Monday 4 May 2015

Ada yang berubah

Tanggal 3 Mei melabuhkan tirai
4 Mei menghulurkan salam
Hari berubah
Tarikh berubah
Waktu berubah

Apa lagi berubah...
Mahu melihat perubahan
Sesekali jengok lah kebelakang

Persekitaran boleh berubah
Teknologi berubah
Kampung jadi mukim
Mukim jadi pekan
Pekan jadi bandar
Bandar jadi bandaraya
Bandaraya jadi apa? *jawab sendiri*

Manusia boleh berubah
Sekelip mata
kawan boleh jadi lawan
lawan boleh jadi kawan
orang asing boleh jadi kawan
kawan boleh jadi orang asing

Pemimpin berubah
Undang-undang berubah
Dasar-dasar berubah
Pembangunan negara berubah

Sekarang lihat kembali ke hadapan
Oh ya...
Lupa sesuatu...

Ku lihat kebelakang kembali
Ya...aku juga  berubah...
Semoga ke arah yang lebih baik.
Ameen...

Alhamdulillah... Sorang lagi kawan iollss dah berubah status. :)




post signature post signature

No comments :

Post a Comment