Thursday, 28 November 2013

Sabah Trip Part I

 Assalamualaikum.

Hi Incik Bloggie!

Seronok hari ni spent time dengan sanak saudara yang ada anak baby neh. Memenjak dah pindah rumah baru ni ramai pulak yang datang melawat. Alhamdulillah, meriah sikit rumah. Wo wo wo~~~dah melalut lari topik pulak. Haaa~~~ ni intro dulu kisahnya ni sekarang pukul 2.25am tetap gigih nak berborak di sini. Moh la aku sambung kisah pergi Sabah yang dah lapuk di telan zaman tu, tapi tak pernah lekang di ingatan.

Ceritanya haritu pergi Sabah berempat dengan officemates aku. Let me introduce them.

Dari kiri nama! : Anthony, Me, Hazmin & Agam ('The 4 musketeers' Name given by Hazmin). Diorg sume ni boleh tahan gila-gila. Senang masuk la.
So, kitorg departed from LCCT dalam pukul 10.50am (kalau tak silap, aku agak kelupaan dong) dan touchdown Sabah dalam pukul 2.00pm awal 20 minit dari jangkaan waktu mendarat yang sebenar. Alhamdulillah, selamat sampai ambik teksi terus pergi ke Hotel yang pihak office da booking. So kitorg stay dekat Promenade Hotel. Sebab agak penat masa tu tak menyempat pulak nak snap gambar hotel. Boleh google je ye.

Hotel Promenade (4 star hotel) ni terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. So sangat sesuai la kalau nak tour bandar KK tu. Dia berdekatan dengan mall (Center Point Sabah, Wawasan Plaza, Pasar Filipine). Boleh keluar jalan kaki je uollss~~~ Fasiliti yang disediakan not bad la. So far so good, just nice la. Dia best sebab terletak dekat tengah town. Tapi kalau nak lagi best & yang banyak bajet tu hangpa pi la dok dekat Le Meridian sana tu. Lagi cantik la.

Selesai check in bilik, masing-masing punya perut pon dah berkeroncong sebab tak makan langsung dari pagi kan. Naik bilik letak barang-barang, solat, bersihkan diri semua, tepat pukul 4.30 we all semua kumpul dekat lobby nak pergi late lunch. Untuk lunch ni we all pergi dekat Center Point Sabah. Try makan dekat food court dia. Tak sempat snap gambar makanan pon sebab dah kelaparan sangat sobsob T.T Tapi macam mahal la total semua RM11. Aku ambik nasi putih, paru, sayur kangkung dengan udang gurau goreng (ni superb sedap). Air pulak vanila shake. Haa…begitula cerita makan tengah hari. Habis isi perut barula kami mula pusing-pusing dekat area dekat-dekat situ.

Tempat pertama yang diserbu adalah Pasar Filipina. Lokasi specific adalah berhadapan dengan Hotel Le Meridian. Menurut pembacaan dari Mr. Google, Pasar Filipina ni dulu-dulu kala merupakan tempat transit bagi pelarian Filipina. So, diorang pun mula berniaga kat situ sampai la sekarang. Itulah sebabnya dipanggil Pasar Filipina sebab para peniaganya adalah orang Filipina. Mostly yang dijual di sini adalah kraf tangan dan barang-barang seperti… Moh kita tengok gambar. Jeng jeng jeng~~~

Ni view dari belakang Pasar Filipina dekat KK. Boleh nampak Hotel Le Meridian tersergam indah dekat belakang tu kan.
Selain kraf tangan ada jugak barang-barang kering macam ikan bilis, ikan kering, udang kering, rumpai laut & so on. So kalau datang sini haruslah beli Amplang dan Kuih Cincin. Kudapan dari Sabah. Sedap!
Source : Google image
Suasana dekat tempat jualan kraf tangan. Pictures taken by Anthony. Aku byk cuci mata masa ni. So tak ambil gambar pon. Excited dok tengok kraf tangan.
Then dekat tepi Pasar Filipina itu ada tapak Pasar Malam KK. Rasanya itu la kot yang diorang panggil. Pasar malam ni dibuka setiap hari pada waktu malam. We all pergi tak da lah malam sangat. Gila tengok seafod dekat sini. Dahla murah, bayangkan ikan erk..tak sure ikan apa 2 pinggan RM5. Sotong pula 1 pinggan RM3. Memang heaven dengan seafood dekat sini. Kalau duduk dekat apartment yang ada dapur, memang aku dah kena suruh masak dengan 3 orang jejaka tu. Selain ikan pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan dijual dekat pasar ni. Standard macam pasar malam di Semenanjung lah. Cuma buah kat sini macam mahal sikit. Lepas tu kita juga boleh tengok pelbagai kuih muih tradisional Sabah di pasar malam ni.

Ikan segar bugar dari laut.

Meriah orang berjual beli.
Dah cuci mata sekarang masa untuk basahkan tekak dekat gerai2 makan area Pasar Malam KK.
Buah kelapa warna pink. Tried by Anthony. Katanya air dia manis & isi pon lembut. Thumbs up!!!
Me, Hazmin & Agam tried ABC Special Sabah. Yang menariknya diorang letak makaroni dalam ni. Best!!!
Petang first day ni tak beli apa-apa pun. Just cuci mata tengok kawasan. Tapi dalam list dah ada macam-macam order sebenarnya from my mom. Tak ape, keep the order till the right time baru shopping. Tengoklah macam mana aku shopping nanti. Then da pusing-pusing we all pon balik hotel, kemaskan diri masing-masing. lepas briefing untuk program tree planting tu, we all berempat or '4 musketeers' nama yang diberi oleh Hazmin pegi hunting for food untuk dinner kami dekat area pasar malam yang memang terkenal sebagai 'Syurga Makanan Laut'. Tak caye??? Tengok ni!!!



Udang bakar. RM30(besar) RM25(kecil)
Ni makanan yg Hazmin dengan aku pilih. Ikan Jenahak bakar, udang bakar, udang yg ada telur bakar & kerabu campur (ikan, mangga & 2 jenis rumpai laut). Total semua RM64 include air dan nasi.
Haaa...kepada penggemar seafood, anda boleh jadi gila bila datang sini. Tapi kebanyakan seafood di sini telah dibakar. Bila kita pilih penjual2 dekat sini akan panaskan terlebih dahulu, then baru serve dekat kita. Bagi aku, ok la makanan kat sini. Cuma kurang puas sebab tak rasa fresh dia. Maybe sebab diorg dah bakar awal kot. Suasana kat sini memang meriah, lepastu berasap-asap. Biasala nama pun makan di tempat pembakaran seafood. Tapi pada hari ketiga dan keempat we all dah tak makan di sini. Haa~~~nak tahu di mana, tunggu next entry. Lepas makan, bawak perut yang berat balik bilik. Terus pengsan.

Sampai di sini dulu kisah untuk hari pertama. Till we meet again in next entry Incik Bloggie.

Wassalam.

post signature post signature

Monday, 25 November 2013

Percutian Tumpang!

Assalamualaikum.

Hi Incik Bloggie. 

Alang-alang tengah masa lunch tapi puasa ni moh la kita story sikit. I got something to share with you. In summary I can say it as ‘Sudden Holiday!!!’

Actually, pada awal bulan November yang lepas  aku join satu program CSR yang dianjurkan oleh HQ company aku. Program ni diadakan di Sabah selama 5 hari 4 malam dan lebih kepada ‘eco-tour’ or ‘back to nature tour’ gittewww. Main objective dia adalah nak expose staff  kepada ekosistem hutan hujan tropika dekat Sabah dan ada program tanam-tanam pokok. Itulah objektif utama sebenarnya, tapi bila dah pergi, I feel like WOW!!! Ini boleh dikatakan as holiday, sambil2 membanting tulang support CSR program company. 

Kebetulan company aku keje sekarang ni adalah antara company yang support green technology & environment, so kenalah educate para pekerja dia pasal benda-benda ni. Barulah kami semua ni aware kan. Haa..kelasss kau. Paling menarik program ni gabungan pelbagai negara seperti Jepun (penganjur), US, UK, Singapore, China, Filipina, Myanmar dan pastinya Malaysia. Benda ni jugak yang buat rasa berkobar-kobar nak join CSR program ni. Dapat jugak bergaul dengan orang-orang international.

At first masa sampaikan hajat nak pergi program ni, the one who handle the registration macam erk~~~ ‘kau boleh pergi ke Intan, kena fit tau, kena tough nak join program ni ada panjat2 bukit’. Tanpa fikir banyak terus confident kata kat diri sendiri ‘Yes!!! I can do it’. Ni sebenarnya adalah minat terpendam aku yang tak ramai orang tahu sebab aku jarang nak ambil peluang yang ada. Paling best semua perbelanjaan seperti tiket flight, makan-minum dan penginapan ditanggung. Nice kan, pendek kata rugila kalau lepaskan peluang ni. Alang-alang dah ada habuan di depan mata, terus tangkap ajelah. 

Tup tap tup tap pulak masa tu tau ada pulak satu je lagi tempat kosong dengan lagi 3 orang yg dah registered tu adalah guys, if aku pergi mean I’m the only ‘bunga’ who represent Malaysia’s office. Tetiba baru nak terfikir banyak-banyak kali. Macam takut jer pergi sorang-sorang, macam tak berani jer. Tapi fikir punya fikir, masa ni la nak cabar diri sendiri kan. Haa...lepastu mulalah kisahnya mak & abah risau sebab masa tu diorang ingat aku tengah tak stabil. Actually yes, memang tak stabil masa tu, sebab tu lah aku rasa kena ‘tukar angin’ ‘ubah tempat’ bak kata orang dulu-dulu. So, inilah masanya, dapat pergi ke kepulauan Borneo yang belum pernah jejakkan lagi kaki di sana.  

Jadi aku namakan percutian ini sebagai “Percutian Tumpang!” Pergi sendiri tanpa family, di sponsor, kena mambanting tulang empat kerat dalam masa yang sama enjoy gila. Aku akan bercerita lebih lanjut dari hari ke hari pasal borneo tour aku ni dekat next entry. Aku jarang pergi travel or holiday mana-mana, jadi bila dapat peluang memang excited lebih la cerita dia. Lagi-lagi pergi tempat yang tak pernah pergi. 

Intro1: Budak-budak dengan selamba terjun dari tepi jeti pastu berenang-renang keriangan.
Intro2: Macam cantik jer...macam nice je kalau snap.
Tengok intro je dah mula rindu pemandangan yang menenangkan jiwa kat sana.

Till we meet again in next entry Incik Bloggie.


Wassalam.  

post signature post signature

Sunday, 24 November 2013

Lagu untukmu

Assalamualaikum.

'Mu' dalam title post ini is refer to 'me'. This is the best song I can dedicate to myself at this moment in order to educate myself to redha dengan ketentuan Ilahi.

Afgan - Jodoh Pasti Bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Terdiam sekejap. 
To date, dah few days it happens.
Untuk melupakan dalam sekelip mata itu mustahil, tapi untuk redha dan menerima keadaan yang telah berlaku itu adalah satu kemestian.

Itu je yang mampu nasihatkan diri sendiri. Bak kata bestfriend aku 'kau kena terus hidup seperti biasa'. Live my life to the fullest. 

This is your time to move on and move forward. Allah sedang beri ruang untuk kau cari jalan yang sebenar. Anggap apa yang dah terjadi itu satu pengalaman dan pengajaran. Jangan pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku, tapi menyesal la sekiranya kau melakukan kesilapan yang sama pada masa hadapan. ;')

P/S: Allah jadikan kita dan letakkan kita dalam sesuatu keadaan atau di suatu tempat adalah bersebab. Find the reasons then you can live your life to the fullest.

*Petang tadi naik kereta dengar HOT FM, Dato' Fazley pesan kalau nak post di media sosial, sila post sesuatu yang berhemah dan ada pengisian. Ingat tu Intan! InshaAllah...

Wassalam.

post signature post signature



Friday, 22 November 2013

Pengeposan yang pertama~~~

Assalamualaikum...

My first post ever. Alhamdulillah, langkah pertama untuk memulakan sesuatu yang baru. Harap blog ni berkekalan dan sentiasa di kemaskini *guna bahasa Melayu yang skema tak ingat*. Sejujurnya aku dah ada 1,2,3 *sambil bilang-bilang guna jari* haaa 3 blog sebelum ni. Harap ni berkekalan dan makin maju ke hadapan la. Blog ini dibina ada dasar syok sendiri kerana aku ada banyak sangat benda nak cakap tapi tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata, then tak tahu nak cakap dekat siapa, then tak tahu ada sudi dengar or tak aku membebel, then...sebab aku sunyi. So, lepas ni wahai encik blog engkaulah akan menjadi peneman sejati hari-hari ku yang gembira or sedih. Yeay!!! Hidup cuma sekali soooo~~~ kita enjoy!!! *pinjam trademark PUTERI*

Wassalam. :)

post signature post signature