Assalamualaikum...
Hai Incik Bloggie!
“You can say you love someone – but unless you demonstrate that love through your actions, your words become meaningless.” ~ Stephen M. R. Covey
Ini hanyalah sebahagian kisah dalam kehidupan.
Akan ada saat-saat apabila kita berada di persimpangan untuk memilih antara cintakan akhirat atau cintakan dunia. Aku percaya, sebagai muslim kebanyakan antara kita pernah merasa perkara ini dalam kehidupan.
Walaupun memilih antara kedua-dua perkara tersebut adalah amat susah. Boleh aku katakan, tergerak dalam hati, I'm going to choose akhirat! Of course! tempat kekal abadi.
Ia adalah amat sukar untuk membuat pilihan namun lebih sukar lagi untuk membuktikannya kerana sekadar mengatakan adalah tidak sama dengan melakukannya. Jika hanya sekadar berkata tanpa membuktikan, kata-kata itu tiada sebarang makna.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali Imran:31)
Jika benar-benar kita mencintai Allah, maka buktikannya. Buktikan dengan tindakan, bukan sekadar kata-kata. Ia adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan, terutama apabila kita mungkin perlu mengorbankan dunia.
I'm afraid too...Aku tulis pasal 'walk the talk' tapi sebaliknya aku hanyalah sekadar 'talk the talk'. But my real intention, bila aku menulis sesuatu itu adalah peringatan untuk diri sendiri.
May Allah give us strength to choose to do what's right when the going gets tough. Ameen.
Sekian, selamat malam dunia penuh pancaroba.
Wassalam...
No comments :
Post a Comment