Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Sunday, 29 March 2015

DIAgnosis

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Lama rasanya tak menulis review buku. *Gaya macam lah selalu sangat dia tulis kan! Ahaks!* Selama itulah juga aku tak baca novel. Rasa macam gaya novel sekarang ni dah tak masuk dengan jiwa aku. Nak baca novel pun kena ada tune dia kot...

Maka dengan itu, sekeping baucer buku yang pertama telahku gunakan untuk membeli dua buah novel. NOVEL? WHAT? At first macam tak percaya aku beli novel. Lama dah kot den tak baca novel inikan lagi nak beli. Ada lagi novel dalam alamri yang still berbalut plastik belum aku buka.

Ngam ngam dua buku ni harga rm50. 
Buku DIAgnosis dah lama ada kat pasaran, since last year, baru sekarang nak beli sebab tunggu baucer buku...*pengakuan jujur...face palm*. Dia punya tunggu...punya tunggu... sampai DIAgnosis 2 pun dah keluar di pasaran.

Just now, baru je habiskan baca buku DIAgnosis...aku ambik masa beberapa jam je nak habiskan novel ni. Bagi aku buku ni nipis, ringan dan kecil tapi penuh dengan pengisian yang mengingatkan kita kepada Yang Maha Kuasa.

Buku ni ditulis oleh tiga orang doktor yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Boleh tahan jugak doc ni berkarya buat novel ye. Ahaks! I guess cerita-cerita yang diorang tulis ni mesti based on their experiences. Agak juling jugaklah bila terbaca perkataan-perkataan medical yang bagiku kedengaran seperti bahasa alien. Luckily ada footnotes, meaning of the medical terms. So...bolehla den yang belajar business ni faham. Maybe macam ni la gamaknya apa yang kawan aku yang belajar pharmacy rasa bila dia tetiba kena belajar subjek management. *bila kitorang berborak pasal bidang masing2 pun macam ayam cakap dengan itik hiks!*

Gaya penulisan Dr Anwar Fazal agak santai, ringkas dan ceritanya juga pendek tapi isinya padu tepat ke kalbu. Kadang-kadang sinis dan sarkastik gituh! Most of the stories, berkisar pasal ragam pesakit. Di setiap ending cerita, he'll explained moral of the story.

Dr Azah pula...cerita yang ditulis alahai...why sound so sweet... Alergik manis-manis sangat neh...huhu... Cerita dia agak panjang, so struggle jugaklah nak habiskan kisah2 yang ditulis Dr Azah ni. Tapi paling menarik, dia story pasal sambut baby dekat labour room, penjagaan kanak-kanak and how they handle ibu-ibu muda yang melahirkan 'bayi yang tidak mereka pinta'.

Part Dr Aizzat...haa...agak mencabar nak faham sebab agak 'klinikal' penceritaannya. Tapi tu encourage otakku untuk berimaginasi "macam tu rupanya doc handle pesakit at certain condition".

Overall...kisah2 dalam DIAgnosis ada menyelitkan elemen dakwah dan pengajaran dalam hidup. Rasanya tu yang buat kena dengan jiwa aku ni.

Antara quotes yang aku tertarik;

EGOISTIK by Dr Aizzat: "Apabila ego menguasai hati, iman terbang jauh ke langit tinggi, syaitan datang dekat kata mari"

YANG HALAL ITU INDAH by Dr Anwar Fazal: "Cinta yang haram itu seperti air garam. Lagi diminum, lagi haus peminum. Cinta yang halal itu pula seperti air jernih yang bukan sahaja dapat melegakan kehausan peminum, malah dikurniakan rasa nikmat yang berganda daripada Pencinta Agung."

ALIF BA TA by Dr Anwar Fazal: "Alif...ba...ta-ubat..."itu ubat kamu...

So...so...so...for me; worth buying and worth reading. Maybe ada yang tak berminat dengan novel ni & ada yang tak setuju dengan apa yang aku katakan. But I like this novel! So tak kisahla uollss nak kata apa, AAK? *lepas uollss tau makna AAK tu mesti rasa macam  lempang laju2 budak neh!* Looking forward to read DIAgnosis 2 pulak. Actually dah terbaca 1 kisah dalam novel tu, sebab tajuk macam menarik kan... Menanti Superman... *where are you Superman? eh!!!*

Katil umpama dah memanggil-manggil namaku...terbayang-bayang esok ada kelas...Semangat!!! Semangat!!! Intan!!!

Till we meet again Incik Bloggie!

Pssttt... AAK: Ada Aku Kesah! Maafkan saya...huhu...nanti baru boleh tidur dengan tenang dan bermimpi indah! Ahaks! Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Wassalam...


post signature post signature

Sunday, 8 March 2015

15 minutes challenge: Istiqamah

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Salam hari ahad yang kebanyakan orang pilih untuk bermalas-malasan di atas katil... *Eh! memandai je intan ni...tak baik main tuduh-tuduh...sorry~~~lalala...*.

Alhamdulillah baru habis cover satu chapter utk subjek Marketing Management or I prefer to call it as M&M. Excited la sikit nak study bila terbayang iklan coklat M&M yang ceria tu. Kata, marketing kan...one of the marketing tools is advertisement. Haaa...relate tak? *angkat-angkat kening...poyo je minah ni...Ahaks!* Tetiba otak rasa cramp...so nak merangsang balik pergerakan otak, meh la kita meroyan di sini. *Padahal baru satu chapter da kekonon otak cramp! Ahaks...*

Nak cerita ni...

Semalam...

Semalam kan...

Semalam...

Semalam...I call u, u tak answer. U kata U keluar pergi dinner. U kata U keluar dengan kawan U...*haaa...melalut dah nyanyi lagu kantoi, sape tau jom nyanyi sekali dengan kita! mehmehmeh...*

Sebenarnya nak cerita semalam keluar dengan BFF kita cik lah & cik nurun pergi menonton teater kisah Cinta High Class. Bukan ni sebenarnye nak cerita... Nak cerita a random chat between aku & cik lah semalam tu sebenarnya. Intro yang confuse...otak tengah cramp kan! Alasan...

Suddenly my friend brought up a question...

"susahkan nak istiqamah..."

So true, mencabar nak istiqamah ni. Mencabar, kenapa? Kerana nak istiqamah perkara yang tak menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. I got tips from sorang kaunselor ni. Tips nak istiqamah, firstly jadikan perkara tersebut satu kebiasaan dalam kehidupan kita. Amalkan selama 44 hari berterusan, lepas tu bila tak buat 'kompem' bahasa pasarnya atau 'confirm' bak kata mat saleh bila tak buat lepas tu kita akan rasa pelik atau tak lengkap kehidupan kita ni.

Based on my experience, I tried this method. Seriously, memang akan rasa pelik bila tak buat. Kenapa, sebab selama 44 hari tu dok buat tiap2 hari. Tapi kenapa 44 hari? Maybe aku kena email kaunselor tu, kenapa dalam banyak2 hari dia pilih 44 hari. Selalu dengar mintak simpang malaikat 44...

Dah cerita panjang...apa itu istiqamah?

Berdasarkan pemahaman akulah istiqamah ni berterusan melakukan sesuatu perkara.

Nak maksud lebih tepat.

Istiqamah berasal dari perkataan Arab yakni bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain konsisten dalam tindakan berdasarkan panduan. - Sumber Addeen.my

Dalam al-quran sendiri Allah ada menyebut mengenai istiqamah...

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." (Hud 11:112)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.  - (Al-Ahqaf 46: 13)

Back to tips tadi...make the 'amalan' as our habit first. InshaAllah...nanti kita akan terbiasa untuk terus mengamalkannya.


Ni la view kami masa tengah borak pasal bab istiqamah ni. Nampak dua orang yang tengah berjalan tu. Diorang berjalan dengan konsisten nak menuju ke destinasi pilihan mereka. *Ke mana tu, aku pun tak tau mana diorg nak pergi. Ahaks!*
Sama jugakla macam dalam hidup kita ni. Teruskan istiqamah!

Kalau dulu bila sebut istiqamah memang ingat konsisten mean sentiasa berulang-ulang tapi sama je. The true is, make sure there is improvement, even though in slow phase. Bak peribahasa melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit


Apa relevannya pulak dengan tajuk '15 minutes challenge' tu. Sebenarnya, tadi awal-awal tadi aku tetapkan I have to finish this entry in 15 minutes. No matter what, you have to finish it! 

Tadi mula tulis dalam jam 12.50pm now dah 1.24pm. Gara-gara nak fikir ayat terbaik, search information; buka tafsir and go through check all the spellings, kalau typo nanti kena bahan pulak. EH! Senang cite I failed the challenge! 

Moral of the story, mahukan yang terbaik it will take time and requires a lot of effort. Aku sentiasa percaya kepada satu prinsip ni, Allah sentiasa melihat kepada usaha kita bukan sekadar kepada keputusan atau hasil yang kita dapat.


That's all, rasa otak dah mula meregang~~~ tetiba perut pulak dah berkeroncong. 


Till we meet again Incik Bloggie!



Wassalam...



post signature post signature

Thursday, 1 January 2015

2014: A year of change, 2015: Welcome!

Assalamualaikum!

Hai Incik Bloggie!!

Salam 2015!!!

Wah! rasa macam baru semalam je masuk 2014 tetiba hari ni tarikh dah bertukar 1 Januari 2015. Macam over pula en bila kata rasa macam semalam...eh! *kalau boleh nak buat emoticon monyet cover mulut*. Ye...memang rasa sangat cepat masa berlalu tup tup 2014 dah berlalu meninggalkan kita. 

Masa yang dah berlalu, hanya tinggal sejarah. Orang kata teruskan melangkah ke hadapan jangan toleh kebelakang. Tapi bagi aku ada masa dan tika kita perlu duduk sekejap, melihat kembali masa silam. Bukan sekadar melihat semata-mata tapi 'muhasabah diri'. Boleh toleh ke masa lalu tapi ingat satu perkara jangan terus tinggal di masa lalu. Nah! baru rasa lengkap kata-kata itu. eh*nak buat emoticon monyet cover mulut lagi mihmihmih...*. 

Nak buat recap 2014, tapi kalau nak tulis satu persatu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat banyak perkara terjadi sepanjang 2014 yang lalu. Tak mampu nak throwback segala-galanya dalam secebis entri picisan ni. Cukuplah tersemat di hati sanubari ini. Aku yakin banyak jugak benda yang berlaku dekat hidup semua orang di luar sana kan. Yelah, kita kan dikurniakan waktu yang sama 365 hari, 12 bulan setahun, 7 hari seminggu, 24 jam sehari. *Tak payah cakap ni tan...semua orang tau dah!*

Alhamdulillah untuk segala memori indah, pengalaman, pengembaraan, pembelajaran dan segala 'pe' yang sewaktu dengannya sepanjang 2014. Alhamdulillah jugak untuk pengalaman dan memori pahit yang banyak memberi pengajaran membentuk diriku pada hari ini. Alhamdulillah untuk kehadiran orang-orang di sekeliling yang banyak memberi inspirasi. Tak kiralah kalau dia sekadar singgah untuk seketika. Think positive, kalau Allah hadirkan seseorang atau sesuatu dalam hidup kita pasti bersebab. Treasure it! Alhamdulillah, banyak juga perubahan yang terjadi dalam 2014 yang lalu. Semoga dalam 2015 ni dapat terus istiqamah. Bukan istiqamah di tahap yang sama tapi maju selangkah selangkah ke arah yang lebih baik. Tiada kata yang lebih indah untuk diucapkan bagi setiap hembusan nafas dan hirupan udara atas muka bumi Allah melainkan ucapan syukur, segala pujian ke atasNya. Alhamdulillah.

Mengenang kembali keadaan semasa dunia dan Malaysia sendiri. Banyak juga perkara yang terjadi ada perkara baik dan juga ujian dariNya. Melihat ujian demi ujian yang diturunkan, kekadang rasa kecil sangat diri bila tak mampu nak buat apa-apa yang mampu memberi impak besar. Ramai menjangkakan tahun 2015 akan lebih mencabar. Apa yang aku nampak pada masa kini kita perlu bersatu padu. Umat Islam perlu bersatu padu, rakyat Malaysia perlu bersatu padu. Yang pasti, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ambil iktibar atas setiap kejadian yang berlaku untuk majukan ummah *gaya pidato sangat!*. 

Semoga insan yang kecil ini mampu menyumbang sesuatu untuk negara, bangsa dan agama.

Time, I wanted you to stay.
But, you said you have to go away.
I can't stop you.
I just need to start anew.

-Ameen Misran


---Selamat Tinggal 2014!---


---Selamat Datang 2015!---


2015! Mungkin bakal menjadi tahun yang lebih mencabar. InshaAllah, kalau tak ada aral melintang setahun lagi untuk survive membawa status 'student'. Semoga terus diberikan kekuatan melalui liku biku menuntut ilmu.

"Study for knowledge mean study for Allah. Study for knowledge because Allah wants us to be knowledgeable. " 
Bukan sekadar nak lulus exam jer! Deep!

Ehems...tak lupa juga tahun yang bakal di isi dengan jemputan-jemputan walimatulurus sahabat handai. Memandangkan ramai yang dah bergelar tunangan orang pada 2014. Tahniah kepada yang nak membina hubungan yang Allah redhai. Bila dapat khabar berita ini, hati siapa yang tak rasa cemburu? Aku? Tipulah kalau kata tak Eh...eh...eh... Bila fikir balik dan muhasabah apa tujuan sebenarnya sebuah perkahwinan. Haruslah kita cemburu. Cemburu sebab mereka tu dah berjaya melengkapkan sebahagian iman. Cemburu la sebab mereka dah tak single lagi, dah ada pendamping dah ada pembimbing nak harungi dunia penuh pancaroba ni. So bolehkan aku nak rasa cemburu sebab tu? *Hihihihi...cover mulut gaya Matluthfi pulak...sebenarnya serius ni*. Tapi kalau single pun bukan alasan tidak boleh menguatkan iman, bukan alasan untuk berasa sendirian. Family ada, kawan ada, malaikat sentiasa ada di kiri kanan mencatit amalan kita. Paling best, we never walk alone...Allah sentiasa melihat dan ada pada setiap masa untuk hambaNya. Sweet kan

Bila ramai sahabat handai yang telah bertukar status dari 'cik' ke 'puan' maka makin banyaklah terkena tempias orang bertanya bila lagi, bila lagi. Ehemss... So far I still don't know where on earth he is hiding. Mungkin seseorang itu masih lagi sedang sibuk memantapkan hati dan membentuk kehidupannya  di suatu tempat atas bumi ni. I am here, doing the same thing. Jawapan paling ringkas dan padat untuk semua persoalan orang sekeliling InshaAllah... When I meet him at the right time, I’ll go straight to marriage.”. 

Oh yaterlupa sesuatu. Sekarang aku akan melompat kembali ke tahun 2014. Alhamdulillah dengan kurniaan warga baru 21 ekor anak bulus (baca: kittens) yang berjaya survive selepas dilahirkan oleh ibu masing-masing. 4 ekor tidak berjaya diselamatkan atas faktor ibu dia pergi beranak dalam pasir pada waktu malam ketika kami sekeluarga sedang nyenyak tidur. Apakan daya...sebab tersembam dalam pasir, mereka mati kelemasan. *sobsobsob* Now dekat rumah, kami ada bidan kucing iaitu abah. The bidan terjun yg tolong ibu-ibu kucing tu melahirkan anak. Respect abah! Bidan kucing pun boleh! So kalau perlukan khidmat bidan kucing just PM me! *sarcastic!*  Aku...masih belum mampu nak jadi bidan kucing. Nak pegang anak kucing yang baru beberapa hari dilahirkan pun still tak daya. At least dah seminggu baru berani pegang. Boleh dikira sebagai pencapaian hidup lah ni bagi seorang yang penakut nak pegang kucing sebelum ni.

Lucy dah jadi mummy!
Olivia si pemalu pun dah jadi mummy! sayangnya 2 ekor anak itu tak dapat diselamatkan. sobsob.
Yang ni my favorite! Ni masa dia baru berusia 2 minggu.
Now dah sebulan, MashaAllah debab sungguh! I called her budak gemuk. belum ada idea nak bagi nama apa....
Any suggestion???
Melihat mereka membesar dari sekecil tapak tangan, macam tu lah agaknya mak abah tengok aku dari kecil sampai besar panjang macam ni kan. Semoga membesar dengan sihat, aktif, gemok dan debab ye anak-anak bulus. As they are growing up, I am getting older! Yeah...masuk tahun baru maka umur pun bakal menginjak bertambah setahun! Makin tuaMakin berkedutApa yang patut difikirkan 'apa yang aku dah habiskan dengan tempoh usia yang Allah bagi tu?' face palm! nangis tepi bucu meja study...

Dalam masa yang sama...sedar tak sedar hari ni dah setahun, sebulan, seminggu dan 2 hari aku memiliki Incik Bloggie ni! Wah...setahun tu... bila baca balik entries lama...macam2 perasaan ada; menyampah ada, rasa nak gelakkan diri sendiri pun ada sebab mengarut tahap super saiya level kesepuluh! Ahaks! I'm thinking for the new look of Incik Bloggie! InshaAllah...jika tiada kekangan waktu sebab banyak lagi prioriti lain and ada sedikit kreativiti, tengah plan nak reka header baru. See how...apa nak jadi nantiSemoga tak disaster! omo...omo...omo...

Kadang-kadang bila menulis sesuatu yang mengajak ke arah kebaikan dekat sini, rasa macam 'sweet talk' semata-mata bila tak dapat nak betul-betul apply dalam kehidupan. Dear silent reader, adakala dengan menulis di sini, aku dapat mengingatkan diri sendiri. Aku menulis tentang kebaikan, aku mengajak ke arah kebaikan, sedang dalam masa yang sama aku juga ada sisi gelap yang tidak terlihat. Sisi gelap dalam diri, membina konflik pergelutan dalaman.  Setiap hari aku juga bergelut melawan diri sendiri. Andai yang terlihat indah di mata itu hanyalah kerana Dia melindungi sisi gelap tersebut. Semoga dikuatkan hati kita untuk tidak terus diselubungi sisi gelap tersebut.

Memerlukan sticky notes untuk motivasi diri sendiri!
Aja aja fighting!

*Makin banyak menulis, makin kelaut isi nya...heh!* 

Last but not least...

Soalan typical tahun baru.
Apa azam tahun baru kau?
Aku tak ada azam tahun baru, yang ada hanyalah meneruskan sesuatu yang telah diusahakan dan berharap akan bertambah baik dari hari ke hari. Bagi aku setiap masa yang akan datang adalah peluang baru untuk kita; sehinggalah tiba satu masa Allah tarik semula peluang untuk kita berada atas muka bumiNya ini.

Looking forward for 2015. May Allah make it easy for me and you...
Kita merancang dan sebaik-baik perancang adalah Dia yang satu. 

"When you have taken a decision, put your trust in Allah" (Quran 3: 159).

'Look back on your past not only in term of achievements, but failings.
Learn from our shortcomings and move on. - Mufti Ismail Menk'

Kini masa untuk hidup di realiti.
 Tapi bila tiba masa yang sesuai aku akan toleh kebelakang
mencari petunjuk yang boleh membantu selangkah lagi kehadapan.
Dengan segala izinNya.
Mohon maaf, salah silap atau ada terkasar bahasa di sini. *rasa macam rayalah pulak!!!*

Salam sayang! Jangan marah-marah! Kalau marah nanti kena jual. Kalau tak marah teruskan berkasih sayang!

Till we meet again Bloggie!

Wassalam...




post signature post signature