Sunday 11 January 2015

2015 New Look!

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Alhamdulillah...akhirnya tercapai hasrat ceq nak buat banner baru untuk Incik Bloggie! Walaupun tak berapa nak meletop! tapi itulah hasil kerja orang yang  separa nak kreatif tapi ada ala-ala tak jadi dan masih amatur dalam dunia edit mengedit gambar serta nak customize blogger ni.

Just minor change, Incik Bloggie masih mengekalkan layout dan template yang sama. Cuma diberi sentuhan rona pastel yang dikatakan bakal menjadi warna yang popular bagi tahun 2015 ni. Ecewah!

Orang kata nak berubah ada dua cara, berubah dari luaran ke dalaman, atau dari dalaman ke luaran. Tak kisah yang mana pun, asalkan perubahan ke arah yang lebih baik. A change towards a better person. 

Apa-apa pun, segala-galanya bermula dari hati. So, the inner side sangat memainkan peranan! Untuk Incik Bloggie! pengisian yang di taip oleh 'tukang karut' itu sendiri... Opps... Ceq bermula dengan niat suka-suka sahaja menaip kat sini. Semoga selepas ini, dapat menulis sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling. Semoga semakin hari semakin istiqamah. Ameen...

Akhir kata... Lepaskan ketidakpastian...temukan cinta dalam doa dan ibadah.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

No comments :

Post a Comment