Assalamualaikum.
Hai Incik Bloggie!
I'm addicted to the sky. Bila tengok langit je rasa sangat sangat sangat sangat tenang. Tengok langit je rasa betapa luasnya langit ciptaan Ilahi itu tiada bertepi. Indahnya sampai boleh menenangkan hati. MashaAllah. Bila tengok awan, rasa besarnya kuasa Allah menjadikan awan tu terapung-apung di langit biru dalam pelbagai bentuk. Tengok bulan rasa bagai penyeri malam. AllahuAkbar. Alam ciptaan Allah ni memang sangat indah. Indah sehingga mampu memberi ketenangan dekat jiwa.
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.” (Al-Baqarah: 117)
"Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis, engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu, dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?".
(Surah al-Mulk : 3).
Sebenarnya yang memberi ketenangan itu bukanlah langit tetapi Allah S.W.T.
One fine day...teringin sangat nak baring dekat ladang bunga or padang yang luas sambil tenung langit untuk seketika.
Truth to be told, kalau usha gallery gambar phone aku, boleh dikatakan 30% of it are pictures of sky and cloud. I randomly snap kalau rasa awan tu cantik sangat, even kadang-kadang time tengah driving. Erk, bahaya ye kawan-kawan. *Sila jangan tiru aksi ini!* Opss!*. Sebab aku paling enjoy tengok langit time driving. Rasa luas je pemandangan, yelah sambil-sambil tu kenalah tengok jalan kan.
|
Masa otw nak balik dari Kedah ke Selangor. Langit di Pendang, Kedah. |
|
Langit Pendang, Kedah. |
Langit Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Masa ni pergi jalan-jalan time my bff nak kahwin!
|
One of my favorite pic! Friendship pic with the sky~~~ |
|
Langit Kuala Pilah, Negeri Sembilan. |
|
Langit Putrajaya. Snap sambil driving balik kerja. |
|
Ni pun time driving balik kerja. |
|
Tahun lepas, setelah sekian lama tak jejak pantai Morib. Kebetulan nak ambik kucing dekat area sini. |
Langit Pulau Perhentian.
|
Tengok sunset~~~ |
|
Tengok sunrise~~~ |
|
Matahari dah naik meninggi. |
Masa flight dari Vietnam ke KL aku dapat duduk tepi tingkap! I'm the happiest girl ever. Happy macam budak-budak seronok bila parents datang jemput dekat tadika gittew! First time duduk tepi tingkap memang excited lebih. Memang terpegun tengok awan dari dalam flight!
|
Dah dekat nak mendarat dapat tengok pelangi! MashaAllah. Tersenyum lebar masa tu. |
|
Gambar ni, kawan sekolah rendah dulu yang share dekat DM instagram. He's pilot. Memang aku excited sangat bila dia post gambar awan yang dia snap time fly. Indahnya ciptaan Allah. |
|
Bulan di Seoul, Korea. |
|
Terbang terbang tinggi Walau tanah di kaki kan ku cari langit Terbang terbang tinggi Awan biru menanti bersama pelangi |
We are too busy doing a lot of things everyday, kadang-kadang sampai tak aware dengan keadaan sekeliling... Sometimes stop for a while, take time...dongak ke langit sekejap...the blue sky is not always there.
Wassalam.