Thursday, 5 March 2015

Bedtime Story #12: 7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung semua dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

-----------------------------------

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


Tuesday, 24 February 2015

Maybe Later is Today by Aiman Azlan

Since I'm the master of PROCRASTINATION. Stop giving excuses, start doing it now!



post signature post signature

Monday, 23 February 2015

Super Short Gateway with BFF

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Memandangkan mata tak rasa nak pejam atau lena lagi izinkan empunya mata untuk update blog seketika mata beliau masih segar bugar lagi. *nervous esok nak masuk sekolah balik gamaknya...ahaks...*

Entry kali ni nak ditujukan khas buat pretty lady, Miss Noroon yang baru menginjak ke usia *#$^*. Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan dalam hidup. Ameen...

Amaran awal...entry ini bakal di penuhi dengan lambakan gambar yang...biarlah gambar berbicara...

Kekonon tengah mood holiday sempena CNY baru-baru ni my lovely friends request nak hangout together. Nak release stress katanya. Faham-fahamla dugaan orang di alam pekerjaan. Aku...macam tula dugaan belajar. So, we ollss memilih untuk lepak tepi pandai & pekena seafood dekat Pantai Bagan Lalang. Memang port favourite aku & family kalau nak layan ikan bako & masakan seafood.

Nampak tak makin bertambah umur ni  we ollsss dah tak berminat nak lepak dekat mall, nak tengok wayang bagai. Preferences masing-masing da berubah. Lebih suka nak cari ketenangan dengan alam sekitar. Gituh... We had a random chat about this matter. Our conclusion is...sebab dah matang kita neh. Ahaks! Truth to be told, I'm more excited when we're planning to do outdoor activities.



Perjalanan dari Bangi ke Bagan Lalang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam. Dah nama pun holiday kan, di pertengahan jalan lagi dah jam. Sejam lebih jugak la baru we ollsss sampai kat sana.

Sampai kat sana pun almost 6.30pm...wah~~~banyaknye kereta! itu baru kereta...orangnye... Jadilah lautan manusia. We straight went to Restoran Bayu Malam, memang restoran favourite aku yang famous dengan cili kicap buat cicah ikan bakar yang mantap tu.


Sumber dari Google.
Environment sebenar masa we ollss pergi ni, penuh dengan deretan kereta dan manusia dekat sini.
Tengok meja da penuh, orang da reserved awal-awal gamaknya... Terdengar pelayan kat restoran tu pukul 10pm baru available. Oh My Gucci!!! Kalau pukul 10pm baru nak makan...pukul berapa baru nak balik. Pffttt...just fikir parents kat rumah mesti risau. Alhamdulillah we ollsss dapat meja & order makanan. Tapi terpaksa tunggu lama jugaklah diorg nak prepare makanan. Faham...moral of story...bersabarlah bila pergi time HOLIDAY~~~.

Temanya boleh pilih sendiri seafood yang berkenan di hati. Lailailai...fresh dari laut~~~
Apa yang we ollsss pilih menu untuk dinner...sabaq...sabaq....sat lagi cek story naaa....

Awal-awal lagi pelayan restoran ni inform kitorg yang makanan lambat sikit. So killing time pergi layan perasaan dekat tepi pantai dulu. Callo bette!

Mood holiday sangat!
Background langit~~~
Background pasir~~~
Background pantai~~~
Main-main dengan camera di tepi pantai. Layankan jelah ladies... Same position from two cameras.



My favourite moment...sempat tengok sunset. MashaAllah...indahnya...



Friend Forever... InshaAllah... :')
Matahari pun melabuhkan tirai...bulan mula mengambil tempat. We went to Avani Sepang Goldcoast untuk solat Maghrib. Alhamdulillah surau luas & selesa.  Memang selalu pergi Bagan Lalang dengan family, tapi ni first time jejak hotel Avani neh.

Hotel Avani Sepang Goldcoast Ni merupakan tarikan dekat pantai Bagan Lalang neh. Pada yang dah tahu bagus, ni nak share dengan yang tahu je. Tapi rasa macam ramai yang dah tahu je... Ok fine...whatever...

Deretan bilik dekat hotel ni membentuk pohon kelapa di atas pantai. Nice kan!
Sumber: Incik Google.
Nak bagitau ni lah. Ahaks!
Seriously baru masuk melawat je dah rasa menarik tempat ni. Suasana waktu malam memang best. Lepas solat sempatlah lepak sekejap dekat lobi hotel. Terasa sangat nyaman ditiup angin kuat, dengan bunyi deru ombak yang mendamaikan hati *hyperbola sangat tan!*. Memasing terberangan sekejap nak check in dekat hotel ni. Berangan jelah dulu, kalau ada rezeki in future...


Formal sungguh gambar, macam rombongan nak sarung cincin gituh! Persoalannya siapa akan dissarung cincin dan siapa yang nak menyarung cincin? Abaikan...
Nak cakap sesuatu... Sayang korang!!! ^_^v
Lagi satu...macam best pulak kalau ada buaian macam ni dekat rumah impian nanti. One fine day...ahaks! Berangan je  yang ah kak ah long mampu...
Tinjau sana tinjau sini tuptup dah pukul 9pm. Bergegas semula ke restoran Bayu Malam.

Dinner served~~~ Menu kami untuk malam tu, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong celup tepung, udang celup tepung & ikan pari bakar.
Alhamdulillah...kenyang perut suka hati. Waktu makan semua fokus dekat makanan, sebab memasing dah kelaparan kan.

Kebetulan birthday noroon jatuh pada 22 Februari. 2 hari selepas hari we ollss pergi sini. So, cuba teka pada tarikh bilakah we ollsss pergi ke sini. Cer teka...cer teka... Yes...tepat sekali! *ehem...overnye dia neh...*.

So aku & cik lah plan nak celebrate birthday noroon in advance. Plan on the spot je, alhamdulillah berjalan lancar. Memula tadi da sempat nyanyi lagu birthday dekat tepi pantai, then terlupa nak bawa keluar kek. Hiks...excited jumpa air macam tu la. Usai makan kami pergi dekat roundabout di hadapan Hotel Avani. Kekonon berhenti nak snap gambar dengan air pancut. Then buat surprise keluarkan kek time tu. Sweet sangat *tolonglah anggap sweet*...padahal itu semua unplan. Main redah je.

Selamat hari tua Kak Noroon!!!

We love you KAK NOROON!!! *AWAS! tolong jangan marah nanti kedut-kedut anda akan makin bertambah...lalala...*

On that time tetiba ada bunga api pulak masa buat surprise kek tu. Perfect timing!!!

Main suap2 kek dalam kereta. Takkan nak suap2 dekat roundabout tadi tu pulak kan. Malu kat orang...
Alhamdulillah... We had a nice catch up, even though it was super short; just few hours je pon. Sempat berbincang tentang hala tuju hidup masing-masing, update kisah masing-masing, bertukar-tukar pendapat & idea. Semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya.

We meet many different people in life. But not many will walk with you through it all. So when you find those who will, treasure them. - Mufti Ismail Menk

Cukup sampai di sini dahulu untuk coretan kali ini. Time to sleep. InshaAllah ada rezeki ketemu lagi.
Till we meet again Incik Bloggie!

Wassalam...