Saturday, 21 February 2015

BMW, Ulat Beluncas dan Kehidupan?

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie and beauties di luar sana.

Life is a series of natural and spontaneous changes. Don't resist them - that only creates sorrow. Let reality be reality. Let things flow naturally forward in whatever way they like. - Lao Tzu

Teringat perbualan random antara aku dan adik bongsuku... Kami berborak pasal umur. Ada sesetengah orang kata 'age is just a number...'.

As usual adik bongsu ku yang nakal lagi manja tu memang suka menyakat kakak dia ni. Agaknya dia terlupa kot yang umur dia makin hari makin bertambah, makin tua jugak. Hiks!

Ijan: Along... 5 tahun lagi along da masuk 30 tau!

Aku: Yelah... 3 series kan... Cool... Macam BMW makin banyak series kan makin mahal. Cool! dan maintain COOL~~~ *padahal dalam hati... Gulp! Ya Allah cepatnya rasa, macam baru semalam jadi budak-budak...

Kenapa aku analogikan kehidupan dengan kereta BMW. Makin panjang usia atas dunia ni, itu tanda kurniaan dan nikmat hidup yang Allah pinjamkan untuk kita terus bernafas atas muka bumi ni. Peluang yang diberikan tu sangat sangat sangat berharga dan tidak ternilai kalau nak di bandingkan dengan apa jua material. Mean sangat sangat mahal peluang itu kan. Cool kan. Ehems...jangan cool je intan, 'your life is too precious to be wasted.' Cari perkara yang bermanfaat. InshaAllah.

Satu lagi analogi menarik yang boleh digunakan untuk menggambarkan kehidupan ialah dengan melihat kepada siri kehidupan si ulat beluncas yang punya banyak kaki.  Ulat beluncas yang tak diendahkan orang berubah menjadi rama-rama yang cantik sekaligus menarik perhatian manusia. Kalau kita tengok saiz ulat beluncas tu kecil je kan. Dengan badan kecil dan kaki yang banyak tu dia berusaha untuk survive dan berdepan dengan pelbagai ancaman dari pemangsa. Dia tak akan berputus asa selagi tidak mati atau berhasil menjadi kepompong lalu bertukar menjadi rama-rama yang cantik! Teringat pulak lagu rama-rama yang selalu dok nyanyi zaman kecik-kecik dulu tu...

Apa kaitannya dengan manusia pulak? Umpamakan ulat beluncas tu sebagai diri kita, pemangsa itu sebagai penghalang kita yang harus dihadapi dan akhirnya syurga yang indah sebagai destinasi. *senyum...dengan izin Allah.*.

Bila difikirkan kehidupan ni umpama satu perjalanan yang mungkin panjang atau mungkin pendek bagi kita menuju ke satu destinasi yang abadi. Bagi Muslim, destinasi yang abadi yakni apabila dibangkitkan untuk bertemu Pencipta kita pada hari kiamat kelak untuk di hisab amalan sepanjang kehidupan atas dunia lalu syurga atau neraka bakal menjadi tempat teduhan. *tetiba satu perasaan yang tak dapat diterangkan datang menyapa...uhuk...*.


Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah

Rama-Rama Terbang Merata
Hisap Madu Di Pohon Bunga
Sungguh Cantik Aneka Warna
Tapi Sayang Hidup Tak Lama


Begitulah Hidup Manusia
Pada Allah Kita Berdoa
Agar Jadi Insan Mulia
Tapi Sayang Hidup Tak Lama......




P/S: Semoga kita dapat menjadi rama-rama yang cantik, kacak dan bergaya. Juga kereta BMW 7 series yang high class tu. gitus

Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...

post signature post signature

No comments :

Post a Comment