Hi Incik Bloggie!
*Do you miss me???*
*I know...I miss you tooooo~~~* eh~~~
pheww...pheww...*hembus habuk*.
For the second time biar blog berhabuk buat seketika...membiarkan diri menghadapi dunia realiti kerana bila berhadapan dengan laptop terasa seperti di alam fantasi seketika. Banyak sangat perkara bermain di minda kebelakangan ni, tak sempat nak mencoretkan di sini.
Alhamdulillah dah hampir masuk minggu terakhir Ramadhan. Rasa sangat pantas masa berlalu. Rasa seperti baru semalam berkobar-kobar nak masuk bulan puasa. Tiba-tiba je Ramadhan dah hampir meninggalkan kita. Let's keep the momentum until end of Ramadhan. Teruskan kembara mencari Lailatul Qadr. Dijanjikan Allah malam yang lebih baik dari seribu bulan untuk orang-orang yang istimewa. Mampukah aku tergolong dalam golongan yang dapat bertemu dengan malam yang istimewa itu. Aduh...terasa seperti masih jauh dan ketinggalan. Never give up, usaha. Kerana Allah tahu di tahap mana usaha dan kemahuan kita itu. Niatkan semua amalan keranaNya. Di samping orang dah mula sibuk dengan persiapan raya eh. Dunno why, tahun ni macam simple je. Masih dalam mood Ramadhan.
Tersentak dengan beberapa kejadian yang sedang hangat diperkatakan dewasa ini. Keganasan dan penindasan di Palestine oleh Israel. Kejadian pesawat MH17 terhempas. Serangan di Sabah, MH370 yang masih menjadi misteri. Gulp...berderau darah tiba-tiba. Speechless...feel like crying...Oh dunia...
Berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang terlibat memikulnya. Teruskan berdoa untuk saudara se-Islam di Palestine sana. Ujian di kala bulan Ramadhan. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka untuk terus mempertahankan Gaza dan Islam. Takziah kepada kaum keluarga mangsa nahas MH17. Ya...tidak mudah untuk menerima kenyataan kehilangan ahli keluarga atau teman rapat. Nahas yang menjadi kejutan kepada semua pihak. Misteri kehilangan MH370 juga masih belum selesai. Semoga dipermudahkan usaha mencari punca nahas dan menyelesaikan persoalan yang menjadi tanda tanya semua pihak buat masa ini.
[Kredit] |
Alhamdulillah masih di beri peluang untuk bangun untuk melihat alam indah dan menghirup udara segar milik Allah SWT. Ya...segala-galanya adalah milik Yang Maha Esa sebagai pinjaman untuk sementara.
Till we meet again Incik Bloggie.
Wassalam...
No comments :
Post a Comment