Sunday, 8 March 2015

15 minutes challenge: Istiqamah

Assalamualaikum...

Hai Incik Bloggie!!!

Salam hari ahad yang kebanyakan orang pilih untuk bermalas-malasan di atas katil... *Eh! memandai je intan ni...tak baik main tuduh-tuduh...sorry~~~lalala...*.

Alhamdulillah baru habis cover satu chapter utk subjek Marketing Management or I prefer to call it as M&M. Excited la sikit nak study bila terbayang iklan coklat M&M yang ceria tu. Kata, marketing kan...one of the marketing tools is advertisement. Haaa...relate tak? *angkat-angkat kening...poyo je minah ni...Ahaks!* Tetiba otak rasa cramp...so nak merangsang balik pergerakan otak, meh la kita meroyan di sini. *Padahal baru satu chapter da kekonon otak cramp! Ahaks...*

Nak cerita ni...

Semalam...

Semalam kan...

Semalam...

Semalam...I call u, u tak answer. U kata U keluar pergi dinner. U kata U keluar dengan kawan U...*haaa...melalut dah nyanyi lagu kantoi, sape tau jom nyanyi sekali dengan kita! mehmehmeh...*

Sebenarnya nak cerita semalam keluar dengan BFF kita cik lah & cik nurun pergi menonton teater kisah Cinta High Class. Bukan ni sebenarnye nak cerita... Nak cerita a random chat between aku & cik lah semalam tu sebenarnya. Intro yang confuse...otak tengah cramp kan! Alasan...

Suddenly my friend brought up a question...

"susahkan nak istiqamah..."

So true, mencabar nak istiqamah ni. Mencabar, kenapa? Kerana nak istiqamah perkara yang tak menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. I got tips from sorang kaunselor ni. Tips nak istiqamah, firstly jadikan perkara tersebut satu kebiasaan dalam kehidupan kita. Amalkan selama 44 hari berterusan, lepas tu bila tak buat 'kompem' bahasa pasarnya atau 'confirm' bak kata mat saleh bila tak buat lepas tu kita akan rasa pelik atau tak lengkap kehidupan kita ni.

Based on my experience, I tried this method. Seriously, memang akan rasa pelik bila tak buat. Kenapa, sebab selama 44 hari tu dok buat tiap2 hari. Tapi kenapa 44 hari? Maybe aku kena email kaunselor tu, kenapa dalam banyak2 hari dia pilih 44 hari. Selalu dengar mintak simpang malaikat 44...

Dah cerita panjang...apa itu istiqamah?

Berdasarkan pemahaman akulah istiqamah ni berterusan melakukan sesuatu perkara.

Nak maksud lebih tepat.

Istiqamah berasal dari perkataan Arab yakni bermaksud tetap teguh mengikuti satu jalan atau dengan kata lain konsisten dalam tindakan berdasarkan panduan. - Sumber Addeen.my

Dalam al-quran sendiri Allah ada menyebut mengenai istiqamah...

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." (Hud 11:112)

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.  - (Al-Ahqaf 46: 13)

Back to tips tadi...make the 'amalan' as our habit first. InshaAllah...nanti kita akan terbiasa untuk terus mengamalkannya.


Ni la view kami masa tengah borak pasal bab istiqamah ni. Nampak dua orang yang tengah berjalan tu. Diorang berjalan dengan konsisten nak menuju ke destinasi pilihan mereka. *Ke mana tu, aku pun tak tau mana diorg nak pergi. Ahaks!*
Sama jugakla macam dalam hidup kita ni. Teruskan istiqamah!

Kalau dulu bila sebut istiqamah memang ingat konsisten mean sentiasa berulang-ulang tapi sama je. The true is, make sure there is improvement, even though in slow phase. Bak peribahasa melayu, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 


Apa relevannya pulak dengan tajuk '15 minutes challenge' tu. Sebenarnya, tadi awal-awal tadi aku tetapkan I have to finish this entry in 15 minutes. No matter what, you have to finish it! 

Tadi mula tulis dalam jam 12.50pm now dah 1.24pm. Gara-gara nak fikir ayat terbaik, search information; buka tafsir and go through check all the spellings, kalau typo nanti kena bahan pulak. EH! Senang cite I failed the challenge! 

Moral of the story, mahukan yang terbaik it will take time and requires a lot of effort. Aku sentiasa percaya kepada satu prinsip ni, Allah sentiasa melihat kepada usaha kita bukan sekadar kepada keputusan atau hasil yang kita dapat.


That's all, rasa otak dah mula meregang~~~ tetiba perut pulak dah berkeroncong. 


Till we meet again Incik Bloggie!



Wassalam...



post signature post signature

Bedtime story #13: Difference in Love and Marriage

Assalamualaikum...
Hai Incik Bloggie...
Memandangkan tengah berderet jemputan kawen, hati ni tergerak pulak nak share kisah ni... *aigo...*

*****
A student asks a teacher, "What is love?"
The teacher said, "in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back.
But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."
The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders... may be there is a bigger one later.
Then he saw another bigger one... But may be there is an even bigger one waiting for him.
Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted.
So, he ended up went back to the teacher with empty hand.
The teacher told him, "this is love... You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person..."
"What is marriage then?" the student asked.
The teacher said, "in order to answer your question, go to the corn field and choose the biggest corn and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick."
The student went to the corn field, this time he is careful not to repeat the previous mistake, when he reach the middle of the field, he has picked one medium corn that he feel satisfy, and come back to the teacher.
The teacher told him, "This time you bring back a corn. You look for one that is just nice, and you have faith and believe this is the best one you get... This is marriage."
*****

Nice analogy... Setuju? ok...tak payah jawab. Simpan jawapan anda tu dalam hati. =)

P/S: Asyik ber'bedtime story' je sekarang ni...sedang mencari inspirasi...

Selamat malam dunia penuh pancaroba...

Wassalam...


post signature post signature

Thursday, 5 March 2015

Bedtime Story #12: 7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
"Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."

Keluhan wanita ketiga:
"Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"

Keluhan wanita keempat:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"

Keluhan wanita kelima:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan wanita keenam:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan wanita ketujuh:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
"Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung semua dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
"Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
"Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah, itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki. Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
"Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu."
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya'Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"

-----------------------------------

Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)


Tuesday, 24 February 2015

Maybe Later is Today by Aiman Azlan

Since I'm the master of PROCRASTINATION. Stop giving excuses, start doing it now!



post signature post signature