Wednesday, 9 July 2014

Random Intan #12 : Laporan Cuaca Semalam

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!

Selalunya orang bagi prediction untuk cuaca akan datang, tapi ni laporan cuaca semalam. Dah kata pun 'laporan' kan. It should be something yang dah lepas.

Terpegun dengan sesuatu yang berlaku selepas berbuka tadi.

As usual, once dah siap kemas dapur after iftar. Aku akan melawat adik-adik kucing di laman belakang rumah. Lihatkan aje apa kelatah diorang sementara menanti masuk waktu isya'

Tetiba ada sesuatu yang menarik. Nicholas dan Olivia berkongsi satu bilik, senang cerita dua ekor tu roommate. Kelihatan Olivia terbaring di sudut bilik dan Nicholas duduk menghadap Olivia.

The moment Nicholas nampak je aku dia terus tengok aku sambil meow...meow... then tengok Olivia kemudian tengok aku kembali sambil meow...meow...

Aku cam apesal budak debab ni. Terus memanggil angah. Angah berlari dan masuk ke bilik mereka.

Nicholas tetap membuat bunyi bising. Meowww...meowww...meowww...*It would be nice if I can understand cat languange...erk!*

We ollsss agak pelik melihat perangai Nicholas & baru perasan Olivia terbaring lemah sudut bilik tu. Cepat2 we ollsss decide nak cek suhu badan dia. I guess dia demam.

Tepat sekali, suhu badan Olivia 39.9°c. Omo2...doktor vet kata kalau suhu badan kucing 39.5°c tu tandanya dia demam.

Apa yang menarik sepanjang we ollsss adik beradik dok sibuk cek suhu Olivia, Nicholas sentiasa berada dekat dengan we ollsss. Even lepas we ollsss lepaskan Olivia, dia sentiasa ikut ke mana je Olivia pergi & duduk dekat Olivia.

Seriously, I was amazed with Nicholas act! Seekor kucing boleh sangat concern dengan kawan kucing yg lain. Setia berjaga kat tepi and he even tried to informed us yg Olivia sakit dengan meow...meow...

Kucing pun boleh tunjukkan sikap concern macam tu. Lagi bertambah sedih dengan keadaan sekarang ni. Kejadian culik, dera, bunuh, rogol, peperangan yang berlaku di negara lain semakin menjadi-jadi. Dari hari ke hari makin banyak kes2 macam ni. Seperti jenayah makin berleluasa.

Hmmm...sedangkan binatang boleh ada perasaan belas kasihan macam tu. Mana agaknya sifat perike'manusia'an yang merupakan nature bagi seorang manusia.

Adakah dunia makin kejam...ataupun manusia atas muka bumi ini yang makin kejam...

Tertanya kepada diri sendiri... 'adakah aku hanya mampu duduk mengeluh begitu sahaja melihat kejadian-kejadian sebegitu semakin berleluasa?'. Hati terasa sakit...

That all, laporan cuaca untuk semalam.

Selamat malam dunia penuh pancaroba.

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

No comments :

Post a Comment