Thursday 20 February 2014

Wajah Baru~~~

Assalamualaikum…

Maka dengan ini saya nak beritahu, Incik Bloggie telah bertukar wajah. Weee~~~ Walaupun tidak semolek da se'cute' wajah yang dahulu *seriously lupa nak print screen wajah lama Incik Bloggie!!!* tapi aku happy sebab template kali ni "I made it myself" dengan menggunakan tema everGREEN!!!. 

Yang sebelum ni cantik menawan sebab search je dekat Incik Google then keluar berjela-jela template untuk aku pilih. Dah pilih, download then upload je dekat Template *sonang je~~~*. Tapi apa yang tak menariknya bila guna template yang sedia ada tu, it's not editable. Sometimes ada restriction and coding pun lain macam, bila search nak edit pun tak jumpa-jumpa *or aku sebenarnya yang tak tahu nak buat macam mana…erk! Saya budak masih belajar ya…*. Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia untuk mereka cipta blog.

Bahagia bila guna template simple yang Blogger bagi, sebab boleh edit & design sendiri, buatlah kau nak buat apa pun. Lepas ni dah bolehla nak post gambar besar-besar, sebab template before ni boleh letak gambar saiz medium je, kalau pilih saiz large mendapatlah kau tengok half je gambar tu nanti *eh…eh…mengadu nasib pulak dia*.

Paling syok bila seorang budak yang tak berapa nak kreatif dan tak berapa nak mahir nak guna photoshop, photo editor serta adik-beradiknya sedaya upaya try test cuba untuk edit header khas buat Incik Bloggie. My first header project! Sincerely, hasilnya tak berapa nak kemas lagi. Pemilihan warna yang tidak tepat dan gambar yang kurang jelas. Tapi kira ok la untuk amatur yang baru nak belajar macam mana nak design blog ni *masuk bakul angkat sendiri nampaknya, kalau kita tak puji diri sendiri siapa lagi nak puji kita. Ahaks!* Keep it up teruskan usaha anda lagi *tepuk bahu sendiri*.

Hasil pembacaan tutorial dari a few websites dan sumbangan bahan-bahan menarik untuk custom design blog ni maka terhasillah wajah baru Incik Bloggie seperti ini. Disebabkan terlalu banyak rujukan website, aku tak dapat nak senaraikan di sini. Just tanya je dekat Incik Google for sure dia akan membantu! Untuk edit header tu aku guna Pixlr photo editor online. Dah nama orang amatur, tak ada pun photo editor canggih-manggih dalam laptop ni. Aku gunakan apa yang ada di laman sesawang sahaja *skemanya ayat kamu itu*. Aku still prefer old view ni daripada dynamic view yang canggih-manggih tu.


Hasil projek header pertamaku~~~ Hanya mampu print screen wajah baru Incik Bloggie.
Itula excited sangat nak tukar design blog sampai lupa print screen wajah lama Incik Bloggie. Sob Sob…tak apa masih kekal lagi dalam ingatan.

Selain itu, aku ada create satu footer khas kali ni.
Macam poyo je bersantai di tepi bunga-bungaan. Peace.
Bunga-bunga cinta layu di pusara~~~

Semoga akan ada improvement lagi lepas ni, tetiba boleh pi belajar pasal CSS, HTML code apa semua *tak pasal-pasal*. Apa yang paling penting pengisian yang dilemparkan terhadap Incik Bloggie itu. Bermanfaat atau tidak? Fikir-fikirkanlah sentiasa muhasabah diri, tepuk dada tanya iman *tetiba serius!*.

Seriously teringat masa kena buat blog untuk assignment e-Commerce. Opppsss! Tak leh ingat banyak-banyak japlagi ada memori lain yang datang menjengah.

Ok, nak cakap tu je pon…heh…

Last but not least…




P/S : Motif nak pos juga pasal wajah baru ni, supaya in future bila Incik Bloggie berubah wajah lagi aku akan ingat macam mana rupa dia yang dahulu kala. Cer tengok balik gambar kita dari kecil-kecil sampai besar. Mesti banyak perubahan kan. =)

Wassalam...


post signature post signature

No comments :

Post a Comment