Thursday, 27 February 2014

Korea 2013 - Day 4: N Seoul Tower

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!

Menyambung kisah seterusnya, dalam hari keempat ni juga we all pergi N Seoul Tower. Siapa pernah tengok BOYS OVER FLOWER *turun tangan!!!* dekat sini la diorang berlakon scene yang Jan Di & Jun Pyo kena lock dalam cable car tu.

Rasa nak tengok balik cerita ni!!!
[Source]
Sedikit info pasal N Seoul Tower :-

Mengikut cerita pak cik Wikipedia N Seoul Tower is officially YTN Seoul Tower *YTN tu 24 hours news channel dekat South Korea*. Dekenali juga sebaga Namsan Tower or Seoul Tower *mula-mula aku confuse jugak ingatkan lain-lain tempat rupanya satu tempat tapi banyak nama...Aigo~~~* It's a communication and observation tower located on Namsan Moutain in central Seoul, South Korea. Marks as highest point in Seoul. Antara attraction dekat sini adalah cable car & muzium teddy bear!!! *teringin sangat nak masuk muzium teddy bear, tapi we all tak cukup masa nak masuk pun, so sangatlah sedih~~~~~~~*

For further details please visit this website N Seoul Tower.

Since masa pergi melawat masjid dekat Itaewon dah mengambil masa yang lama *bakal ditulis suatu hari nanti, baru sedar termiss entry untuk lawatan ke masjid* masa amatlah limited untuk we all. So, dekat sini Lucy bagi masa sekejap sangat, kalau siapa lambat kena tinggal. Paling tak tahan dia siap bagi kad hotel. So, nampak gayanya kalau lambat sangat, memang betul-betul Lucy tinggal we all.

Ok, apa yang menarik masa we all sampai dekat sini salji turun dengan lebat-selebat-lebatnya. Macam hujan tapi dalam bentuk salji, seriously siap ada guruh dan kilat lagi. Terkejut jugak masa ni, first time tengok suasana macam ni.

Hujan salji melanda bandar Seoul.
Nak pergi N Seoul Tower kita kena mendaki sedikit ye.
Disebabkan salji terlampau lebat so kena pakai rain coat. Aku kental, before ni letak je rain coat dalam beg boleh-boleh a night before, pergi keluar kan then lupa letak balik. First day redah hujan, second last day redah hujan salji pulak. Nice!!!
Orang kata jangan jalan dekat permukaan yang ada salji sebab licin, tapi mengikut pengalaman aku better untuk jalan dekat permukaan yang diselaputi salji. Sebab kasut akan lebih grip dekat situ nak compare dekat permukaan yang tak ada salji. Since salji dekat surface tu dah cair, so buatkan ia lebih licin.

Tapi seriously sceneries masa ni memang sangat cantik! Subhanallah! Orang perak tengok salji macam ni lah jadinya.

Happy betul girlprens den dua orang ni.
Permukaan di selaputi salji. *Aku dah macam apa je, rasa nak cover satu muka sejuk sangat grrrrr*
Setelah gigih mendaki akhirnya. YEAY!!!! dah sampai puncak!!! konon macam tinggi sangat, tapi tinggi la jugak dengan jalan licinnya~~~
Bermula-lah aksi-aksi bermain salji. 

Sibuk main salji manalah tower dia? Actually we all tak masuk tower pun, so memang habiskan masa bermain dekat sekitar kawasan ni sahaja.

Tadaaa~~~dekat belakang tula N Seoul Tower!!!
Acececece~~~
Disebabkan dah main baling-baling salji so cik lah tak boleh nak pakai spec!
N Seoul Tower dalam jarak dekat.
Since tak dapat nak masuk muzium teddy bear, kita snap gambar depat teddy bear shop jadilah~~~
Salah satu lagi tarikan di sini adalah Love Lock! Untuk couple konon-konon nak abadikan cinta sejati mereka dekat sinilah!
Sayanghae~~~ (Sayang + Saranghae)...Cinta antara Malaysia dan Korea.
Aku siap bawa padlock dari Malaysia lagi nak letak kat sini. Bukanlah nak buat lambang eternal love ke apa just nak abadikan kenangan bahawa "I been here!!!" ok itu je sebenarnya. Cinta sejati itu milik Dia yang satu.

Tadaaaaaa!!!! It's mine~~~~ Warna hijau tu lagi Iolsss punya~~~~
Harap kekallah ia di situ. Pastu kot kot satu hari nanti pergi melawat tempat ni lagi, bolehlah tengok dengan excited nya *eceh...nak pergi lagi lettewww~~~*

Masa ni sebenarnya dah di tinggalkan girlprens aku, diorang turun dulu. Aigo~~~tinggal 10 minit je lagi, siap lock dan ambil gambar,aku terus berlari turun bawah. Boleh tahan menjunam bukit dia, tambah dengan licin lagi. Tapi masa ni hujan salji dah berhenti. Dan dan sampai bawah pulak tengok bas tak ada dah. Waaaaa!!!! Sudah, habislah...kena tinggal kerrrr??? Sampai hati diorang tinggalkan aku... Luckily, rupa-rupanya driver bas park bas kat tempat lain. Diorang yang lain tunggu dekat bas stand. Phewww...kalau tak mau menangis aku kat situ. Dahla tak nampak teksi or subway station kat area atas bukit tu.

Peace!!! Lega-lega~~~ tak jadi nak menangis. -.-"
Begitu jelah kisah di sini. Paling best pengalaman meredah hujan salji tu. Nice!!!

Last but not least...

Pokok togel pun nampak cantik masa musim winter.

P/S : Sekarang ni cuaca sangat panas di Malaysia, daun-daun mula berguguran, pokok-pokok mulai togel. Bekalan air semakin berkurang. Sama-samalah kita berdoa.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature

Wednesday, 26 February 2014

"Take account of yourself before you are taken into account"

Assalamualaikum...

Hi Incik Bloggie!!!

Hari ni masa dekat office tadi aku menggodek-godek page brother Aiman Azlan. Baca posts lama-lama dia yang memang tak pernah baca lagi sebelum ni. Sekarang ni pantang ada masa lapang kat office mulalah aku menyibukkan diri 'dating' dengan Incik Google. Kot-kot terjumpa sesuatu yang menarik.

Checked all the posts then terjumpa satu tajuk yang agak menarik. Then aku memang meniatkan dirilah untuk membaca post yang bertajuk In The Pursuit of Marriage. Topik kahwin je dia sibuk nak baca. HAIH...HAIH...intan zubaidah!!! *Eh! orang baca jugak la topik lainnnnnn. Emo sorang-sorang kejap*.

Overall, satu entry yang bermanfaat untuk orang bujang *nak tahu kena baca sendiri* sebab aku bukan nak cerita kat sini pasal intention to pursuit marriage tu. Ada satu saying yang dia tulis menarik perhatian aku.

It's a quote from Umar al-Khattab r.a. Khalifah kedua Islam.

"Take account of yourself before you are taken into account and weigh your deeds yourself before it is weighed for you."

Then aku pun google la nak memahamkan diri dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkannya.

Terjumpa dua articles yang terkesan…




It makes me think deeply "Do I really equip myself for this bigger trade?"


Wassalam...


post signature post signature

Tuesday, 25 February 2014

Korea2013- Day 4 : Seoul FIFA World Cup Stadium

Assalamualaikum!

Hi Incik Bloggie!!!

Pantas-pantas nak menghabiskan kisah tour Korea. Target aku nak habiskan segala adik-beradik untuk post ni sebelum bulan Februari mengucapkan selamat tinggal. *What, da minggu last bulan February? Cepatnya masa berlalu.* Dalam entry before ni aku ada cakap nak tulis post khas pasal Hello Kitty Cafe and Zoo Coffee kankankan *eh, ekau tanya sapo ni Intan, bajet ada orang baca la tu? abaikan*. I'll keep it first, nanti aku tulis ok!

So da masuk hari keempat di Korea...Waaaa...last day nak berjalan-jalan kat sini *ni lah perasaannya masa kat sana, rasa tak nak balik Malaysia. Nanti macam-macam nak kena fikir. Ahaks! Kena back to reality juga!!!*

Masa hari keempat ni we all pergi Seoul FIFA World Cup Stadium! Ala stadium yang buat world cup tahun 2002 tu. Actually tak tahu yang we all akan pergi sini *SERIOUSLY!!!* sebab dalam itinerary tak ada pun. Even aku bukan peminat bola, dan tak pernah nak minat pun bola sampai sekarang tapi excited jugak pergi sini. WHY? WHY? WHY? First! Sebab kat sini buat WORLD CUP WEI! Antara acara yang berprestij di dunia *ceh konon-konon macam excited benar dengan WORLD CUP, padahal tak ada apa-apa perasaan pun*. Second! Sebab aku follow almost semua match masa FIFA WORLD CUP 2002 ni, kalau tanya aku pasal WORLD CUP, tahun yang paling aku ingat masa tahun 2002 la. Apasal, sebab masa ni aku kena demam campak so tak payah pergi sekolah. Mak pulak bentangkan tilam dekat depan TV. So, most of the times aku akan tengok TV dengan adik aku yang kena demam campak juga masa tu. Dan dan TV pulak asyik dok tayang perlawanan bola je, itu jelah yang mampu dilayan.  So jadual game, siapa menang siapa kalah kau tanya ja aku, memang semua aku tahu masa. Siap kenal stars setiap negara tu aku paling tak tahan. Macam pelik je kan intan zubaidah macam tu! Tapi lepas tu aku dah lupa dah & WORLD CUP tahun-tahun seterusnya aku tak tengok pun Ahaks! *Panjang betul dia mengimbau kisah silam neh!*.

View from above!
[Source]

Mari kembali ke jalan kebenaran, actually tak tahu nak cerita apa sangat dekat sini. So tengok gambar jela eh! *bersedialah dengan lambakan gambar-gambar sana dan sini!

Bukti kami dah sampai di sini! *selfie menggunakan monopod. sekarang monopod dah menjadi kegilaan orang ramai, masa aku guna ni dulu, ia menjadi satu kepelikan orang ramai hahaha!*
Cabaran untuk posing sebaik mungkin di depan stadium!
We all melawat FIFA World Cup Museum.
Jom checkout! Of course everything pasal 2002 World Cup and bola jela dalam ni -.-'' 

Inside the Museum you can learn everything about the World Cup games held in Japan and Korea. They have photos from the games, pictures/information about all the teams that participated and memorabilia of all the previous World Cup Events. [Source]

OOO...masa tahun aku lahir FIFA World Cup kat Itali ghupenyeee...
Dah melawat muzium meh kita nak masuk stadium pulak jemput masuk!
Habis diselaputi salji. Winter Sonata la katakan!
Ok dah merasa dah duduk kat sini.
Laluan players keluar nak masuk padang.
Peace yaw!!!
Kami pelawat!
Jom TERJAH!!!
Semua sibuk bergambar dalam locker room. We all sibuk bergambar kat tempat lain.
We all sibuk dok tengok toilet!
Our turn pulak! Thumbs up sekali~~~
Acah-acah...
My girlpren kata gaya macam orang sumo -.-"
My cousin kata brutal sungguh gambar ni...erk...
Sebenarnya aku tengah merenung masa silam, zaman kegelapan. Ahaks!
Bersantai di warm up room!
Bilik.....erk....tak tahu apa nama dia...
Dah habis tour!

Dah habis tour dari luar stadium ke dalam stadium, we all keluar stadium semula sebab ada benda yang lebih menarik di luar. Kita boleh tengok street art dekat depan entrance muzium.

Saranghae!!!
Ko jelir lidah sangat kan. Hambek kau!
Pijak sana Pijak sini Pijak situ. Ahaks!
Eh..eh..PSY - Oppa Gangnam Style!
Diorang pasang konsert PSY yg pernah dibuat kat sini suatu ketika dulu~~~
Ok sesiapa nak buat kenduri kahwin kat sini pun boleh ye! Curlosss uolsss kahwin kat stadium world cup~~~
Bye! Bye! Nak balik pi tempat lain pulak~~~
Ok, seperti yang dijanjikan memang penuh dengan gambar jelah entry ni. Tak banyak cerita pun nak cerita kat sini. Sebab tak tahu nak cerita. Ahaks.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature