tapi dalam kes aku ni ragu-ragu jugak adakah ia suatu imaginasi atau perkara lain. Ini adalah kerana aku sangat gemar membayangkan sesuatu itu serupa dengan sesuatu yang lain. Contohnya:-

Setiap kali melihat kereta Mitsubishi Lancer & adik kembar lain mak & ayah beliau Proton Inspira
[Source]
[Source]
Sekaligus aku akan membayangkan dua ekor angry bird ni. Seperti nampak angry bird sedang bergolek-golek di hadapanku.
Marah ni marah ni...Arrrgggg!!!
[Source]
Angry bird yang tak angry.
[Source]
Kenapa dan mengapa?

Cuba tengok lampu belakang nya dengan kening angry bird ni.
Kalau uolsss tak nampak aku je yang sedang berimaginasi di luar kotak fikiran.
Ahaks!
[Source]

Seterusnya...

Awal suatu pagi aku dongak ke langit. Terlihat seperti ada kesan scratch di awan.
Aku rasa ia unik dan indah sebagaimana indahnya kesan calar di hati yg memberi kesedaran dan mengembalikan diri kepadaNya
.
[Picture from my instagram]

Bagi aku sekali sekala berimaginasi itu bagus juga kerana boleh meningkatkan daya kreativiti bagi nak mereka cipta sesuatu, nak selesaikan tugas harian or problem. Orang putih kata 'Think out of the box', so itu memerlukan sedikit imaginasi macam mana nak berfikir diluar kotak, adakah dengan cara berdiri di luar kotak atau ditepi kotak atau…dah cukup mengarut.

An artist should has high imagination.
Awesome 3D pavement art.
[Source

Kalau yang suka berangan, tak apa berangan tu kan FREE OF CHARGE! Bukan kena bayar pun kan. Ahaks!!! Tak salah dok, tapi apa kata try to make it to reality if angan-angan kita tu 'achieveable'. Yang diperlukan adalah usaha dan tawakal kepada Allah S.W.T.

Tetapi kalau dah berlarutan sampai hidup di alam imaginasi semata-mata itu bahaya. Berimaginasi lah sekali-sekala biar kena pada masanya, yang penting jangan sampai lupakan realiti. Macam mimpi, it's just mainan tidur dan tak lebih dari itu. *Eh! ada kaitan ke? Ke aku yang imaginasi berlebihan ni?* Semalam aku mimpi…dia…enough!

Last but not least…

How creativity works? It's in our imagination! 
[Source]

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Kita tak nampak Allah, tetapi kita yakin setiap pergerakan kita diperhatikanNya. Kita tak nampak bila malaikat Izrail akan datang menjemput kita, namun setiap saat yang berlalu kematian semakin menghampiri kita.
                                                                          
Wassalam...



post signature post signature

No comments :

Post a Comment