Assalamualaikum!
Hai Incik Bloggie!!
Salam 2015!!!
Masa yang dah berlalu, hanya tinggal sejarah. Orang kata teruskan melangkah ke hadapan jangan toleh kebelakang. Tapi bagi aku ada masa dan tika kita perlu duduk sekejap, melihat kembali masa silam. Bukan sekadar melihat semata-mata tapi 'muhasabah diri'. Boleh toleh ke masa lalu tapi ingat satu perkara jangan terus tinggal di masa lalu. Nah ! baru rasa lengkap kata-kata itu. eh ! *nak buat emoticon monyet cover mulut lagi mihmihmih ... *.
Nak buat recap 2014, tapi kalau nak tulis satu persatu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat banyak perkara terjadi sepanjang 2014 yang lalu. Tak mampu nak throwback segala-galanya dalam secebis entri picisan ni. Cukuplah tersemat di hati sanubari ini. Aku yakin banyak jugak benda yang berlaku dekat hidup semua orang di luar sana kan. Yelah, kita kan dikurniakan waktu yang sama 365 hari, 12 bulan setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari. *Tak payah cakap ni tan...semua orang tau dah!*
Alhamdulillah untuk segala memori indah, pengalaman, pengembaraan, pembelajaran dan segala 'pe' yang sewaktu dengannya sepanjang 2014. Alhamdulillah jugak untuk pengalaman dan memori pahit yang banyak memberi pengajaran membentuk diriku pada hari ini. Alhamdulillah untuk kehadiran orang-orang di sekeliling yang banyak memberi inspirasi. Tak kiralah kalau dia sekadar singgah untuk seketika. Think positive, kalau Allah hadirkan seseorang atau sesuatu dalam hidup kita pasti bersebab. Treasure it! Alhamdulillah , banyak juga perubahan yang terjadi dalam 2014 yang lalu. Semoga dalam 2015 ni dapat terus istiqamah. Bukan istiqamah di tahap yang sama tapi maju selangkah selangkah ke arah yang lebih baik. Tiada kata yang lebih indah untuk diucapkan bagi setiap hembusan nafas dan hirupan udara atas muka bumi Allah melainkan ucapan syukur, segala pujian ke atasNya. Alhamdulillah .
Mengenang kembali keadaan semasa dunia dan Malaysia sendiri. Banyak juga perkara yang terjadi ada perkara baik dan juga ujian dariNya. Melihat ujian demi ujian yang diturunkan, kekadang rasa kecil sangat diri bila tak mampu nak buat apa-apa yang mampu memberi impak besar. Ramai menjangkakan tahun 2015 akan lebih mencabar. Apa yang aku nampak pada masa kini kita perlu bersatu padu. Umat Islam perlu bersatu padu, rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ambil iktibar atas setiap kejadian yang berlaku untuk majukan ummah *gaya pidato sangat!*.
Semoga insan yang kecil ini mampu menyumbang sesuatu untuk negara, bangsa dan agama.
Time, I wanted you to stay.
But, you said you have to go away.
I can't stop you.
I just need to start anew.
-Ameen Misran
---Selamat Tinggal 2014!---
---Selamat Datang 2015!---
2015! Mungkin bakal menjadi tahun yang lebih mencabar. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang setahun lagi untuk survive membawa status 'student'. Semoga terus diberikan kekuatan melalui liku biku menuntut ilmu.
"Study for knowledge mean study for Allah. Study for knowledge because Allah wants us to be knowledgeable. "
Bukan sekadar nak lulus exam jer ! Deep!
Ehems...tak lupa juga tahun yang bakal di isi dengan jemputan-jemputan walimatulurus sahabat handai. Memandangkan ramai yang dah bergelar tunangan orang pada 2014. Tahniah kepada yang nak membina hubungan yang Allah redhai . Bila dapat khabar berita ini, hati siapa yang tak rasa cemburu? Aku ? Tipulah kalau kata tak Eh...eh...eh... Bila fikir balik dan muhasabah apa tujuan sebenarnya sebuah perkahwinan. Haruslah kita cemburu . Cemburu sebab mereka tu dah berjaya melengkapkan sebahagian iman. Cemburu la sebab mereka dah tak single lagi, dah ada pendamping dah ada pembimbing nak harungi dunia penuh pancaroba ni. So bolehkan aku nak rasa cemburu sebab tu? *Hihihihi...cover mulut gaya Matluthfi pulak...sebenarnya serius ni*. Tapi kalau single pun bukan alasan tidak boleh menguatkan iman, bukan alasan untuk berasa sendirian. Family ada, kawan ada, malaikat sentiasa ada di kiri kanan mencatit amalan kita. Paling best, we never walk alone... Allah sentiasa melihat dan ada pada setiap masa untuk hambaNya. Sweet kan !
Bila ramai sahabat handai yang telah bertukar status dari 'cik' ke 'puan' maka makin banyaklah terkena tempias orang bertanya bila lagi, bila lagi. Ehemss ... So far I still don't know where on earth he is hiding. Mungkin seseorang itu masih lagi sedang sibuk memantapkan hati dan membentuk kehidupannya di suatu tempat atas bumi ni. I am here, doing the same thing. Jawapan paling ringkas dan padat untuk semua persoalan orang sekeliling “InshaAllah... When I meet him at the right time, I’ll go straight to marriage.”.
Ohya ! terlupa sesuatu . Sekarang aku akan melompat kembali ke tahun 2014. Alhamdulillah dengan kurniaan warga baru 21 ekor anak bulus (baca: kittens) yang berjaya survive selepas dilahirkan oleh ibu masing-masing. 4 ekor tidak berjaya diselamatkan atas faktor ibu dia pergi beranak dalam pasir pada waktu malam ketika kami sekeluarga sedang nyenyak tidur. Apakan daya...sebab tersembam dalam pasir, mereka mati kelemasan. *sobsobsob* Now dekat rumah, kami ada bidan kucing iaitu abah. The bidan terjun yg tolong ibu-ibu kucing tu melahirkan anak. Respect abah ! Bidan kucing pun boleh! So kalau perlukan khidmat bidan kucing just PM me! *sarcastic!* Aku...masih belum mampu nak jadi bidan kucing. Nak pegang anak kucing yang baru beberapa hari dilahirkan pun still tak daya. At least dah seminggu baru berani pegang . Boleh dikira sebagai pencapaian hidup lah ni bagi seorang yang penakut nak pegang kucing sebelum ni.
Oh
Lucy |
Olivia |
Yang Now Any suggestion??? |
Melihat mereka membesar dari sekecil tapak tangan, macam tu lah agaknya mak abah tengok aku dari kecil sampai besar panjang macam ni kan. Semoga membesar dengan sihat, aktif, gemok dan debab ye anak-anak bulus. As they are growing up, I am getting older! Yeah...masuk tahun baru maka umur pun bakal menginjak bertambah setahun! Makin tua ? Makin berkedut ? Apa yang patut difikirkan 'apa yang aku dah habiskan dengan tempoh usia yang Allah bagi tu ?' face palm! nangis tepi bucu meja study...
Dalam masa yang sama...sedar tak sedar hari ni dah setahun, sebulan, seminggu dan 2 hari aku memiliki Incik Bloggie ni! Wah ... setahun tu ... bila baca balik entries lama...macam2 perasaan ada; menyampah ada, rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada sebab mengarut tahap super saiya level kesepuluh! Ahaks ! I'm thinking for the new look of Incik Bloggie! InshaAllah...jika tiada kekangan waktu sebab banyak lagi prioriti lain and ada sedikit kreativiti, tengah plan nak reka header baru. See how... apa nak jadi nanti ! Semoga tak disaster! omo ... omo ... omo ...
Kadang-kadang bila menulis sesuatu yang mengajak ke arah kebaikan dekat sini, rasa macam 'sweet talk' semata-mata bila tak dapat nak betul-betul apply dalam kehidupan. Dear silent reader, adakala dengan menulis di sini, aku dapat mengingatkan diri sendiri. Aku menulis tentang kebaikan, aku mengajak ke arah kebaikan, sedang dalam masa yang sama aku juga ada sisi gelap yang tidak terlihat. Sisi gelap dalam diri, membina konflik pergelutan dalaman. Setiap hari aku juga bergelut melawan diri sendiri. Andai yang terlihat indah di mata itu hanyalah kerana Dia melindungi sisi gelap tersebut. Semoga dikuatkan hati kita untuk tidak terus diselubungi sisi gelap tersebut.
Aja aja fighting! |
*Makin banyak menulis, makin kelaut isi nya...heh!*
Last but not least...
Apa azam tahun baru kau?
Aku tak ada azam tahun baru, yang ada hanyalah meneruskan sesuatu yang telah diusahakan dan berharap akan bertambah baik dari hari ke hari. Bagi aku setiap masa yang akan datang adalah peluang baru untuk kita; sehinggalah tiba satu masa Allah tarik semula peluang untuk kita berada atas muka bumiNya ini.
Looking forward for 2015. May Allah make it easy for me and you...
Kita merancang dan sebaik-baik perancang adalah Dia yang satu.
"When you have taken a decision, put your trust in Allah" (Quran 3: 159).
Mohon maaf, salah silap atau ada terkasar bahasa di sini. *rasa macam rayalah pulak!!!*
Salam sayang ! Jangan marah-marah! Kalau marah nanti kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang!
Till we meet again Bloggie !
No comments :
Post a Comment