Tuesday, 24 December 2013

Korea2013: Departure&Arrival Korea

Assalamualaikum…

Anyeong Haseyo Incik Bloggie!!!
*Even dah seminggu berlalu masih gigih dalam mood korea nak story di sini, ahaks!*

Alhamdulillah hari ini pulang EXTRA awal ke rumah *HALF DAY!!!* dari opis yang dikasihi, gunakan peluang yang ada untuk duduk  di atas buaian melayan angin sepoi-sepoi. So let's use the times to throwback *bahasa instagram yang tengah hot sekarang ni, pabila dimelayukan menjadi 'campak belakang' atau 'baling belakang'* how we arrived to Korea. Of course la dengan naik flight mihihi…memang mintak penampo je rasanya.

Al-kisah, as per package offered by our travel agency, we were departed to Korea by Vietnam Airlines. Aiceh, tetiba serius lak speaking orang putih.  At first, macam tak confident je. Sebab tak ada salah sorang among us pun yang pernah naik airlines ni. Semua bajet-bajet naik MAS dengan AirAsia je. Aku lagi lah, naik flight pun boleh kira berapa kali je *kira guna jari tangan pun ada lebih lagi*. Tapi kitorang tawakal je. Once naik Vietnam Airlines ni, dia akan transit dekat Ho Chi Minh City (Saigon) Airport Vietnam. Ada certain orang tak suka transit, tapi aku rasa macam ok je pun kalau transit. Dapat tengok airport Vietnam jugak. Then rasa macam travel dua negara sekaligus *konon-konon la padahal tak keluar dari airport pun*.

On 8 December 2013, our trip officialy began. At first we all di inform departure time around 8pm, so time untuk berkumpul around 5pm.  Dalam pukul 4pm, family aku dah get ready nak pergi hantar aku kat KLIA. Around 4.40pm sampai KLIA, diorg just drop je aku kat situ sebab nak hantar adik aku balik ke kolej dia di Kuala Pilah. Ok, fine…kakak kenalah independent sikit ahaks! Umur dah berapa dah tu. Girlfriends aku yang 2 orang tu tak sampai lagi, so aku pun killing time sorang-sorang pergi solat then lepak sebelah family mat saleh ni. Anak-anak dia wow! Comel gila bak hang, macam anak patung. Disebabkan segan so takdelah snap gambar budak-budak tu.

Killing time. Kehulu-kehilir menolak troli barang-barang ni.
Setengah jam lepas tu barulah girlfriends aku tu sampai. Wee~~~suka-suka! Dah gathered dengan diorang barulah we all cari group travel kitorang dekat area kaunter check in for Vietnam Airlines. So, masa tulah first time jumpa Kak Dila. Then dia tolong arrange untuk check in apa semua. Yang paling penting ayat kitorang masa tu 'Kak tolong susun tempat dekat-dekat tau. Kitorang nak duduk sama-sama. Pleaseeeee!'. As Kak Dila sibuk uruskan urusan check in. Sempatlah we all posing sat.

Bersama lugage masing-masing, tunggu turn nak check in.


Dah setel check in, Kak Dila pun pass flight ticket masing-masing. Malangnya sit kitorang jauh from each other. Sob...sob..sob...
Setel check in semua around 6pm lebih kuranglah, then we all diminta untuk berkempul dekat depan departure hall around pukul 7pm. Masa yang tinggal lebih kurang sejam tu digunakan untuk isi perut dekat McD. Thank you to Pak Sheikh & Mak Sheikh aka parent cik Lah yang sponsor makanan kitorg masa tu. Diorang setia menanti sampai cik lah ni masuk ke departure hall. 

Ready to depart!!! 'Bye bye Malaysia, till we meet again,' kataku dalam hati.
Photos taken by Pak Sheikh.
Zaty dengan gaya mutu keunggulannya dekat auto passport gate.
Dalam train nak pergi departure gate pun sempat posing lagi. Peace yaw!!! *Gambar blur, kesan kelajuan train yg membawa kami*
Bismillah... 8.50 pm we were departed to Vietnam.
Alhamdulillah, flight kitorang ke Vietnam agak besar dan memang selesa gilos~~~*better than AirAsia I can say*. Kira satisfied la dengan service diorang. 

Tadaa~~~ We all dapat duduk 'together-gether'. Lot of thanks to Vietnam uncle yang sudi tukar tempat suka sama suka dengan aku then we all dapat duduk bersama. Yeay!!! 
Around 1 and half hour flew from KL to Ho Chi Minh. *Pandai ke baca tulisan Vietnam tewww~~~*
Merentas Laut China Selatan! Sejam lebih je perjalanan nak tidur pun tak mampu, masing-masing dah excited kan!
Makan time!!! Halal meal from KL to Vietnam! Cik lah suka gilos roti dia.
Satisfied dengan meal yang Vietnam Airlines serve. Blurpp~~~
Touched down bumi Vietnam almost 10.15pm, if I'm not mistaken *dalam mode mengingat, dahi kerut-kerut, mata ke atas*. Transit pun tak lama dalam sejam lebih macam tu je. So, we all just berlegar-legar dalam airport aje lah.

Ho Chi Minh City (Saigon) Airport, Vietnam. Peace Yaw!!!
Akak-akak yang sempoi!
Nampak tak gadis Vietnam dekat belakang tu yang gelakkan kitorang snap gambar guna monopad.
Hmm... jelas terang dan nyata naughty!

Around 11.45pm we departed from Vietnam to Seoul, Korea. Flight from Vietnam to Seoul ni lebih besar tapi dalam dia a little bit sempit nak compare dengan flight dari KL ke Ho Chi Minh. Satu lagi, kena bertahan dengan kepanasan yang menggila, sebab pilot just pasang aircond once flight bergerak. Aigo~~~nak tunggu kapal sejuk puas berkipas manual jugak la. Jaga-jaga dengan halal meal yang diorang serve masa ni. Even halal, Kak Dila pesan jangan makan kekacang yang diorang bagi, non-halal ok. Dalam perjalanan ke Seoul ni tak dapat duduk bertiga *sobsob*. Aku duduk sebelah sit cik Lah, lot of thanks to Korean ahjushi yang sudi nak tukar tempat dengan aku. Cik Zaty lak duduk dengan sorang akak lagi. Tak ada sekeping gambar pun snap sebab ruang nak bergerak adalah sangat limited. It takes about 4 hours to arrived Korea. Memang semapatlah melelapkan mata untuk few hours. Penting untuk we all semua tidur because once jejak je Korea, maka bermulalah pengembaraan kami, tak ada masa nak rehat dah.

Alhamdulillah!!! My dream came true!!! Masa ni menangis dalam hati, macam tak percaya pun ada. Girlfriends aku terlupa before ni pernah pesan 'Sila tampar aku bila dah sampai Korea, sebab tak percaya sangat'. Uolllsss just missed the opportunity! Weee~~~
Put on winter jacket at Incheon Airport.
Suhu on 9 December 2013, 5 degree celcius.
Collect bags and start our journey. Menapak di bumi Korea.
Kemain panjang, padahal nak cerita departure & arrival je pun. Sampai di sini je dulu Incik Bloggie. Akanku sambung kisah seterusnya di next entry.

Till we meet again!
                         
Wassalam...



post signature post signature

Friday, 20 December 2013

Hidup dan Pilihan

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!


Actually aku terpanggil nak tulis sesuatu as recently seperti banyak pula pilihan yang perlu dibuat. Sebagaimana masa lapang tengah tak ada kerja sekarang ni dan menunggu masa untuk balik, aku pilih untuk melepak di alam blog *baik punya staff*. Better than I go away mingle around at somewhere else kan.

Pilihan dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya bak belangkas di tepi pantai.

Pilihan dalam kehidupan adalah se 'simple' as pergi kedai runcit Pak Mat dekat belakang rumah nak beli gula brand apa.

Membuat pilihan dalam kehidupan adalah se 'complicated' as memasukkan jarum ke dalam. *eh ada kaitan ka?*

Tapi memilih itu adalah satu kemestian!

As for now I have too many lists of decision to be made. Exactly at this phase it is very important to make a choice.

As I learnt from past, I need to ask myself  'Why I choose that?'. Of course each choice will has its own pros and cons. Pandai-pandai letak atas dacing, timbang yang mana lebih baik dan tawakal kerana setiap pilihan kita adalah yang terbaik. Allah knows what is the best for us.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30pm. Saya memilih untuk pulang. Why? Masa bekerja dah tamat, sila jadi pekerja yang efisyen bekerja mengikut masa yang ditetapkan. *Yang melepak di alam blog ni apa cerita pulak, ahak!*

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Drive safely kepada yang pulang dari bekerja.

Wassalam...

post signature post signature

Tuesday, 17 December 2013

Korea 2013 : Preparation



Assalamualaikum.

Anyeong haseyo Incik Bloggie *kemain uolsss 'anyeong haseyo' kau dah takde 'hai' lagi dah*. Bukan selalu, sekali sekala kan.

As kita tak tahu apa yang bakal terjadi in future so aku rasa aku patut menulis rentetan penaklukan yang takdelah nak berapa takluk sangat INTAN ZUBAIDAH DAN KAWAN-KAWANNYA ke negara Korea dalam memori Incik Bloggie ku untuk kenang-kenangan di masa hadapan. Bolehlah nanti nak tunjuk dekat anak cucu cicit semua la satu keturunan *over benar budak ni, buat muka menyampah tangan naik ke bahu, mulut senget sikit macam yang ain ajar*.  Manalah tahu maybe ni adalah kali terakhir aku pergi oversea or ni adalah first time and last time pergi Korea kan *nampak tak disitu sebenarnya dia ada hajat nak pergi lagi tu  (musim bunga pulak mungkin ahaks!), nampak tak permainan dia haa~~~*. Manalah tahu jugak kalau pergi pulak lepas ni, aku pergi dengan orang lain pulak kan, dengan family ke haa...so dah lain dah kisahnya nanti. Ok sudah cukup cukup sudah intan itu semua adalah alasan hang semata-mata.
 
Al-kisah...tersebutlah kisah 3 anak dara yang berangan-angan nak pergi Korea, yang sorang tu gila drama Korea & Kpop bagai tapi itu dululah *tak nak sebut nama siapa*. Yang sorang lagi ni cik lah, dia dah pernah pergi dah Korea, tapi disebabkan kawan dia yang gila drama Korea tu nak sangat pergi Korea bersama-sama dia pun sanggup pergi lagi plus dia memang suka travel pun. Dan yang lagi sorang tu memang suka travel nama dia cik Zati. 

1. Survey Pakej
Maka bergabunglah kami bertiga survey semua pakej pergi Korea yang ada dekat alam semesta ni. Last2 zati terjumpa satu iklan dekat mudah.com pakej yang termurah di seantero Malaysia offer by AR Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk pergi Korea musim winter.  Pakej kitorang berharga RM2980 for 6 days 4 nights include flight, accommodation, meals & tiket2 untuk melawat tempat2 menarik di sana. Based on our investigation bukan pakej pergi Korea je yang murah, most of pakej2 yang diorang offer affordable & boleh tahan la harga. Services dia, alhamdulillah satisfied! Boleh bagi thumbs up! Kepada yang berminat yang nak pergi travel guna travel agenct bolehlah contact :-

Kak Dila_FB Link : Click Here
or
Uzair_FB Link : Click Here
Currently Uzair tengah offer banyak pakej tu including backpacker pakej bagi sesape yang berminat travel cara backpacker. Silalah usha2 blog dia uzairothman.com  

2. Fulus
Pakej dah jumpa then mulalah masing-masing menabung dan berjimat cermat dengan jayanya untuk menampung cost nak pergi sana. We all start menabung since zaman praktikal lagi. Emm...tak jugakla kot aku rasa lebih istiqamah menyimpan bila dah mula kerja. Rasanya elaun praktikal aku banyak dihabiskan untuk benda-benda lagha yang lain. Astaghfirullah...sila geleng kepala banyak-banyak kali ye, masa buat dulu tak pula difikirkannya. Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki yang cukup untuk ke sana. Cara paling berhemat untuk menabung adalah sila kawal diri dari nak membeli-belah dan fokus hanya yang satu 'KOREA'. InsyaAllah, impian akan menjadi nyata. Dalam masa yang sama janganlah sampai lupa tanggungjawab2 anda yang lain. Selesaikan dulu hutang piutang apa yang patut. 

3. Permission parent
Untuk aku ini adalah dugaan paling utama kalau nak compare dengan cari duit. Sepatutnya kena dapatkan green light parent dulu barulah pergi cari pakej kan. Tapi aku main belasah je dengan penuh high level confident. Nak dapat permission dari ayahanda dan ibunda ku yang disayangi itu adalah benda yang paling mencabar. As they are too care about me. Yes I do understand, since I am their only beloved daughter. Tapi sometime aku nak mintak ruang untuk aku keluar dan explore sesuatu yang aku rasa nak explore. Pung pang pung pang~~~Alhamdulillah, diorang bagi aku pergi Korea. Sobsob…

4. Winter Wear
Nama pun nak pergi bercuti musim winter, so we all kenalah prepare semua-semua kelengkapan nak menghadap cuaca sejuk nanti. Buat orang yang baru first time nak pergi travel musim winter macam aku ni kenalah prepare bajet untuk beli baju sejuk semua tu sebab tak ada lagi. Plan punya plan a week before berangkat cik lah ni suggest pergi beli barang2 winter semua dekat kedai Kok Kong Winter Wear. Katanya murah, bila aku pergi memang indah khabar sama dengan rupanya. Memang murah sangat-sangat kalau nak compare dengan kedai-kedai barang winter wear dekat mall-mall. Tengok customers yang serbu kedai tu pun kita dah boleh tahu yang memang murah kat sini. Untuk orang yang low bajet macam aku ni, memang cocok sangatlah pergi kedai ni. Tapi siapa yang cari barang branded, silalah pergi kedai di mall *cek tak mampu lagi*. 

Kedai dia senang je nak cari kat area Jalan Loke Yew,KL dekat tepi jalan je. Occupied 2 shop lots, 2 tingkat. Tapi bukan tingkat ke atas, ke bawah ye kawan-kawan. Kelas uolss membeli belah di bawah tanah, mana nak jumpa. *Sila beritahu saya kalau kat tempat lain pun sebenarnya ada jugak, takut aku syok sendiri sorang-sorang pulak*

KOK KONG Winter Wear
No. 170, Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-9221 9311
Fax : 603-9222 9008
Website : www.kokkong.com

Apa yang ada dekat sana:-

Deretan winter jaket pelbagai rupa, bentuk, warna, saiz dan harga untuk korang pilih.
Ni kat area harga murah-murah. Nak tengok new arrival punya ada dekat side sebelah sinun *memang tak nampak dalam gambar, nak tahu sila pergi sendiri, gelak jahat*. Memang cantik yang new arrival tapi harga dia boleh bikin menangis air keluar dari hati bukan dari mata *buat2 paham jelah eh apa yang aku merepek ni*
Deretan winter jaket ni yang dah buat aku jatuh cinta pandang pertama. Pertama sebab warna dia, kedua sebab HARGA dia. Plan awal nak rembat winter jaket dekat bundle je sebab tak berkemampuan. Tapi yang ni affordable untuk aku. 
Eh..eh..macam warga tibet sesat *zati yang cakap!haha...*
Pink sinonim dengan gugurl, so gugurl choose pink colour *mual pulak tekak kita ni*
Paling mencabar nak pilih glove. Buka, pakai, simpan, fikir~~~ *keep on repeating the same step* sampai jumpa yang  puas hati. Tadaa~~~comel kan kawan-kawan Kak Ton!
Ear cover *abaikan yang tiga orang tu bersama seorang uncle yg tercuri snap gambar beliau sekali -.-"*
Snow cap budak-budak yang super duper cute!
Apa yang special nya juga dekat sini ada jual warmer yang bak kata cik lah tak dapat jumpa kat tempat lain. Hmm…harga dia tak silap sekeping RM5. Tapi kalau beli borong 10 boleh dapat free 3.

Warmer untuk badan *tak faham kenapa kena guna gaya footballer, abaikan*
Warmer untuk lekat dekat kaki *haa..gambar kat paket ni baru betul!*
Tambah, tolak, darab, bahagi almost RM400 jugalah habis kat kedai ni beli winter jaket, ear cover, mafela, stokin, body butter (yang disapu dekat badan before pakai long john untuk mengelakkan kegatalan), vaseline, warmer & baju hujan. Sobsob…duit keluar macam air sebab nak pergi jalan punya pasalkan.

Selain dekat kedai ni aku usha-usha lah jugak dekat UNIQLO, since dia tengah hot dengan baju-baju musim winter kan. So I bought their:-
Women Micro Fleece Turtle Neck Long Sleeve T.
Women Heattech Fleece Turtle Neck Long Sleeve T-shirt in my favorite colour. GREEN!!! 
Before beli ni adalah tanya-tanya Incik Google sikit either it work or not. But then, susah nak jumpa review pasal baju ni. So, aku rasa patut tulis satu review pasal baju ni, nantilah in next next next next entry, insyaAllah. The thing is masa dekat sana bila aku dah pakai baju ni tak perlu pakai long john lagi dah, so maksudnya?

Selain itu jugak boleh jenguk-jenguk dekat kedai Daiso, kedai barang jepun 1=RM5. Banyak jugak aksesori murah-murah kat sana macam stokin, glove, ear cover & padlock *wee~~~ni paling aku suka*.
Nak lock dekat Namsan N Seoul Tower lovelock, biarlah sekarang tengah forever alone pun aku masih ada girlfriends yang setia, cewah. Bawa dari Malaysia tu even bukan buatan Malaysia pun.
But pula aku just beli dari cik lah yang let go but dia dengan harga RM80. Credit buat cik lah *off camera, tak ada gambar*

5. Makanan perasa tambahan dan ubat-ubatan yang patut.

6. Apps on phone
As we plan nak naik subway, so kenalah ada apps MetroidHD where we can check the map of Korea Subway,  schedule and route according to your departure station & arrival station.
7. Check Incik passport. Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh~~~

8. Packing! *ni part paling penyegan sikit*

BONUS!
Eh…eh..dah tetiba ada section bonus pulak *sebenarnya terlupa tadi nak masukkan dalam list preparation dekat atas*

I bought one hand held monopod or stick yang ala-ala boleh buat jadi GoPro tu. It can fit any compact digital camera, tapi DSLR tak boleh.
Monopod ni extendable, dari pendek jadi panjang. Ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Orang putih kata 'portable'.
Source : Ataiji.com
My colleague la yang introduce benda alah yang pelik tapi benar ni dekat aku. Dan setiap kali guna orang sekeliling akan pandang kita dengan pelik or tak pun diorang akan gelak. Tak caya cubalah guna nanti. 
Ni la rupanya bila bergaya menggunakan monopod. Make sure skru kamera betul-betul dekat monopod tu, supaya tidak menangis di kemudian hari jikalau kamera anda *tak sanggup nak sebut*
Tada…ni lah hasilnya. Testing 1 2 3
Monopod ni aku beli dari instagram iloveblm. Silalah search dekat instagram kalau berminat.

Rasa dah habis dah. So, itu sajalah yang mampu dikongsi bersama Incik Bloggie. Till we meet again ya!

P/S : Adik aku kata annoying sungguh along dia ni. Tak habis-habis dengan Korea dia dari sebelum pergi sampai dah balik. Bro! You can say anything you want, even memang agak annoying pun ahaks! I will stop talking about this trip when 'masa dah time' and keep all the memories deep in my heart. Ok! Sebab mungkin ini hanya terjadi sekali seumur hidup. Keep calm semoga tidak kufur.

Wassalam…

post signature post signature

Sunday, 15 December 2013

Dream come true...

Assalamualaikum…

Hi Incik Bloggie!!!! Long time no see…nak jengah pon iolss tak sempat *gedik gila erkkk~~~*

Sila rujuk title post seperti di atas. Wee~~~ Alhamdulillah…2 of my dreams just came true. So dah boleh pangkah 2 benda dalam 'Wish list of my life'.

...
4. …..
5. Visit Korea
6. …..
7. …..
8. Travel oversea dengan bestfriend
9. …..
...

Baru suku jalan wish list yang panjang berjela tu da kena dash*actually tak ingat betul ke tak susunan wish list tu, lama sangat dok berangan kan. Lepaih ni nak kena rearrange balik senarai tu…susun atur kehidupan...ahaks~~~*. Suka betoi dak intan ni lari topik, back to main topic.

Alhamdulillah…syukur sangat-sangat by umur 23 tahun Allah dah hantar aku ke bumi Korea untuk visit negara tu sendiri. Yes, aku mengaku ni semua sebab pengaruh Kpop & drama Korea la pada awalnya. Tapi lama-lama, memang tempat2 kat negara tu sendiri yang buat aku tertarik nak pergi sana. Sekarang aku da 'kureng' sikit minat Kpop *pengakuan ikhlas ok*. 

Pergi pula time winter, so dapat experince snow turun depan mata sendiri, hanya perkataan "Alhamdulillah' dan 'Subhanallah' yang mampu diucapkan. As I said before, aku bukan jenis yang selalu travel & bukan juga berasal dari family yang jenis suka berjalan or travel sana sini. So moment ni memang sangat berharga dan bermakna. I really…really…really enjoy it! So gasakla orang nak kata aku over ke apa. Sebab this is one of precious moment in my life.  

Tambahan pulak ni dapat pergi dengan bestfriend aku dari sekolah menengah. Bonus tambahan cik zati, housemate masa degree pun join us together. Dan dan classmate masa sekolah rendah dulu-dulu yang dah tak jumpa dekat 11 tahun rupa-rupanya satu group pergi Korea. Wee~~~unexplain dia punya feeling. Sebab memang dah lama sangat berangan dengan cik lah ni nak pergi Korea sama-sama, since sekolah menengah if tak silap. Akhirnya tercapai juga impian kami. Itulah orang kata nak buat apa-apa kena dimulakan dengan niat dari hati yang ikhlas *aiceh, macam poyo je…*. Then ikhtiar dan berserah kepada Allah, either lambat or cepat je Dia nak bagi kita. Ataupun if tak dapat mesti ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi kita. Syukur sangat-sangat Allah makbulkan impian aku ni. Itulah yang dinamakan takdir. T_T

I must say, this trip really really really awesome. I enjoy the times with my girlfriends *haa~~jangan salah faham, I'm man lover ok* and got to learn a lot of things at the same time. Dari before pergi, sampai la kat sana & dah balik sini. Banyak benda dari segenap aspek dalam kehidupan yang dipelajari tanpa disedari bila pergi ke tempat baru and mixed around dengan orang-orang yang tak dikenali. Buat aku terasa nak travel around the world gittew~~~ Even kali ni more to visit dari explore kan. But it really awesome! *Tak tahu dah berapa kali ulang perkataan 'really & awesome' dalam entry ni.*

Ok, niat asal nak menjengah dan sekadar berbasa basi je kat sini sebab dah lama tak jengah. Tapi panjang pulak rentetan dia. So, lepas ni Incik Bloggie bakal dihujani dengan kisah-kisah Korea, tunggu jelah. Dalam kepala otak ni dah berputar-putar memories masa kat sana tu. So Incik Bloggie silalah jangan bosan, because you're the only 'permata hati' nak luah segala yang terpendam di hati. Dengan menulis aku rasa dapat meluahkan sesuatu dengan ikhlas dari sanubari *aigo~~~*

Till we meet again Incik Bloggie!

P/S: Balik dari Korea macam dapat satu semangat baru nak menapak dalam kehidupan. Alhamdulillah, back to 'Abnormal Intan'.

Kasi intro sikit…ambil angin Korea~~~
Eh..eh..nama dekat-dekat sama dengan Incik Bloggie!

Wassalam...


post signature post signature