Wednesday, 1 October 2014

"Be in my shoes..."

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie...

Hari ini terasa seperti mampu bernafas dengan lega buat seketika. Buat seketikalah sebab ada segunung cabaran menantiku di hadapan sana *ecewah...hyperbola habis ayat!*. Mengambil masa lapang ni untuk singgah sebentar di sini.


Sebelum ini aku anggap aku faham semuanya...
Apa yang dia rasa...
Apa yang kamu rasa...
Apa yang mereka rasa...

Sebelum ini aku anggap aku faham semuanya...
Kesakitan...
Kesepian...
Kesedihan...
Kekeliruan...
Kesusahan...
Ke...ke...ke...
Semua yang dia, kamu dan mereka rasa

Tiba-tiba ada seketika aku kehilangan  kasut
Aku hilang arah
Lalu aku pinjam kasut
Dia, kamu dan mereka
Jalan semuanya sumpah berbeza
Tidak seperti apa yang kufikirkan
Tidak seperti apa yang aku rasa
Aku ingat  aku faham semua itu...

Sebelum ini aku anggap aku faham semuanya...
Dengan hanya melihat dan mendengar
Aku anggap aku faham semuanya
Tetapi tidak sama dengan merasainya sendiri
Maafkan aku...
Maaf...

Ya maafkan aku, sekarang aku nampak jalan itu sumpah lebih mencabar dari apa yang aku fikirkan.

Lega...kerana kini aku benar-benar faham. Harap dengan sepenuh kefahaman.

Ya, kita tak akan dapat bayang dan rasa sama seperti apa yang orang itu rasa dan alami. Namun realitinya jalan kita semuanya berbeza. Our battle, our trial, our challenge, our barrier is different. Apa yang aku belajar, jangan kritik perjuangan orang andai kita tak faham apa yang dia rasa. Kritik yang membina mungkin di maafkan. ^_^v

Lega...sebab dapat mengomel di sini, dapat release stress sudah!

P/S: I'm only human and Allah has given me a very sensitive heart. Everyday I need to fight and have a 'small battle' with the sensitive heart since sometimes it deviate from the original path.  Though my heart has many scars due to the daily battle, it still function well till today.  Alhamdulillah. 

"But I'm only human
And I bleed when I fall down
I'm only human
And I crash and I break down
Your words in my head, knives in my heart
You build me up and then I fall apart
'Cause I'm only human"


*Rasa masa off topic pulak...dunno...hanya rasa nak mengomel je...semoga bermanfaat...*

Till will me again Incik Bloggie!

Wassalam...

post signature post signature


No comments :

Post a Comment