Friday, 29 November 2013

Sabah Trip Part III : Dinner


Assalamualaikum.

Hai Incik Bloggie.

Entry kali ni adalah 'special edition' for dinner story only, giteewww~~~ Sebab bila pergi dinner la semua pun excited bawa perut. Dah diketahui Sabah adalah 'Syurga makanan laut' memang melantak seafood la ceritanya. Bak kata acik Agam 'makan macam ni just sekali sekala, kalau makan selalu woo~~~ bahaya'. Eh macam ada rhythm lak. Boleh jadi pantun. Dah kebetulan aku pulak memang hantu seafood sebab dilahirkan dalam keluarga yang memang gila seafood.

Pendek katanya entry kali ni akan di hujani dengan pelbagai gambar-gambar makanan dari pelbagai sudut *aiceh, bajet2 pro*. Tapi tak bermakna aku sakit mental u ollss~~~ Siap keluar paper ada kajian bagai.


Bagi aku post menge'post' gambar makanan ni dah menjadi satu trend yang di atas kemuncak dalam zaman sekarang ni. Bila dah terbiasa lama-lama benda tu jadi habit. Bila jadi habit make sure jangan sampai jadi obses pulak ye. Itu yang buat jadi sakit mental sebenarnya. Buat masa ni aku masih di level 'normal' lagi la belum macam tu lagi.

Nampaknya kapal aku dah deviate 45 darjah dari topik asal. Let's back to the original topic 'Dinner'. For third and fourth day we have our dinner at 'Welcome 100% Seafood Restaurant' with trademark green table which stand for serve no pork section. Ini adalah kerana deretan kedai-kedai di situ adalah dimiliki oleh chinese & kedai ni adalah the only kedai yang memang serve seafood semata-mata, halal for muslim. Lokasi specific kedai ni adalah di Kompleks Asia City. Mai cek share alamat dia, boleh GPS lagi nanti (promote la pulak).

Welcome 100% Seafood Restaurant
Lot G22, Ground Floor,
Kompleks Asia City Phase 2A,
Jalan Asia City, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 010-7608068
(Source: Resit restoran)

Hazmin yang introduce kedai ni dekat we all since dia pernah makan dekat sini during his past business trip to Sabah. Katanya restoran ni adalah cawangan kedua, owner dia ada lagi satu restoran dekat area perkampungan Melayu, tapi dia pun tak sure kat mana. That why la owner restoran ni memang specialize serve seafood je, dia dah target pelanggan muslim. Dengar katanya maybe boleh dapat harga lebih murah dekat situ, since dekat area kampung. Siapa yang rajin pergi Sabah mestilah tau dan yang baru nak pergi try la survey dari penduduk tempatan *semoga berjaya*. This is my first time been here, jalan-jalan dekat town pon boleh sesat nak explore lebih-lebih lagi la tak mampu. So follow jelah ke mana orang bawakan. Kitorg jalan kaki dari hotel pegi Asia City. Lebih kurang dalam 10 minit macam tu. Kena cross jalan besar jugakla kalau dari hotel Promenade.

Jom kita jengah apa rupanya restoran ni. Let photos speak on behalf of me.
Restoran ni ada prepared few akuarium, so u ollss boleh pilih varieties seafood yang berkonan di hati. Actually memang trend marketing semua restoran kat sini utk show seafood dalam akuarium. Yang penting fresh ok, tangkap hidup-hidup dari akuarium bukan dari laut la. 
Zoom kasi dekat sikit...
Ini adalah sejenis siput. We all tak order pon, tengok orang makan kena korek dengan lidi yow.
Ikan siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. *tengok harga dia*
Sejenis kepah
Udang galah *tengok harga dia*
Bukan main abang ni posing dengan udang galah dia sambil kata 'ambikla gambar'. Haa...nak interframe sekali letteww~~~*joking!*
Zoom~~~
Spesis udang erk...tak sure jugak...
Day 3

On that day, we all pergi sana around pukul 7pm something. Full House kot! Siap kena tunggu kat tepi meja orang, tercongokla tengok diorang makan sambil perut berkeroncong. Tapi janganlah tenung over sangat, kacau fokus orang nak makan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, finally dapatla 1 table besar yang boleh duduk dalam 10 ke 12 orang. Bedal ajalah even we all just 4 musketeers je kan. Itu ja yang ado. during this day tak ada gambar sangat nak tunjuk. Sebab masing-masing penat berjalan, sampai pulak kena tunggu meja yang penuh tu. So, bila makanan dah sampai terus baca Bismillah & doa makan *sempat lagi ya* then ngappp!!! Tak da sorg pun among we all yang nak ambil gambar.

Ni je yang mampu ambik. dah berkecah semua kami kerjakan.
Masa malam ni we all order ikan kerapu tiger masak sweet sour, sabah vege sambal special, ketam egg salt dengan butter prawn *tak ada gambar close up kerana terlampau excited tengok makanan*. Lepas habis makan mula main teka-teka berapa harga we all makan malam tu. Aku confident kata paling kurang RM250. Total makan malam ni termasuk air kelapa, jus buah & nasi RM218. Haaa~~~murahkan… Kira murah ar ni bila divide 4 baru RM54.50. Mana nak dapat makan seafood sepuas hati macam ni.

Day 4

Hari ni we all pergi awal sikit aroun 6pm, makanya senang la dapat tempat. Pilihla dekat mana kau nak duduk meja besar ke, meja kecil ke, depan ke, belakang ke.

Tada~~~ relax sikit. See make sure meja warna hijau. Baru duduk makan ye.
Banyak lagi kosong kat belakang tu. So kalau nak datang sini, datangla around pukul 6pm.
Hidangan untuk dinner malam keempat. *Tu aku tengah sibuk nak snap gambar jugak.
Kepah masak sos.
Udang steam dengan sos cuka.
Ketam masak kamheong.
Sabah vege masak sambal special restoran ni.
Tinggal gambar ikan siakap je yang tak ada sebab masa tu ikan tak sampai lagi. Once ikan sampai je terus baca bismillah n doa makan. Ngapppp!!! Selamat semua berlegar-legar di dalam perut. Untuk air pula masing-masing order air apple asam boi, limau asam boi & watermelon.

Macam semalam, we all pun main teka teki teka teko ular mati dalam pinggan. Haa…berapa harga makan malam ni. Aku teka mesti lagi murah dari on day 3 sebab we ordered kerapu tiger so that why macam mahal sikit.Total makan malam ni RM145 divide 4 sorang just kena bayar RM36.20. Murahhhh kan!!! Bawah RM50 boleh makan seafood puas hati cenggitu. Kalau kat semenanjung mungkin tak jumpa kot. erkk…kalau ada sesiapa tahu tolong suggest meh. Thumbs up!!!buat restoran ni.

Overall memang puas hati makan dekat sini nak compare makan dekat pasar malam KK tu. But, depends kalau nak makan yang bakar-bakar boleh la pegi sana. Tapi alang-alang dah pergi Sabah try je semua tempat yang ada. Paling penting wajib makan SEAFOOD!!!

Ooo…lupa nak bagi tahu, owner restoran ni ada buka kedai menjual paste special untuk masak seafood di sebelah restoran dia. Kat kedai ni pon tak ada snap gambar pun.  Paste yang dijual adalah seperti paste sambal sayur (macam masak sabah vege tu), paste kamheong, sos plum, black paper & macam-macam lagi lah. Diorang pun ada jual frozen seafood kat situ. Ikan termahal yang dijual berharga almost RM2300++. gulp~~~kalau aku beli memang buat frame la. Mahai sangat dong~~~ Cek mampu belikan paste kamheong & sos plum untuk mak. Sos plum dia memang superb! dah try masak pun past few days.

Sampai di sini jelah kisah makan-makan buat masa ni. Karang lebih-lebih orang kata sakit mental pulak ahaks.

So…tata Incik Bloggie. Till we meet again in next entry.

Wassalam.

post signature post signature

Thursday, 28 November 2013

Sabah Trip Part II


Assalamualaikum.

Hi Incik Bloggie.

Haa~~~ alang-alang tengah ada masa baiklah aku menyambung kisah pergi Sabah haritu. Dalam entry kali ni aku akan bercerita mengenai apa yang we all buat pada hari kedua selepas hari pertama yang agak leisure dan buat aktiviti suka hati tu. Seronok berjalan bersenang lenang. That why la rasa macam holiday~~~

For the next day, basically aktiviti-aktiviti we all agak santai juga. We all di bawa melawat Pulau Gaya, ladang kelapa sawit & Sungai Klias. Ni untuk mendekatkan lagi we all dengan nature. Pengalaman ni memang superb dan tak boleh dilupakan, banyak buat aku terpegun melihat keindahan alam ciptaan Allah S.W.T. Subhanallah... itu je yang mampu diucap setiap kali melihat sesuatu yang indah dalam masa melawat kedua-dua tempat ni. Dan...Malaysia pun ada pulau yang cantik yer. Tengok la sendiri~~~

1. Gaya Island

Around pukul 7.30am kami berkumpul di lobi hotel dan bertolak ke Sutera Harbour Marina & Country Club untuk naik bot ke Gaya Island. Sutera Harbour Marina ni adalah hab untuk pelayaran di Asia Tenggara. So boleh nampak banyak kapal mewah dekat sini.
Kalau aku kaya~~~ nyanyi je lah yang mampunya.
Ni bot yang we all naik untuk pergi ke Gaya Island. Tak dapek la nak naik bot mahal.
Air yang jernih siap boleh nampak ikan lagi. Nice wor~~~
Smile~~~ I olls dok sebelah acik Agam. Ready nak berlepas. Woo~~~
Lihatlah alam terbentang luas.
Bot depan dah sampai.
Reaching destination. Wee~~~ kira-kira dalam 15 minit naik bot.
Without filter ok!
Pulau Gaya ni membentuk Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang merupakan kawasan perlindungan hidupan liar
Main point we all di bawa ke sini adalah nak melawat kawasan hutan hujan tropika di negeri Sabah. I'm just take this chance to learn and enjoy the scenery. Subhanallah... Let pictures speak on behalf of me.

Posing sekali sebelum mula tour.
Pengembaraan kami bermula. Woo~~~
Pokok terbesar dekat tracking trail ni. Diameter 2m. Maksudnya pokok ni dah tua.
Cuba teka apa dekat belakang kami???
Tadaaa!!! Ini lah ekosistem hutan paya bakau~~~
Anthony kata ni buah bakau. 
Lagi 14 minit nak sampai penghujung cintaku ahaks~~~
Di penghujung pengembaraan hutan hujan tropika. Subhanallah.
Duduk di tepi pantai melayan perasaan.
Clear nya air sampai boleh nampak ikan sekor-sekor
Bye bye Gaya Islan *gaya dah macam budak sekolah dengan track suit tu*
Then balik ke Sutera Harbour Resort untuk makan tengah hari. Lapar bak hang, dah merentas laut, jalan naik turun bukit. 
Bergabung dengan colleagues dari pelbagai negara. Makan-makan.
With lovely husband & wife from Japan. Auntie sebelah aku ni penuh sifat keibuan. Dia siap tolong sendukkan lauk pauk masa lunch. Lepas trip ni diorang turun KL & datang melawat we all dekat Cyberjaya. =)
Lepas makan we all di bawa ke ladang kelapa sawit. Perjalanan panjang kira-kira sejam lebih. Masing-masing letih ada yang tidur. Mula-mula aku tidur then habiskan masa berborak dengan Anthony sampaila tiba kat ladang kelapa sawit tu. Tak banyak pun ambil gambar kat sini. Sebab dah selalu tengok kan. Pergi Segamat dulu-dulu dah lalu hutan kelapa sawit. Lepas tu yang menariknya. We all di bawa ke sungai klias untuk naik cruise nak tengok proboscis monkey atau yang aku kenali sebagai monyet hidung besar dan tengok kelip-kelip.

1. Sungai Klias 
Sungai Klias
Memang dah jadi satu tarikan pelancongan la kat sini. Bila datang Sabah for sure hang kena pi naik cruise ni tengok monyet hidung besar dengan kelip-kelip. Ada banyak jeti di sepanjang sungai klias ni, so pilih ajalah servis jeti mana yang berkenan di hati. Perjalanan ke Sungai Klias ni mengambil masa yang agak lama juga, lebih kurang dalam sejam dari ladang kelapa sawit. Dah sampai dekat sana diorang serve minum petang adalah sedikit kuih-muih dan air. Sambil minum, sambil dengar briefing & main pop kuiz pasal hutan hujan tropika. Menarikla, boleh revise balik apa yang tourist guide ajar masa awal pagi tadi. Then bertebaran la we all ambil gambar buat kenang-kenangan sementara nak tunggu turn naik cruise.

4 musketeers lagi! Hip Hip Hooray!!!
Jiran sebelah. *lambai-lambai*
 
Double decker  cruise.
Ni la monyet proboscis tengah bersantai atas pokok. 
Fakta menarik pasal monyet ni, dia just makan daun2 pokok je dan tak boleh makan benda lain. Contoh kalau makan pisang boleh membawa maut sebab tindak balas asid dalam perut mereka. Hasilnya pokok-pokok dekat area sini semua kena togel dengan diorg ahaks~~~
We all pon nak posing jugak bukan monyet je. Tourist-san kat depan tu khusyuk tengok monyet. Tup tup monyet tu berak atas bot we all. 'Hambek kau skodeng aku lagi' kata monyet proboscis.
Antara cruise yang menarik boleh di lihat sepanjang sungai klias. Siap provide makan atas cruise lagi. My tourist guide kata include makan-makan atas cruise diorang charge around RM200++
Perubahan langit. Senja mula menggamit. Masa ni baru pukul 6pm.
Matahari kian melabuhkan tirai
 

Tak tahu berapa kali mulut mengucapkan 'Wah!!!' 'Subhanallah'. Cantik sangat view semua tu. Tenang sekejap hati rasanya masa tu. Rasa dekat kepada penciptaNya. (^_^) Hari makin gelap we all balik ke jeti & dinner serve. Lepas dinner naik lagi cruise nak tengok kelip-kelip pulak. Masa tengok kelip-kelip ni sekeping gambar pon tak snap. Sebab lawa sangat. Setiap pokok dekat tebing sungai tu nampak macam cristmas tree. Cantik sangat!!! Orang first time tengok memang cenggini la. Excited terlebih! Emosi terlebih! Sampai mata pun tak berkelip...gitteww kau~~~ Yang penting tak leh lupa betapa cantiknya kelip-kelip hinggap dekat pokok-pokok kat sungai Klias.

So tamatlah kisah hari kedua, lepas tengok kelip-kelip terus naik van balik hotel. Sampai je hotel bersihkan diri, solat lepas tu terus pengsan dan menanti hari ketiga.

On second day makanan ala2 macam dekat asrama because prepared by organizer. Special dinner yang aku cakap masa part I tu adalah pada hari ketiga dan keempat. Sambung di part yang seterusnya okay~~~

*All pictures taken by myself & Anthony. Thanks Anthony menyumbang gambar. (^_^)v

Till we meet again Incik Bloggie.

Wassalam.

post signature post signature