Assalamualaikum...
Hai Incik Blogie!!!!
Waaaaaa.....I miss you so much!!!
Lama rasanya tak menghabiskan masa merepek di sini. Bila dah lama tuu, mulalah hilang momentum nak menulis post baru. *honest confession*. Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu...*nyanyi lagu Asfan...ecewah...*. Buah hatimu ini sedang dalam proses nak settle down something. I guess halfway done...hope another half can be settled soon.
Aku sedar...aku ada report nak kena siapkan, soon nak kena submit. Tapi keinginanan nak taip post baru membuak-buak pula pepagi neh. Takpe-takpe 15minit from now! *taip lelaju...*.
Korang pernah tak mengeluh...
Mengeluh sebab...
rasa kenapalah susah sangat hidup ni...
rasa kenapalah susah sangat nak buat sesuatu tu...
kenapalah aku tak dapat benda yang aku nak...
Honestly, dulu suka sangat mengeluh bila tak dapat sesuatu yang aku nak sangat-sangat. Lepastu hampa tak tentu pasal. Hmmm...*mengeluh pulak dia...babab karang!*.
Bila tengok kehidupan mereka yang serba kekurangan baru aku sedar, hidup aku ni lebih dari 'lengkap' sebenarnya. Serba-serbi aku dah ada. Aku alpa...selalu melihat kepada apa yang orang ada dan aku tak ada benda tu. Aku terikut-ikut...buatkan aku terasa, I want this...I want that too, nak sesangat nak juga macam tu. Padahal sebenarnya ada orang lain yang keperluan asas untuk hidup pun diorang susah nak dapat. Kehendak dan keinginan manusia itu tak terbatas. Terasa jantung dan hati dirobek-robek. Tamparan untuk diri sendiri.
Ni lah one of benda yang aku tengah nak settle down sangat. The key point here "tengok kepada apa yang orang lain tiada dan apa yang diri kita ada". Tak semestinya perkara yang kita nak sangat itu terbaik untuk kita. Belajar terima apa yang Allah beri, belajar menghargai apa yang Allah beri. Then I realised, senang sebenarnya nak cari bahagia tu.
Don't grieve about what you have lost or didn't get. Maybe if you had it, you would've felt worse. The good is in what Allah chooses for you. Say 'Alhamdulillah' for everything.
*****
Dalam pada ramai yang merungut harga iPhone 6 sangat mahal, ada yang batalkan hasrat untuk teruskan belajar semata-mata untuk bekerja, tanggung biaya untuk keluarga.
Dalam pada ramai yang gembira hembuskan asap rokok berkepul-kepul, ada yang sedaya upaya cuba bernafas walau cuma guna mesin pernafasan di ICU.
Dalam pada ramai yang memberontak kerana mak ayah tak bagi keluar lepak dengan kawan, ada yang berharap dapat peluang kedua luang masa bersama ibu bapa.
Dalam pada kita sangka kegagalan kita tanda kebodohan, ada ramai tokoh-tokoh hebat di persada dunia yang menganggap kegagalan sebagai batu loncatan kejayaan.
Dalam pada kita mengeluh homework banyak, ada yang tak pernah langsung jejak kaki ke sekolah.
Dalam pada kita rasa wifi kita slow tahap kura-kura nazak, ada yang langsung tak berpeluang untuk gunakan internet.
Maka ucaplah Alhamdulillah.
Moga-moga dengan kesyukuran yang sedikit ni, Allah tambah lagi rezeki dan nikmat untuk kita.
Dan moga-moga kita terus menjadi hamba yang bersyukur dari hari ke hari.
*Salin dan tampal dari Budak Tomato
*****
Alamak dah lebih 15minit! setengah jam dah berlalu...nampak tak dia punya terkial-kial nak mengarang entry baru. Momentum...momentum...momentum... I'll find you back. Nak kena fokus karang report pulak lepas ni!
Yang baik itu dari Allah, segala kekurangan itu dari saya insan yang masih mencari erti kehidupan sebenar.
Till we meet again Incik Bloggie!
Wassalam...
No comments :
Post a Comment